Feb 18, 2009

GENG Upin Ipin:5 hari kumpul 2 Juta

Geng : Pengembaraan Bermula Kaut 2 Juta Dalam Masa 5 Hari!
February 18, 2009 by
Petikan dari OH Bulan

OHBULAN! sudah dapat menjangkakan filem animasi paling hot seantero Malaysia ini akan berjaya memungut keuntungan yang tinggi hasil daripada penayangan. Hampir setiap hari penulis berada di’salah sebuah gedung membeli belah terkenal, tiket wayang filem Geng : Pengembaraan bermula selalunya sold out.

Terkilan juga dengan sikap sesetengah anak muda yang kononnya berasa tidak kool menonton filem animasi tempatan, walhal mereka masih belum lagi menonton filem ini. Penulis terpaksa menerangkan sedikit jalan cerita kepada mereka sebagai teaser, di’harapkan mereka akan tonton filem yang original, bukan yang cetak rompak.

Berbangga juga dengan hasil 3 anak muda dari Multimedia University (MMU) Cyberjaya yang menjadikan watak Upin Ipin sebagai ikon kanak-kanak, bukan mudah tahu. Dengan bermodalkan RM 4 juta serta 52 pakar animasi tempatan, mereka sukses menghasilkan filem animasi setanding dengan produksi Pixar atau Dreamworks.

Berbalik kepada soal sambutan, ada satu ketika teman sepermainan penulis telah membeli 57 tiket filem ini seawal jam 10 pagi kerana di’khuatiri akan kehabisan pada malam hari. Betul pun tekaan mereka, bilik panggung penuh sesak dengan pelbagai golongan peringkat umur, dari yang kecil hingga’lah yang tua. Rata-rata berasa kagum dengan jalan cerita serta kualiti animasi yang di’hasilkan, malah ada yang tersenyum di’sebabkan Les’Copaque bijak menyerapkan elemen ‘Malaysian Flavour‘ di’dalam filem tersebut.

Tidak perlu berpangkat professor madya untuk menghasilkan filem berkualiti, cukup’lah dengan daya kreativiti & cuba memahami kehendak penonton zaman sekarang, nescaya filem akan box-office. Kami bukan lagi boleh di’perbodohkan seperti dahulu!

8 comments:

eZa said...

setuju! ade prof madya pon buat cite haprak! hehehehe *wink*

en_me said...

macam best jakkks nak tengok nih.. hi mama ieja tewww.. salammms dr me dikejauhannns

HazlisaNoor said...

salam...kembali

MIZZOU said...

kuat nye mengempen....ada syer ke?

eZa said...

psssstt! kak ieja, nnt collect tag eh ;)

Lill said...

btui buti btui...(versi upin ipin)

HazlisaNoor said...

tak aderla..produk yg baik apa salahnyer akak share utk semua..kan upin kan..hehe

HazlisaNoor said...

eza, nnt tunggu akak free skit baru jwb tag awak tu k..