Feb 25, 2009

Menangani Stress

Patut ke buat tajuk macam ni...macamla stress bebenor ek..hehe..takderla stress sangat cuma lately..kerja kat opis ni buat kepala pusing..bukan sbb kerja terlampau byk..tapi sbb nak memikirkan penyelesaiannya tu yg skit pusing2..
so,nak dijadikan cerita..sabtu lepas, papa jemput mama balik dari kerja dlm pukul 2 petang kot..mama terus jer ajak gi tengok air..kan org kata anggota badan kita manusia ni 80% terdiri dari air..jadinya bila tengok air automatik fikiran kita akan tenang..kata orgla..so papa pun terpaksala cari tempat yg ada air..paling dekat pun bagan lalang jer la..nak gi PD tak sesuai plak..budak2 tu bukannya ada bawak baju mandi ker apa ker..just datang jemput mama balik kerja..sehelai sepinggang la..kesian jugak tengok budak2 tu teringin nak mandi..tapi apa bleh buat..baju tak bawak..hehe..pastu kul 6 kami makan..best cuma sorila tak sempat nak snap gambar menu sbb bila makanan sampai jer anak2 tu dah kecoh..tak dan la..bila dah abih mkn baru nak teringat..erm..dah licin..one thing,ramai jugak org beli ikan,ketam,udang,sotong dll yg segar2 kat situ..baru naik dari bot nelayan tu..fresh lagimasa on the way ke bagan lalang tu kan, lalula kat kampung2 orang..ader byk homestay rupanya area2 situ..sempat snap satu gambar rumah kampung ni..bestnyer..belakang rumah laut tu..macam syok jer..dan papa plak..sejak menceburkan diri dalam aktiviti memancing ni..asyik dok cari tempat memancing jer kerjanya..adoi..letih..tapi jumpa plak dia kolam memancing..tapi tula..mama ni jenis takder planning2..papa selalu bising mama jenis suka pikir dan terus go..nasib baik papa jenis ikutkan jer la..hehe..

Feb 19, 2009

Apa nak jadi

Hai entahla apa nak jadi dunia sekarang ni..jadi takut bila mengenangkan budak2 zaman sekarang..Harian Metro hari ni memaparkan berkenaan seorang budak sekolah tingkatan 4 di Cheras dibelasah kerana berebut seorang awek..pastu plak baru2 ni ma terbaca pasal bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah berhubungan dengan awek dia yang berumur 15 tahun...adoi..ntah apa2..tapi itu la..nak salahkan budak2 ni pun..mak bapak sekarang ni pun dua kali lima jugak..gaduh laki bini senang2 jer nak campak budak kecik dalam tong sampah..pastu budak yg baru 3 tahun ditinggalkan camtu jer dengan beg plastik isi baju tu..sian dia sorang2 nangis tepi jalan..
ma pesan pada semua kita2 yg waras ni..sayangi anak2 kita..kalau boleh generasi anak2 kita ni nanti harapnya berubah jadi yg lebih baik..anak mama,anak yanz,anak sue,anak k farah,anak maria, anak eza, anak k dilla, anak semuala..kita buktikan mereka nanti bakal jadi antara yang terbaik..amin.

Feb 18, 2009

GENG Upin Ipin:5 hari kumpul 2 Juta

Geng : Pengembaraan Bermula Kaut 2 Juta Dalam Masa 5 Hari!
February 18, 2009 by
Petikan dari OH Bulan

OHBULAN! sudah dapat menjangkakan filem animasi paling hot seantero Malaysia ini akan berjaya memungut keuntungan yang tinggi hasil daripada penayangan. Hampir setiap hari penulis berada di’salah sebuah gedung membeli belah terkenal, tiket wayang filem Geng : Pengembaraan bermula selalunya sold out.

Terkilan juga dengan sikap sesetengah anak muda yang kononnya berasa tidak kool menonton filem animasi tempatan, walhal mereka masih belum lagi menonton filem ini. Penulis terpaksa menerangkan sedikit jalan cerita kepada mereka sebagai teaser, di’harapkan mereka akan tonton filem yang original, bukan yang cetak rompak.

Berbangga juga dengan hasil 3 anak muda dari Multimedia University (MMU) Cyberjaya yang menjadikan watak Upin Ipin sebagai ikon kanak-kanak, bukan mudah tahu. Dengan bermodalkan RM 4 juta serta 52 pakar animasi tempatan, mereka sukses menghasilkan filem animasi setanding dengan produksi Pixar atau Dreamworks.

Berbalik kepada soal sambutan, ada satu ketika teman sepermainan penulis telah membeli 57 tiket filem ini seawal jam 10 pagi kerana di’khuatiri akan kehabisan pada malam hari. Betul pun tekaan mereka, bilik panggung penuh sesak dengan pelbagai golongan peringkat umur, dari yang kecil hingga’lah yang tua. Rata-rata berasa kagum dengan jalan cerita serta kualiti animasi yang di’hasilkan, malah ada yang tersenyum di’sebabkan Les’Copaque bijak menyerapkan elemen ‘Malaysian Flavour‘ di’dalam filem tersebut.

Tidak perlu berpangkat professor madya untuk menghasilkan filem berkualiti, cukup’lah dengan daya kreativiti & cuba memahami kehendak penonton zaman sekarang, nescaya filem akan box-office. Kami bukan lagi boleh di’perbodohkan seperti dahulu!

Feb 16, 2009

Geng Upin Ipin

Kami dah tengok Geng memang best aa..pada mama best tul citer tu..kelakar..cuma tang adegan monster dgn snake besar tu kalau budak2 bawah 3 tahun tak berapa sesuai kot..sbb masa tengok semalam ader budak kecik nangis takut..nasib baik anak2 mama dah besar..depa suka jer..aisy plak mmg suka tengok lawan2..so semua excited la..tapi secara keseluruhannya memang BEST..ayuh semua gi tengok..kasi supportla produk Malaysia..nasihat mama sebelum gi booking dulu tiket jangan main terjah jer ke panggung..sebab masa hari mama pergi semalam..penuh..yg sebelah petang pun penuh..fully book..

Feb 15, 2009

TQ Lily


TQ Lily..cuma akak nak tau naper tiba2 jer nak kasi kat bebudak ni..ada nazar apa2 ker..hehe..manala tau ntah2 adik akak ni dah ehem2 ker..hehe..apa2 pun TQ sekali lagi..mama dgn papa dia pun bleh rasa jugak tak..

Feb 12, 2009

Feb 5, 2009

Mama la pulak

Asyik2 gambar korang jer..mama nak masukkan gambar mama plak la..tak aci camni..bila belek2 blog mama ni..nampak sangat gambar mama kurang..hehe..ada org over expose plak..tapi ni gambar lama..kat kedah tahun 2007 tu..ni plak gambar kami di Bukit Cahaya Shah Alam..tapi mama pandangan sisi la pulak..hehehe..sajer detak muka ai banyak2..jgn jeles..kalau korang jeles sekali pun aii peduli apa..hehe.takderla..gurau2 jer..sori ek..just layanz..

Feb 4, 2009

Kolam Ikan Patin

Destinasi : Pekan,Pahang
Tarikh :29-januari-2009

Asalnya papa gi Forecast Office Kuantan dengan bos dan staf lain tapi dah abih kerja tu depa buat kerja lain plak..sambil nyelam minum air..depa gi makan murtabak pastu gi kolam ternakan ikan kakak bos dia..hehe..ni yang lain kali mama takmo kasi papa gi mana2 ni..lain plak benda yg dibuatnya..

Feb 2, 2009

Zoo Taiping

Tarikh : 25-Januari-2009
Tempat : Zoo Taiping, Perak

Cuti tahun Baru Cina yang lepas mama sekeluarga balik kampung Ipoh dan Taiping..so cuti lama jadinya kami sempat bawak anak2 ke zoo..memang dah lama adli ajak gi zoo ni..sebab tengok sepupu2 dia yg duk kat sana tu dah pernah gi zoo..tapi kami tak gi night safari..kami pergi pagi2 dlm kul 10 lebih skit..
zoo negara mama dah gi..tapi masa tu adli baru 4 tahun..pastu fatin kecik lagi..2 thn lebih..so depa pun dah tak ingat dah..zoo taiping ni lama dah ada sejak 1961 lagi..dan binatang2 yg ada memang asalnya duduk kat kawasan zoo tu..di kaki Bukit Larut..so itulah keistimewaan zoo ni..