Jul 20, 2012

Salam Ramadhan

Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran.

Firman Allah :
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh Begitu juga halnya dengan bulan Ramadhan, Allah swt tidak akan mengatakan Ramadhan sebagai bulan istimewa jika tidak ada sesuatu di sebaliknya.

Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya :
"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan siyam(bulan puasa) membawa segala keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HADITH RIWAYAT. Ath Thabrani)

Dalam sabdanya yang lain :
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (HADITH RIWAYAT. An Nasai dan Al Baihaqi)

Seringkali Ramadhan dikaitkan dengan Mubarak- Ramadan al-Mubarak. Ia membawa maksud keberkatan.
Jika ditinjau makna berkat di dalam al-Quran, ia membawa erti bertambah dan berkembang.

Berkatnya bulan Ramadhan apabila kebajikan dilakukan secara berganda-ganda dan pahala pun digandakan oleh Allah.

Terdapat tiga perkara yang digandingkan dengan perkataan berkat iaitu:
- Allah itu berkat. (al-A'raf:54)
- Quran itu berkat. (al-An'am:155)
- Malam Lailatul qadar itu berkat. (al-Dukhan: 3)

Ramadhan turut dianggap sebagai bulan yang berkat kerana ia bulan difardukan puasa, diturunkan al-Quran dan terdapat malam al- Qadar.


Ya Allah, berkatilah kami di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Andai ini Ramadhan terakhir untuk kami, maka terimalah semua amalan kami dan rahmatilah kami wahai Tuhan Yang Maha Agung. Amin...

Jul 18, 2012

Semoga Ramadhan memberi sinar

Saat ini hati menjadi gelisah..
rasa sedih,takut bertukar ganti..
aku belum bersedia utk kehilangan 'dia'..

di saat begini..
mengharapkan dorongan,sokongan..
memerlukan bantuan utk diberi keyakinan dan harapan..

'nak cakap apa lagi'...bukanlah kata2 yg enak didengar
bagi hati yg sedang dilanda gelora..
tapi itulah yg aku terima..

terima kasih sahabat..
perempuan lebih memahami hati perempuan rupanya..

teman2 semua,
doakanlah aku redha menerima ketentuan Tuhan ini..
doakan juga agar semuanya kembali pulih seperti masa dulu..
semoga kehadiran Ramadhan ini memberikan sinar..

amin.

#sekadar luahan hati yg tak mampu diucap..

Jul 12, 2012

Pesta Buah di SUK

mari! mari! pesta buah2an tempatan..dua lori penuh muatan durian sudah siap parking..tunggu peluang kami rebut je..hehehe
ni sementara menunggu waktu makan buah..kami pose dulu kat luar bangunan SUK.. ni la antara muka2 yg dah tak sabar nak terjah..
yang ni plak muka kami2 yg sabar..tak macam kawan2 kat atas tu..hehehe
 dan inilah saat2 yang dinanti-nantikan..kenyang woo..banyak best..makan free..suasana bawah pokok rasa cam kat dusun plak kan..
tangkap lentok la ini dulian..manyak feel..hahaha
  ni apsal mcm main cak2 plak ni..
 macam-macam buah ada..antaranya durian...rambutan...langsat...manggis kegemaranku pun ada..

ni camera women tgh makan pulut durian.. sampai terduduk sedapnyeeer

Jul 2, 2012

Telatah Baby Afif Solat

budak kecik ini sangat suka mengganggu kami solat.. kadang2 dia baring kat sejadah kita.. mama selalu mengalami masalah ini jika sorang2 jaga dia di rumah..selalunyer time papa outstation..
mama ada baca, kalau anak berada di tempat sujud kita boleh bergerak ke kanan atau ke kiri tapi selangkah sahaja..lalu terus mengerjakan sujud..tapi tak boleh la asyik bergerak lebih 3 kali akan terbatal solat kita.. 
ke kiri ke kanan dah macam poco2 confirmla batal solat kan..huhuhu
 
lagi satu nak pesan, sebelum solat kita tukarkan pampers dia terlebih dahulu..sebab kalau dia duduk atas kita ke kan,kita pasti dia bersih.. kalau baby menangis kita boleh jugak solat sambil dukung dia..tapi time sujud tu letak dia kat bawah dulu..
itula antara tips solat kalau ada anak kecik yg suka ganggu..berharap sangat agar solat mama diterima sbb mengaku susah nak kusyuk kadang2 terjeling mata kat dia sebab takut2 dia masukkan benda2 dlm mulut..
ini mama sempat snap gambar dia kacau abang dia..menyelit nak solat sama2..kesian si abang kena keluar dari sejadah..

*bersepahnyer tempat tido adli & aisy tu..