Sep 5, 2011

Aidilfitri 2011

slamat hari raya semua.. maaf zahir batin 

Hari Raya memang cukup seronok bagi budak2..bagi kita2 yg mak budak ni biasa2 ajerla..tambah lagi tahun ini mak tak sihat,so raya pun mcm biasa2 ajer..
hari raya ke tiga kami balik alor setar menziarahi sanak saudara papa.. budak2 ni cukup seronok sebab merasa suasana kampung..
first time budak2 ni tengok panjut.. siap tanya macamana buat dan apa gunanya.. kalau tengok malam2 baru la best nampak cantik cahaya pelita tu..siang depa tak bleh nak imagine benda apa tu..
ni plak pokok stawar eh betul ke nama pokok ni..fatin suka pkok ni sebab tepi2 daun tu tumbuh pokok2 kecik..dia cabut pokok2 kecik tu nak tanam kat rumah katanya..
ni plak papa tengah bagi sesi penerangan tentang pokok sireh..sian budak2 ni sesekali balik kg kan..baru la merasa tengok macam2 pokokyg diaorang blum pernah tgk..
ni sebenarnya nak ambik gmbr rumah kg yg kat belakang tu..papa kata rumah papa dulu lebih teruk dari rumah dibelakang ni..tapi rumah papa dulu takder dah..dah roboh buat rumah batu oleh paksunya..
sempat juga jenguk kubur arwah tokwan kat alor setar..dan kalau nak tau tiga org adik papa turut disemadikan disini..salah sorangnya kembar,meninggal masa kecik lagi..ada kompilasi masa lahir..


damai sungguh suasana kampung papa..dikelilingi sawah padi nan menghijau..best sangat!!
 ni la tapak bendang bersebelahan rumah papa masa kecik2 dulu.. tu yang baju biru hujung tu sepupu diaorang..
 sambil makan buah cempedak yg manis macam gula..sedap woo
 ni plak tengah tunjuk kat anak2 rupa pokok limau purut..fatin cakap macam bau tomyam..sian depa duduk rumah apartmen kan mana nak tau mcmana rupa pokok tomyam tu..huhuhu

ni gambar kat rumah mak saudara abah mertua..si aisy masih teruja dengan limau purutnya..hehehe

tengokla tu..main sakan sangat sampai sampin pun boleh tertanggal..


 ni beraya kat rumah adik mak di balai polis tambun,ipoh.. anak2 mama teruja sbb rumahnya tinggi dan semua serba biru..

antara aktiviti budak2 ni semasa kat rumah opah diaorang ialah main basikal..sampai jatuh2 kayuh beskal..nikmat hidup budak2 kan..
aktiviti malam2 plak ialah main bunga api..bab ni bukan budak2 ajer yg seronok.. bapak budak pun tumpang seronok jugak..huhuhu
adik baby pun main jugak bunga api..terkejut dia tgk api menyala2..ni papa dia punya kerja la ni..
 tengah syok2 main bunga api terserempak plak dengan kucing..adik tengok dengan penuh kusyuk dan kehairanan..benda apa plak ni,katanya..hehehe

8 comments:

Sinaran Xxx! said...

selamat hari raya ija dan famili..bestnye byk gambar menceritakan hariraya ija dan anak2..mesti pengalaman menarik buat anak2. semoga mak ija semakin sembuh..amiin.

MIZZOU said...

amaran dari Kerajaan M'sia....jangan main bunga api & mercun kerana ianya membahayakan keselamatan

HazlisaNoor said...

selamat hari raya yanz..bila nak datang rumah..

en.syam,alaa macam en syam tak pernah main..huhuhu

ainlaily said...

tngk adik bby tngk miow tu acam xcited gile.. cam die yg nk terkam miow tu... hehehe

amalin said...

kak ija ni makin sweet la..nnt lepas lin kawin lin nak ikut mcm akak laa..hini pandai jaga badan

HazlisaNoor said...

laily, tu la..adik blum pernah tgk kucing..

amalin, yer ker dik..huhuhu ni lin mana ek..amalina ke?

MIZZOU said...

nak main mercun kena datang sini...kedai mercun berlambak2....macam2 jenis mercun ada

sue zainun said...

seronok tengok telatah anak2 kan..