Feb 26, 2008

Projek Cupcake

Ada hati nak bikin cupcake konon..hehe..
susah rupa2nya nak buat cup cake ni kan..nak menghiasnyer tu yang susah..
nak buat kek nyer tak susah mana..apa2 pun mama dah try yg terbaik(macam AF le pulak)
inila aktiviti mama pada cuti hujung minggu yang lalu..


tengokla tak sama tinggi..bubuh banyak kang takut melimpah keluar plak...


bentuknya pun tak sama bulat..kena guna cup tray tu kan..takper..cuba lagi nanti

muka anak2 mama yang..nak makan ke takmo..nak makan ke takmo..sedap ker tak mama aku buat ni..hehehe

Feb 15, 2008

Aktiviti Thn Baru Cina

Cuti tahun baru cina yang lalu...
mama sekeluarga mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung
ipoh dan kemunting sempena cuti 4 hari itu...banyak betul kereta di lebuhraya...
tempat R&R semua penuh...parking sehingga ke bahu2 jalan besar..
anak2 mama seronok sekali bercuti...depa tu memang pantang cuti..suka jer..
kalau nak bangun pagi ke tadika...malas..nangis selalu..

pada hari khamis tahun baru cina tu, 7/2 kami telah ke taman tema air The Carnival
Sungai Petani,Kedah..memang happening...syok bangat anak2 mama tu...termasuk papanyer sekali..
tumpang sekaki mengalahkan budak2 tu..hehe
tapi okla..berbaloi pergi tempat tu..banyak permainan air yang menarik..tempat baru so sekitarnya
bersih terjaga..facilities baru, baik, selesa..

insyaalah kalau ada rezki kami akan ke sini lagi nanti..
harga tiket utk permainan air only RM22 utk dewasa dan kanak2 RM16...budak bawah 2 thn free..
ok tatapilah gambar2 kami semasa di sana..best...korang pun elok pergi..jom







Feb 14, 2008

Episod Mencemaskan

Petang semalam mama mengalami pengalaman yg mencemaskan..
anak mama aisy terkunci dalam kereta...gabra giler mama..
kejadian berlaku di hadapan taska..
asalnya si aisy dengan kakaknya fatin dah mama masukkan dalam kereta..
pastu mama kat luar dengan adli tengah carry beg dia..
masa tu pintu driver terbuka..pastu mama jerit kat kakak suruh dia
pergi cari bantal dia tertinggal kat dalam taska tu..
bila kakak turun dari kereta dia tutup pintu side driver tu..
bila mama nak buka pintu tup tup kunci..terkejut mama..
tengok semua pintu terkunci..
rupa2nya si kakak dah tekan kuncikan pintu pastu dia keluar dan terus
tutup pintu tu..apa lagi..mama jerit kat kakak..."kakak! kenapa kunci pintu?"...dengan selambanya dia menjawab.."memangla.." dan terus blah
cari bantal dia...
aduh...macamana ni aisy dah terkurung kat dalam..mujur aircond pasang
so kat dlm tu tak panas la..call hubby(sebab kunci spare ada dekat dia)
sejam lepas tu baru dia sampai...adoi...cemas betul...mujur aisy tak
nangis duduk dalam tu..
aisy siap main tembak2 guna payung dengan orang ramai yg tengah kerumun
nak tolong buka pintu kereta mama..
ada yg jerit suruh dia bukak tingkap..ada yg suruh dia bukak kunci...
tapi dia tak paham..so dia just tengok jer muka kami2 yg gabra ni..
moralnya lepas ni mama kena berhati-hati...budak2 apa tahu..
*tiada gambar ketika kejadian..gambar ini hiasan sahaja tiada kena mengena..

Feb 12, 2008

Hantaran Pertunangan




Atas permintaan, mama uploadkan gambar barangan hantaran pertunangan adik mama tempoh hari...hantaran ni semua ibunda mama yang buat sendiri...mak memang kreatif orangnya..ramai jugak la kawan2 kat ipoh tu yang menempah kat dia..semua tu dia buat sendiri...kecuali kek lapis sarawak tu la..hehe

Feb 11, 2008

Cerita Februari

Assalamulaikum semua...
salam penuh harapan dari mama agar semua yang membaca blog ini terus cemerlang ke arah mencapai azam masing2 tahun ini...dah masuk bulan Februari...bulan kedua dalam tahun 2008...selalunya tiga bulan terawal ini rasa cepat masa berlalu..bila masuk tengah2 tahun baru rasa macam lambat jer...pastu bila hujung tahun barula rasa cepat balik...masuk bulan posa...musim raya...cuti sekolah..time tu cepat jer kan..maknanyer pejam celik pejam celik dah habis setahun...masa tu nanti azam kita dah terlaksana ke belum pun ntah la...tahun ni mama berazam betul2 takmo jadi macam tahun yg lepas2...azam tahun ni ialah nak tunaikan azam yg dulu2..hehe..

sebelum cuti raya cina hari tu...cikgu taska anak2 mama ada kasi borang prestasi tahap perkembangan anak2 mama di sekolah..cikgu kata anak mama si adli tu bagus walau baru sebulan belajar di taska tu...dia cepat tangkap...cepat dapat apa yg diajar...alhamdulillah..tapi yg si fatin plak masih main2 di sekolah..bila suruh belajar a i u, ba bi bu punyala susahnak bagi tumpuan...bila tiba time belajar dia lari..puas cikgunyer pujuk..umpan dengan sweet baru dia nak...itu pun bila cikgu dia tanya "ini apa fatin" dia jawab..."cikgu cakap la dulu tu apa..nanti kakak ikut"...camtu jer la..last2 a ba ca tak lepas2...

mula2 mama jadi tension la jugak...sebab memang dekat rumah pun kalau mama cuba nak ajar si fatin ni membaca dia takberapa minat..tak beri tumpuan sepenuhnya...bila kita soal ini apa...dia hentam jer nak jawab apa..suka hati dia jer..bila mama cakap dekat papa..papa kata takperla dia kecik lagi...belum paham apa benda semua tu..umur dia baru 3 tahun6 bulan...belum 4 tahun pun..lama2 nanti dia dapat la..kita dulu pun masuk darjah satu ke darjah dua baru boleh membaca...

mama terdiam jugak bila dengar papa cakap macam tu...tapi jauh di sudut hati menjawab juga..zaman dulu tak sama dengansekarang ni...sekarang budak2 semua dah pandai2...kebanyakannya dah tahu membaca sebelum masuk darjah satu lagi...nanti macam mana anak2 mama nak bersaing dengan budak2 lain..

tapi semalam hati mama kembali tenang...sebabnya mama terbaca dalam paper harian metro..menurut satu kajianbudak2 yg dihantar belajar awal biasanya akan menurun prestasinya bila dah masuk sekolah rendah nanti..sebab otaknya telah diasak dengan macam2 benda hafalan..menyebabkan otaknya akan keletihan..

jadi mama terfikir betul juga..di taska jepun pun budak2 berumur 3-5 tahun biasanya belajar main2 jer..maksudnya belajarmengenal diri, alam sekeliling, belajar berdikari, membina kreativiti...so mama terfikir balik...tak elok mendesak anak sangat...biar dia belajar dengan sendirinya..mama pesan pada cikgu dia...rutin mengajar anak2 mama teruskan macam biasa...tapi kalau anak2 mama tak dapat..atau salah menjawab soalan jangan marah mereka...beritahu sahaja apa yg betul..ajar jer sampai satu tahap nanti lama2 dia akan tahu dan mengingat sendiri..itu lebih baik mama rasa daripada memberitekanan kepada anak...kalau tak dapat baca ni tak boleh makan...kalau tak dapat baca tu tak boleh keluar main..itu mamatakmo...biar anak2 mama relax...dan seronok sambil main dia belajar..betul tak...

semoga mama dapat bimbing anak2 mama menjadi anak2 soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat..amin.

Feb 4, 2008

Melaka

Mama sekeluarga telah ke Tanjung Bidara pada 26 Jan 08 yang lalu..
sebenarnya sebab anak-anak dah terbangun awal...kul 7 pagi Adli bangun
nak ke toilet..si Aisy plak bangun sebab nak susu...so bila dah terjaga awal
pada hari cuti...anak2 mama boringla melepek jer..mama pun terus cadangkan
kami ke Melaka..asalnya just nak jalan2 jer..tapi papanya plak cadangkan stay
kat sana semalam...apa lagi..on jer la..depa memang suka berjalan pun..

Kalau ke Melaka mesti try naik beca..hehe..beca dah tak nampak cam beca dah..penuh dengan bunga-bungaan..pastu radio dia siap pasang lagu dandut..hehe..takperla..mama naik temankan anak2..sian depa tak tau apa itu beca..hehe

bangunan yg kaler merah ni mercu tanda Melaka..tak sah kalau tak singgah bergambar kat sini..kat tepi2 jalan tu macam2 ada jual..
papa sempat mengayakan topi koboi yang dibeli di kedai2 tepi jalan..konon nak buat gi memancing..pancing pun blum beli..topi plak yg dibelinya dulu..hehe
kami juga melawat muzium samudera yang menempatkan banyak model2 kapal dagang dahulu kala..
anak2 mama nak jadi anak kapal..hehe..kapal besar ni dibina khas untuk dijadikan muzium..cantik..
nampak tak gambar kapal pecah langgar dinding bangunan kat belakang tu..hehe..cam real jer..

ada pulak la yang berangan nak jadi hang tuah..hehe..

adli berposing dengan helikopter di muzium tentera


replika kapal terbang tentera udara semasa perang dunia ke-dua..
teringin nak jadi model kot depa anak beranak ni...ini keretapi tanah melayu yang pertama di tanah malaya..
kereta lembu..rodanya dua..jalannya tak laju...satu jam sebatu..kalau namanya melaka..sure tak tinggal kereta lembunya..
di kota a'famosa...si kakak bergaya dengan payung dan topi pink dia..hehe..budak ni kalau bab bergaya no 1..
ini pulak rumah tradisi melaka..cantik kan..kebanyakan rumah2 di melaka masih mengekalkan ciri2 ini..cuma di belah belakang mereka sambung rumah batu..adli selamba jer berposing depan rumah saper ntah ni..terjumpa kat tepi jalan..hehe


di sebelah petangnya kami ke pantai tanjung bidara...sewa chalet murah..semalam RM70..baju mandi budak2 ni tak bawak plak..sebab ingatkan gi melaka jer..malamnyer kami makan ikan bakar kat Pangkalan Balak...tapi takder gambar la..lupa sebab best menikmati ikan segar..nyum2..

inilah rupa chalet yg kami duduk..not bad la..kawasan perkampungan berhadapan dengan pantai..best jugak..

Feb 1, 2008

Doaku

Anak-anakku,
Jadilah anak soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibu bapanya...