Aug 30, 2016

Aktiviti Merdeka

Kejiranan ivory bandar saujana putra buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Kami sekeluarga join berkayak...anak2 enjoy..tapi mama gimik je..fobia air huhuhu






Aug 1, 2016

Hepi Birthday Meema

Hepi Birthday Meema sayang..
mama doakan meema diberi kesihatan yang baik..jadi anak yang baik..pandai..bijak..solehah..
 
alhamdulillah meema dah setahun pada 29 Julai 2016..kejap je rasa..mama sayang sangat2 pada meema ni huhu jeles pulak yg lain kang..alhamdulillah Allah makbulkan doa mama utk dpt sorang lagi gegirl hihi kejap je dah besar..membesarkan meema lain dari yg lain..ada beza skit dari abang2 dan kakaknya
be a good girl..mama papa abang kakak achik abg adik saaaayang meema sangat2..muah!

Jul 29, 2016

Cameron Highland Lagi

masa nak balik bandar saujana putra selepas seminggu bercuti raya..kami bertolak balik ahad pagi..tp baru je kluar nak ke tol simpang pulai udah jem giler..sangkut..
cuaca dah mula panas..then avanza kami tu kalau jem mulala aircond jadi tak sejuk..meema pulak baru nak baik demam..apa lagi papa offer jom naik cameron dulu la ambik angin hihihi terus naik..makan2 dulu relax main2..dah penat baru turun anak2 pun lena tido..huhu
gemuknya la hai mama skang ni..meema masih nyusu badan hihihi alasan..
first time bg meema






Aidilfitri 2016

Raya Raya Raya.. Syawal datang lagi..hihihi
kita yang dah besar2 ni takder la rasa raya sangat..tang bulan Ramadhan je yg seronoknya..tapi budak2 plak tang hari raya la yang dia orang tunggu kan..dapat duit raya..macam zaman kita kecik dulu jugak la kan kikiki
 
hari raya pertama..takder beraya pun..sebab apa? sebab meema demam..abah pun demam..langsung tak bangun adeh..dah petang baru pergi rumah opah jah n tok man..itu pun sebab ngikut adik yg baru sampai ke Ipoh.
gambar di rumah opah jah dan tok man..tengok la meema tu muka tak ceria..demam asyik merap je
bergambar dengan anak2 sedara dan anak2 sendiri..hihihi baju kami kaler lebih kurang sama so semuanya dah macam anak mama..ramainya anak hihihi
pagi raya kedua dah balik ke kemunting..ni gambar kat depan rumah pak lang..meema blum baik..masih demam
ni plak gi beraya ke rumah kawan lama masa sekolah rendah dulu..singgah selepas balik dari kemunting
ni plak kat rumah bapak sedara pak eji..dia buat open house..meema masih meragam..ini la demam yang paling lambat baik dalam sejarah hidup meema setakat ni..asyik meragam serba tak kena
sudahnya seminggu cuti raya..takder macam raya sangat pun..duk merap kat rumah abah je..
 dan setiap kali raya tiba..pastinya kita amat rindukan org yg tersayang..alfatihah buat mak dan mak mertua..moga roh mereka aman damai di sana..amminnn

gambar2 kat bawah ni sajer2 ambik..nak gi open house
 bergambar dengan dato seri azmin masa jamuan raya pejabat tanah selangor




 ni pulak kat rumah kawan programmer nida di kuala kubu

 seminggu lepas raya..kami balik ipoh lagi..kali ni baru raya betul2..dari pagi sampai ke malam huhuhu abah ajak gi ziarah adik beradiknya di kg gajah..pastu terus lajak ke teluk intan umah maksu..sempat jugak ke rumah kawan sekolah..nani dan mudin..


ni gambar last ni bukan gi beraya..abih beraya abah ajak makan udang galah yg popular kat teluk intan ni..sedap manis fresh..tangkap tepi sungai tu je..angkat hidup lagi terus goreng..sedaaapppp

 last openhouse raya di rumah big bos..

Jun 16, 2016

Kampung Morten Melaka

 Sabtu 11 Jun, plan asal kami menghadiri majlis berbuka puasa anjuran opis papa di SkyDeli Melaka.Sampai melaka jam 5.30 petang, jadi setelah dah jumpa kat mana letaknya restoran SkyDeli tu..kami pun pusing2 dulu nak cari tempat solat..tetiba termasuk dalam perkampungan tradisional Melaka..Kampung Morten namanya..aik..ada kampung yang cantik kat belakang hotel Swiss Garden rupanya..dipesisiran sungai plak tu..river cruise..hihi

pastu yg best sekali ada Living Museum..Villa Sentosa..cantik sungguh rumahnya..
naik tangga masuk je dalam bahagian tengah rumah ni tak ada bumbung..tapi pakcik tuan rumah cakap kalau hujan air akan terus disalurkan keluar so tak kan bertakung atau banjir dalam rumah ni hihi
pelamin orang dulu2
ni la pakcik tuan rumah..anak bongsu dalam keluarga nya..bapanya dulu yang buka kampung morten ni..sempena nama orang inggeris yg tolong dr aspek kewangan utk buka kampung ni
 
barang2 dalam rumah ni pun barangan lama2..bestnya ada banyak koleksi turun temurun..adalah disarankan kepada semua kalau ke melaka tu singgahla sini..kenalkan anak2 kita dengan tradisi melayu cewah..

Ramadhan 1437H


Nasi Bamboo

dua hari sblm puasa,kami sempat singgah menerai makan di restoran nasi bamboo sungkai..tahu pasal tempat ni daripada kawan opis..tapi dia bagitau lambat sangat, sehari sblm puasatahun lepas..so tak sempat nak cari..sementelah pulak lepas raya..rasanya raya ke 14 kotmama bersalin, so langsung la tak pergi..
tetiba awal tahun aritu viral tentang restoran ni di FB..baru teringat balik nak gi try mkn situ..bila dah viral kan, sentiasa penuh la orang..dua kali pergi penuh..kali ni baru ok ..bab makanannya bagi mama la tak ada la sedap sangat..tapi boleh la nak singgah makan..huhu
specialnya sbb nasi tu dia letak dalam buluh itu je la kot

Jun 1, 2016

Floria 2016

 
 dah lama tak pergi Floria..last pergi tahun 2010 masa tu tgh pregnantkan adik..
kali ni teringin sangat plak nak pergi..tengok promo dia macam menarik,bayar pun
takperla..support malaysia event..
tapi memang puas..kami masuk jam 5.30 petang..keluar jam 11 malam..itu pun
ada lagi tempat kami tak sempat cover..bawak baby so penat skit la..
banyak sangat bunga cantik2..jual pun ada..malamnya pulak ada pertandingan
bot berhias..cantik sangat deconya..budak2 sangat seronok..alhamdulillah berbaloi
cuma yg tak best tempat solat khemahnya kecik..panas..huhu patut diperbaiki