Tarikh : 05-Ogos-2008
Info : Pulau Manukan terletak dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) di Kota Kinabalu. Terdapat 5 pulau dalam gugusan TTAR iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Untuk ke gugusan pulau di TTAR, anda perlu ke Jeti Jesselton Point di bandaraya Kota Kinabalu. Anda boleh memilih mana-mana lima pulau yang ingin anda lawati di jeti ini. Jeti Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 min dengan tambang lebih kurang RM30 pergibalik untuk seorang. Apabila tiba di jeti pulau anda perlu lagi membayar tambahan RM3 untuk masuk ke pulau ini.

Hari kedua mama,papa,anak2 dan ijam gi pulau plak..mak dgn abah tak ikutla..depa jalan2 dekat2 hotel jer..kami pergi pun tak lama..dari kul 10 pagi sampai kul 2 petang jer..sian kat mak boring plak nanti..