Sep 27, 2011

HotSpring Sungkai

Hot Spring, Sungai Klah Sungkai, Perak
pada saper2 yang belum pergi.. kat sini ada kolam air panas dan jugak kolam mandi air sejuk(air bukit)..tiket masuk RM10 utk dewasa dan RM8 utk kanak2.. ok ler tu kan

kami dah banyak kali pergi sini..lepas berendam air panas masuk plak kolam air sejuk..memang best.. tempat ni dalam kawasan Felda.. kalau naik PLUS Highway keluar exit Sungkai..



pastu, satu lagi aktiviti yg kita boleh buat kat sini ialah merebus telur..kami dah biasa so siap bawak kicap dgn lada sulah bagai..org keliling tengok terliur ajer hehehe
 
kolam air panas mengikut kategori suhu..

Sep 22, 2011

Tmn Rama2 dan Reptilia

Berjalan-jalan di Taman Rama2 dan Reptilia Ayer Keroh
 Fatin ni kejap pakai tudung pastu kejap dah bukak..adoi..
Aisy teruja tengok tuntong berenang..fatin plak gelisah sebab dah panas..
takutnya tengok banyak betul buaya..besar sangat

ni apa ni? ni ikan aropaima gergasi..besor dari mama..yuuuuuuuuu

apsal terbalik plak gambar ni..
harimau bintang pun ada..tapi busyuk
adli cakap dia nak bela kura2 la nanti..hehehe


Adik baby yg belum mengerti apa2..tengokla tu..nampak rama2 pun buat tak tau ajer..hehehe


"mama...tengok bird tu tak malu kissing.." hehehe aisy malu pastu tutup mata
sajer jer bawak anak2 berjalan2..dah lama kami tak layan tempat2 cam gini..sesekali seronok jugak tgk keletah budak2 ni.. tempat ni ala2 mini zoo..keluar ajer tol ayer keroh tu terus nampak dah signboard Taman Rama-Rama kat sebelah kiri..senang sangat nak cari..tiket dewasa RM10 kanak2 RM8...bagi saper2 yg belum pergi..silakan!

Sep 20, 2011

Extreme Motor Sport

Kami tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menarik dan extreme di sini..jom kawan2..best!
papa beraksi dengan ATV nya.. nampak serius jer muka..kata papa bila nak corner tu berat skit..takperla,janji dah pernah cuba kan..dah pernah merasa bawak
lepas ni papa cakap nak try masuk jungle circuit plak..

Adli turut tak ketinggalan untuk mencuba..yuhuuu

Fatin pada mulanya nampak kekok naik buggy ni..tapi lepas tu punya la terror..tak sangka minah rempit rupanya..time corner tu sipi2 jer celus..fuh cara dia bawak mengalahkan Adli..sampai Aisy disebelah jerit kakak break..break!
ni papa cuba naik pocket bike plak..mula2 mama ingatkan susah nak kontrol..iyerla kecik sangat,takut bila corner jatuh..rupanyer tgk papa bawak senang ajer..papa kata seronok..laju berdesup papa bawak..nyaris tak langgar tayar border..giler menerai..
Papa tengah motivate Aisy yang agak takut2..cian dia..
Adli berlumba dengan Fatin
si kecik Aisy pun akhirnyer berani jugak mencuba..tapi bawak slow sangat..tekan pastu lepas..tekan lagi pastu break..camno tu..hehehe..takper first try..
kesimpulannya ok best!..seronok bawak anak2 kat sini merasai pengalaman baru yg happening ..jom ramai2 pergi kita lumba nak..hehe..tempat ni bersebelahan dengan Taman Buaya kat Ayer keroh tu jer..dekat McD

Sep 5, 2011

Aidilfitri 2011

slamat hari raya semua.. maaf zahir batin 

Hari Raya memang cukup seronok bagi budak2..bagi kita2 yg mak budak ni biasa2 ajerla..tambah lagi tahun ini mak tak sihat,so raya pun mcm biasa2 ajer..
hari raya ke tiga kami balik alor setar menziarahi sanak saudara papa.. budak2 ni cukup seronok sebab merasa suasana kampung..
first time budak2 ni tengok panjut.. siap tanya macamana buat dan apa gunanya.. kalau tengok malam2 baru la best nampak cantik cahaya pelita tu..siang depa tak bleh nak imagine benda apa tu..
ni plak pokok stawar eh betul ke nama pokok ni..fatin suka pkok ni sebab tepi2 daun tu tumbuh pokok2 kecik..dia cabut pokok2 kecik tu nak tanam kat rumah katanya..
ni plak papa tengah bagi sesi penerangan tentang pokok sireh..sian budak2 ni sesekali balik kg kan..baru la merasa tengok macam2 pokokyg diaorang blum pernah tgk..
ni sebenarnya nak ambik gmbr rumah kg yg kat belakang tu..papa kata rumah papa dulu lebih teruk dari rumah dibelakang ni..tapi rumah papa dulu takder dah..dah roboh buat rumah batu oleh paksunya..
sempat juga jenguk kubur arwah tokwan kat alor setar..dan kalau nak tau tiga org adik papa turut disemadikan disini..salah sorangnya kembar,meninggal masa kecik lagi..ada kompilasi masa lahir..


damai sungguh suasana kampung papa..dikelilingi sawah padi nan menghijau..best sangat!!
 ni la tapak bendang bersebelahan rumah papa masa kecik2 dulu.. tu yang baju biru hujung tu sepupu diaorang..
 sambil makan buah cempedak yg manis macam gula..sedap woo
 ni plak tengah tunjuk kat anak2 rupa pokok limau purut..fatin cakap macam bau tomyam..sian depa duduk rumah apartmen kan mana nak tau mcmana rupa pokok tomyam tu..huhuhu

ni gambar kat rumah mak saudara abah mertua..si aisy masih teruja dengan limau purutnya..hehehe

tengokla tu..main sakan sangat sampai sampin pun boleh tertanggal..


 ni beraya kat rumah adik mak di balai polis tambun,ipoh.. anak2 mama teruja sbb rumahnya tinggi dan semua serba biru..

antara aktiviti budak2 ni semasa kat rumah opah diaorang ialah main basikal..sampai jatuh2 kayuh beskal..nikmat hidup budak2 kan..
aktiviti malam2 plak ialah main bunga api..bab ni bukan budak2 ajer yg seronok.. bapak budak pun tumpang seronok jugak..huhuhu
adik baby pun main jugak bunga api..terkejut dia tgk api menyala2..ni papa dia punya kerja la ni..
 tengah syok2 main bunga api terserempak plak dengan kucing..adik tengok dengan penuh kusyuk dan kehairanan..benda apa plak ni,katanya..hehehe

corat coret hari raya hihihi macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan...