Mar 2, 2012

Sunway Lagoon

ini sebenarnya berlaku dalam cuti bulan dua aritu..lambat masuk entry ni sbb malas nak edit gambor..
mandi manda di sunway lagoon.. bab mandi manda bukan anak2 jer suka..bapak dan mak budak pun suka..

 tapi kalau bab main benda2 yang buatkan jadi pening dan nak muntah ni mama tak suka..mabuk..huhuhu bukan mabuk sebab benda lain yer..harap maklum


sesi bergambar dengan maskot scream park..masa ni nak lawan dengan terminator


 macamana pulak boleh ada bapak dugong kat kolam tu..suka sangat kena timpa dengan air..sakit badan ooo

kami pergi awal pagi..pintu dia bukak je terus masuk..so pagi2 tak ramai org lagi boleh la main puas2..masuk tengahari dah mula ramai orang dah..tapi sebab bukan weekend so tak la bersesak sesak sangat..enjoyla..


anak2 kami yg cukup berani mencuba..semua jenis permainan air mereka naik..tak takut langsung..mama naik dengan papa sekali jer dah menjerit2..takmo naik dah..huhuhu..macamana anak2 ni boleh tiga empat kali ulang naik benda2 ni..tak gayat ke
tinggi tau benda ni..laju giler plak tu..tapi diaorang selamba ajer gelak2..kalau mama dah pucat dah muka.. hehehe ada sekali tu tersangkut kat tgh2..selamba ajer depa melompat2..melonjak2 bagi pelampung tu turun balik..adoi..mama yg gelabah..
 ni papa sempat lagi lawan lumba dengan budak2 cina mana ntah..join sekaki ler.. tiga kali jugak la papa main benda ni..anak2 nak ikut jugak tapi kat sini syarat dia tak boleh pakai baju ader zip..so tak boleh la anak2 join lumba sekali..

0 comments: