Dec 18, 2010

Cucuk Sebulan

aritu 14/12/2010 gi cucuk sebulan..timbang berat dia time tu 4.7kg...
ish mama ni janganla  ambik gambar saya malula..hehe
 cak..sayala mohamad afif adha..

Dec 3, 2010

Kelahiran Mohd Afif Adha

Alhamdulillah, tanggal 14 Nov 2010, jam 7.30 pagi maka lahir jua permata hati ke empat mama dan papa.. cahayamata putera tanda kasih kami..lahir di hospital sg buloh..
cerita skit al kisahnya..
jumaat,12 nov dah kena ke spital sbb mama ada diabetis, so bila kandungan dah cecah 40 minggu terus kena serah diri ke spital..bila doktor kat situ check dan scan semua katanya baby ok..tak besar sgt sekitar 3.3kg sahaja.doktor tanya anak sebelum ni paling besar berapa..mama ckp aisy 3.5 kg so dia kata kalau camtu takperla.awk balik rumah dulu..besok dtg balik kita tengok mcmana..sbb kalau boleh biarlah lahir normal tanpa perlu induce..
besoknya pagi2 sabtu 13 nov mama datang lagi.. check punya check masih belum ada tanda2 nak bersalin.. walaubagaimanapun mama kena duduk kat wad sbb katanya nak induce..so mama rehat2 jerla kat spital tu..maklumla tak sakit..melepak jer la..makan..tido..sempat mkn laksa plak lagi tu..hehe..bila hari dah nak masuk malam mama suruh papa balik rumah rehat..nanti kalau ada rasa nak bersalin baru mama call..

tup tup,mlm tu tgh tido tiba2 dlm kul 12 tgh mlm dah mula ada rasa sakit skit2..dah mula rasa ada kontraksi setiap 10 minit..tapi buat relax jer lagi..sebenarnya bukan apa.sebab yg dulu2 tu tanda bersalinnya keluar air ketuban..so yg kali ni air takder..darah pun takder..tup2 sakit jer ada..so macam terpinga-pinga la plak..ni nak bersalin ker apa ni..hehe..
kemudian jam 3 pagi rasa sakit dah makin kuat dan kerap..so sms papa suruh dtg spital..lebih kurang pukul 5 pagi plak baru keluar air ketuban..time tu baru mama yakin yg mama ni dah nak bersalin rupanya..lebih kurang kul 6.30 pagi bila bukaan dah buka 7 cm baru masuk labour room..dan lahirlah baby boy ni jam 7.30 pagi kemudiannya.. agaknya baby tu takut induce, so bila dengar doktor kata nak induce tu terus dia nak keluar dah kot..kalau tak tu relax jer kat dlm..
alhamdulillah, walaupun pengalaman kali ini tak semudah sebelum ini..tapi mama bersyukur kerana Tuhan bagi peluang utk rasai pengalaman lain pulak..syukur atas rahmatNya..gambar kat atas tu masa umur dia 2 minggu.

Oct 14, 2010

Selamat Ulang Tahun 13 Oktober



TQ My Dear dan anak2, sbb belanja ma makan malam tadi..sempena ulang tahun kelahiran mama yang ke 33 tahun...ala dah tua..hehe..nak buat camner kan..tak kan makin lama umur makin turun plak..doa mama agar diberikan kesihatan yang baik..kebahagiaan yang berkekalan dan kehidupan yang lebih baik..tidak lupa nak perbaiki kelemahan diri..hehe..tolong doakan sekali yer,kalian..muaah!

Oct 11, 2010

Tarikh 10-10-10

Apa ada pada tarikh ini?
ramai yg melangsungkan perkahwinan semalam..ramai jugak yg dapat baby semalam..dan macam2 lagi la cara orang nak tinggalkan memori indah pada tarikh cantik ini..tapi dengar Hot FM pagi tadi..topiknya apa berlaku pada 101010..ramai yg bahagia..tapi ramai jugak yg melalui tarikh cantik ini dengan peristiwa sedih..
tapi bagi kami takder apa sangat pun tarikh ni..macam biasa sajer..
oleh kerana sabtu sebelumnya tu mama dan papa samer2 kena kerja..so semalam ahad 101010 kami keluar..pagi jam 11 dah tonton wayang..citer Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga'hoole
bolehla, citer ni sonok gak la..biasala budak2 ni bila kita dah ajar satu benda bila lama tak buat depa asyik tanya la kan..bila nak tengok wayang lagi..bla bla.. so bawakla gi tgk jgk..
kemudian sebelah petangnya mama terasa nak mkn ikan bakar kat pantai jeram plak dah..so, papa pun terusla pergi..tapi sampai awai restoran tu baru tengah nak bakar2 api apa semua kami lepak2 dulu la kat pantai remis..sementara depa ready nak bleh order..


time makanan sampai tak sempat nak ambik gambar pun..abih tu memasing dah lapor..lunch dah lajak ke kul 4..maunyer tak lapor kan..so ni gambar dah nak abih makan jer yg ada..ops,tgh makan terjumpa kak jah n family..depa pun slalu makan sini rupanya..tapi asyik borak takler bergambar..taula kak jah kalau dpt bersembang..dua tiga kali anak dia datang ckp makanan dah sampai..dianyer tak gerak2 jugak..hehe
so, kesimpulannya biasa jer la aktiviti kami pada 101010 ni..cuma kalau nak kasi memori istimewa skit tu adala skit ayat2 power dari hubbyku..
katanya "sumpah, walaupun beribu yg datang dlm hidup abg..abg tetap pilih mama dulu,kini,selamanya..tak sanggup kehilangan mama.." hehe aww..jgn meluat ek..sajer nak letak statement ni dlm entry 101010 buat ingatan..

Oct 7, 2010

Cemburu Dalam Perkahwinan


Menurut Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan, cemburu adalah sifat semula jadi.
“Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan.
“Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar.
“Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya,” katanya.
Kurang bersetuju dengan perumpamaan cemburu tanda sayang, Lihanna menyifatkan cemburu yang positif boleh melahirkan persaingan yang sihat.
Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.
“Bagi saya banyak lagi cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri.
“Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, bukan dengan sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh.
“Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.
Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan.
Sungguhpun begitu, Lihanna tidak menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.
KEGAGALAN mengurus cemburu boleh mencetuskan amarah dan dendam.
“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa.
“Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya.

Sep 28, 2010

Wet World Shah Alam

Bila dah balik dari cuti raya awal..so kami meluangkan masa ke taman tema air Wet World Shah Alam.. budak2 ni dah lama tak main air tu yang asyik bertanya ajer..lebih2 lagi si Aisy..bila mama ckp tunggu baby kluar dia kata ala lambat la kluar..jom la mandi dulu..so sian kat depa ni


sebenarnya nak pergi bukit merah laketown sebab dah dekat dengan rumah papa di kemunting tu tapi sbb baju mandi tak bawak..malehla nak gi..baju mandi budak2 ni dah berapa kali beli dah..bila nak gi jer baju tak bawak beli lagi..dah ada bnyk..so malas membazir..


papa plak kata kita ni yg jauh2 semua dah pergi..yg dekat kat shah alam ni yg dah berapa kali lalu ni tak pernah pergi2 lagi..jomla bawak depa..so camtula citernyer camner kami bleh terpergi ke sini..hehe..ter ker..

dan yg pastinya aktiviti mandi manda ni mama tak bleh joinla..jadi jurugambar jerla..dan papa plak seperti biasa mengalahkan budak2..hehe..jgn mare pa..i'm hepi to see u hepi..

Minum Teh di Cameron

Cuti raya ari tu ..dari Ipoh masa nak balik ke Shah Alam kami sempat singgah ke cameron utk minum teh dan beli sayur..tak ketinggalan menikmati strawbery coklat dan jagung madu yg amat sedap..




 sempat lagi tu..naik dari gopeng dan turun di tapah..kemudian terus balik ke shah alam..mcm dekat jer bunyinyer ek..TQ pd driver yg tak merungut dan sentiasa melayan hati mak buyung..hehe..love u

Sep 21, 2010

Raya 2010

Macam biasa ajer kami sambut raya tahun ini..bersederhana org kata..sebab kena jaga makan dan badan makin berat jadi nak gi beraya pun tak berapala sgt..yg dekat2 ajer..

budak2 ni biasalah kutip duit raya..macam kita zaman kecik2 dulu jugakla.. pastu dok berlawan saper dpt paling banyk..adli tak acila sbb simpanan duit belanja sekolah dia campur sekali dgn duit raya.. tentula dia yg plg bnyk kan..
 gambar2 raya pun tak sempat nak ambik sangat..mood lebih pada persiapan sambut baby..hehe..barang2 baby blum beli lagi ni..excited plak sbb dah lama...cewah..
pastu gi ziarah kubur opah dan atok.. rindu kat opah, opah pergi masa umur adli baru 5 bulan..so anak2 mama tak kenai pun onyang mereka..

Sep 8, 2010

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri Buat Semua

Ramadhan akan berlalu..Aidilfitri pula bakal menjelma..saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua atas segala salah silap,keterlanjuran kata.. segalanya, samada sengaja atau tidak sengaja..
saper yang nak balik kampung tu berhati-hati, jaga diri dan keluarga masing2..saper yang tak balik tu..takperla..lepas semua orang masuk kerja korang plak cuti lama yer..kepada yg di perantauan..sabar2..nanti saya pos lemang dgn ketupat tau.. hehhe..yerla tu
oleh kerana sekarang saya sedang boyot..jadi tak perlu baju raya..papa pun takyah beria,pakai jer baju lepas2 yg bnyk dlm almari tu..hehe..sian papa..cuma anak2 jer kami belikan baju baru,iyalah yg dulu dah tak muat..tema kaler merah sbb opahnya dah belikan fatin warna merah..so lagi dua org tu kena follow merah jugakla..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin - dari kami sekeluarga

ps-rumah kami close tahun ni tau..hehehe..

Sep 3, 2010

Pengalaman Mengandung

Alhamdulillah, sekarang ni mama tengah mengandung 7 bulan 2 minggu, anak ke-4 ye...jgn jeles hehehe..
blum tau lagi jantinanya lelaki atau perempuan..tak scan pun,fatin doa baby girl..tapi mana2 pun takperla kan..dah pujuk2 dah fatin tu..last2 dia kata 'takperla, kalau boy pun nanti kakak bleh jadi macam awan dania'..si fatin mmg suka dgn scha tu,naper ntah..
tapi checkup baru2 ni mama dpt kencing manis, kena kontrol makan la jawabnyer..adoi, mencabar sungguh sbb tengah bulan posa ni teringin macam2 tapi semuanya tak bleh makan..first time check lepas puasa malam normal jer 5.1 tapi lepas dia suruh minum air gula terus naik 10.9 mak oi..apa lagi, terusla doktor kasi jarum suruh suntik pantau sendiri..pastu kena jumpa pakar pemakanan la bagai..bnyk no prosedur klinik kerajaan ni..tengokla gambar tu,abih lebam2 bekas ambik darah..

tu nampak tu mama jadi doktor,yg tetiba ada duit singgit tu naper ek..oo pengeras utk tukang pegang alat tu kot..hubby aku tu nampak jer berani,tapi bab2 darah ni..aku cucuk sendiri lagi bagus..remeh sebenarnya nak pantau kencing manis ni..dua hari tak boleh puasa,abih tu asyik suruh makan..2 jam lepas makan check..pastu suruh makan lagi..tunggu 2 jam check lagi..4 kali sehari tu asyik makan check makan check..nak posa apernyer..
tapi nak buat camner,ikut jer la demi baby,takut saiz dia besar plak nanti kena operate lagi susah kan..bila dikenang2 pregnant kali ni lain dr yg lepas2..alhamdulillah lepas2 tu mudah jer and steady..maklumla masih muda..cewah..yg kali ni lain skit, kan selama ni akak tak pernah mabuk..tiba2 yg ini mabuk plak..tapi takla sampai muntah cuma rasa mcm nak muntah jer..tapi tu pun masa awal bulan la..masuk 5 bulan takder apa2 dah..masuk 7 bulan plak kencing manis..memang selera makan tu suka yg manis2..kalau dulu akak ni hantu laksa..tapi skang ni tengok laksa pun rasa tak ingin langsung..selera tu semua yg manis2 jer.. aiskrim,pengat,kuih koci,puding,kek semua yg manis2la..berbeza betul dgn pengalaman tiga anak sebelum ni..nak kata sebab dah tua..baru nak masuk 33, muda lagi kan..hahaha..perasan tak abih2

ni la alat cucuk tu..best woo cucuk diri sendiri..hehehe..takperla kan, ini semua pengalaman..mudah2an bersalinnya nanti mudah..korang doakan la yer..

Birthday Fatin

Birthday Fatin adalah pada 23 Ogos yg lalu..masa balik kampung cuti merdeka lepas, kami meraikan birthday dia ala kadar ajer..maklumla bulan posa..lagi pun fatin yg bising,sampai merajuk2 bila nak buat birthday kakak..bila nak buat birthday kakak ni..last2 kami pergi beli kek dan makan ramai2 camtu jer kat rumah mak di ipoh..
tengokla gambar tu..majlis tak formal,santai2 lepas main bunga api..lepak2 tengok tv..adik mama yg no 2 tu pun ada balik jugak buka posa rumah mak..
tu pun nasib dia tak mintak hadiah besar2..hehe..kami pun tak ajar sgt anak2 ni sambut birthday beria..awal tahun hari tu,birthday adli dgn aisy beli kek potong jer..jadila..janji ada kan..
dan besoknya kami balik kg belah papanya pulak..kemunting,taiping..masa malam tu tido kat ruang tamu jer,dlm kelambu..budak2 ni excited benor dgn kelambu tu..konon macam main khemah2..hehe
..sbb semua adik beradik papa ada balik kecuali yg kat kuala lipis tu..fuh penuh rumah masa berbuka..cucu2 tok wan kat sana pun dah ramai..11 org semuanya..hujung tahun ni insyallah tambah lagi 2 org cucu..wow ramainya sepupu..best kan..tak macam belah mama..sepupu belum ada lagi..depa bertiga tu jer la..huhu

Aug 11, 2010

Aug 10, 2010

FLORIA 2010

Putrajaya Flower & Garden Festival 2010
Date: 10th - 18th July 2010
Venue: Waterfront, Precinct 2,Putrajaya
Theme: Tropical Splendour

Jul 5, 2010

Kenduri Kawin

Musim cuti sekolah biasanya memang bnyk la kenduri kawin..dan sepupu ma juga memilih time cuti sekolah baru ni utk buat kenduri..sepupu ma ni lelaki..Pejai namanyer..kawin dengan org Muar..
nikah buat kat rumah pengantin perempuan..tu yg baju melayu pink duduk kat belakang tu tengah tunggu turn..hehe..itu adik bongsu ma..

si fatin tak lepaskan peluang utk menepung tawar pengantin..hehe..sebenarnya dia nak kan bunga telor kat tepi pelamin tu..kena la salam pengantin dulu..

yang ni plak masa tengah tunggu pasukan rebana datang..bertanggak dulu kat rumah tok kadi semalam..baik tok kadi ni..siap offerkan rumah dia utk kami tumpang bersiap..yang best dia jamu air mata kucing..sedap.. hehe..anak2 mmg tak kira tempat..asyik main jer kerjanyer..
kalau dah kawin dengan org johor ni..sure la ada tarian zapin..pastu pengantin lelaki siap ler angpow bebanyak..mmg kena pow punyalah..

haa..yg ni plak masa kenduri di sebelah lelaki..kat kg manjoi ipoh..serba biru..ni seminggu selepas nikah ler ni..
inila mak pengantin lelakinya..adik mak mama la ni..tu dia tengah menyuruh apa ntah..maklumla mak pengantin..kuasa veto ler ari tu..hehe..gurau jer mak jah..jgn mare

yang kat tengah tu abah..baju belang tu cik din, tokei udang berjaya tu..yg sorang lagi gaya mandor tu saper ek..uncle kot..tak nampak bagi belakang..

ni plak adikku ijat tengah demo macamana tarian zapin yg kitaorang tengok minggu lepas..hahaha..jgn mare dik..yg kamu buat lagak camtu tu pehal..

yang ni la 2 org penyanyi terkenal yang berjaya menyumbangkan suara masing2 bagi memeriahkan lagi majlis hari itu..hehe..ini adik2 mak jugak ni..yg baju gelap tu pak man..yg baju hijau plak pak eji..ini masa muda2 dulu otai ni..kaki menyanyi..tak boleh lupa joget pak eji tu..hehehe

ni barisan bapak2 sedara..


bapak mertua dan kakak ipar pun datang jugak dari taiping..sekian laporan aktiviti kenduri musim cuti sekolah yang lalu..hihi