Jun 12, 2014

Anniversary di Tanjung Jara

cuti sekolah datang lagi.. hehehe macam iklan dingdang pulak..
so, kali ni kami plan nak bercuti2 santai je takmo kalut dgn ramai org..
takmo pulau sbb dah takut naik bot..takmo shopping dah bosan(budget xder)..
kitaorang akhirnya gi dungun je..Tanjung Jara Resort kebetulan pulak jatuh time hari anniversary mama n papa yg ke berapa tahun ek.. baru 12 tahun..huhuhu feeling alhamdulillah

ni antara aktiviti yang boleh dibuat kat resort ni..ada signboard
 
bilik dia cantik..luas..rasa macam nak buat rumah macam ni pulak..rumah kayu..tapi mana nak cari tanah kat kampung ni..harga tanah pun dah mahal sekarang.
pool dia pun besar..tepi pantai..



adik pun nak try basuh kaki guna gayung tempurung

ada spa(tak masukla) , ada private beach..tapi budak2 ni lebih suka mandi pool..
 resort ni masuk dalam hutan skit,luas kawasan dia..syok je kami lepak2,sebab tak ramai orang..budak2 main air berejam2 takmo masuk bilik..rasa nyaman dan relax je suasana dia..
depa ni buat macam kampung sendiri pulak riuh..malu kat omputeh yg ada kat situ..
orang baru start cuti sekolah,tapi kami dah sampai sini..
jadi tak ramai lagi la kat tempat ni..kami stay sini dua malam je


tiga hari dua malam kat dungun aktiviti kami hanya rehat,mandi,pastu jalan2 cari makan je..
ni petang kami gi makan ikan celup tepung dengan sotong celup tepung kat tepi pantai teluk lipat
dekat dengan Uitm Dungun tu..
sini seafood fresh..sedap meratah ikan ni..budak2 pun suka manis..
kalau ikan kat tempat kita, goreng pun dema tak sentuh

semestinyer ada kepok lekor cicah sos
pastu kitaorang try makan laksam dengan nasi kerabu kat RR nasi kerabu house..
sedap jugak nasi kerabu dia..laksam pun sedap..tapi gambar mama ambik ni kelabu pulak..
korang search la..dia ada facebook..



selain laksam kuih muih pun ada,papa makan benda ni apa nama entah pulut inti ke
 

Pastu kami jugak sempat breakfast nasi dagang kat warung power dungun..
warung ni glemer dengan telur separuh masak dia..ada letak herba apa ntah
rasa pedas macam lada hitam je..




nasi dagang sedap..macam mummy buat..kuih pun ada..
ni kegemaran aisy dgn papa ni

ni la rupa telur tu letak herba

pedas je rasa dia..kome try le power ke tak..huhuhu
 pastu on the way nak balik ..lepas check out dari resort ingat nak cari kepok lekor pantai kelulut yg femes tu..tapi takder rezki..kedai tutup..so mkn otak2 kat kedai sebelah dia je la
otak2 sini letak isi ikan besor2..kat shah alam tu campur tepung je bnyk

pastu hari sebelum balik papa ajak gi pasar malam kat dungun.. papa kata masa dia duk belajar kat uitm dungun pasar malam ni glemer la dia selalu pergi..pasar malam sura gate

aisy tengah pilih nak makan apa

ada orang jual ikan laga

 eh ni gambar lempeng kitaorang singgah makan kat mana mmm Kemasik kot.
ni makan masa on the way nak gi dungun bukan time balik ni..
lama tak makan lempeng sedap pulak rasa dia makan panas2


 sebelum balik ipoh..kami cari megi ketam dulu..singgah makan kat tok bali..
ketam nipah..Alemy Megi Ketam Semerak..tgk dlm kedai ada banyak gambor artis datang makan2 kat sini
 ni dia bila dah angkat ketam dia..baru nampak megi..ada letak udang jugak..harga ikut pasaran ketam..
masa kami pergi rm22 semangkuk

papa suh ambik gambar muka kenyang hehehe

sekian laporan cuti sekolah kali ini..
TQ baca!

0 comments: