Oct 17, 2016

13 Oktober di GulaCakery

papa belanja makan di Gulacakery Kota Kemuning sempena birthday mama yang ke 39tahun..tahun ni last digit 3..pastu masuk 40 dah huhuhu.. terima kasih Allah kerana beri hambamu ini segala macam kebaikan.. yang buruk datang dari mama sendiri

berebut si meema nak makan oglio dengan mama

 adik peminat tegar kek coklat
kek mango cheese..kek kat sini memang sangat2 sedap.. berbaloi mahal kalau sedap..tak macam kat paramount aritu..sori paramount


aisy pulak peminat nasi..mesti nak kena nasi..tapi nasi tomato ni agak kurang kick utk aisy kot..

 adli memilih menu ala kebab dengan meatball dalamnya..yg ni sedap

papa makan nasi kerabu..sambal belacan sedaapppp


kat sini ada tempat main2 kanak2 kecik..so takderla ganggu aktiviti makan kami


alhamdulillah,terima kasih papa..semoga keluarga kita beroleh kebahagian dan rahmat Allah aminn

Oct 10, 2016

Aktiviti Petang

apa ye aktivi yang best untuk keluarga tapi budget tak mahai..smlm kami pi tengok orang main layang2..pastu udah budak2 ni bising plak "nak layang2..nak layang2..".. adoi..
bila tanya yg paling murah tu rm15 ish ish..kalau dua dah rm30 kalau tiga? kira sendiri hihi..sudahnya tak payah la beli langsung..kang berebut..kita main belon je la ye adik..murah skit satu bekas tu rm4..
jadila kan hahaha


sonok meema rasa boleh terbang kot sama tu hihihi..ni kat Padang Putra Height


corat coret hari raya hihihi macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan...