Aug 24, 2011

Belalai Gajah rawat kanser

Pokok belalai gajah/Sabah Snake Grass atau panggilan tempatan daun mulut buaya adalah sejenis herba popular  dalam perubatan tradisional thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang.
Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular. Ada Kajian saintifik  menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular
Ia juga terbukti berkesan bagi pengidap kanser..ada kes pengidap kanser tahap 3 dan 4 yang mengamalkan memakan daun pokok ini sembuh dengan izin Allah.
Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 
*Jika pesakit sudah beransur sembuh, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 
kami berjaya dapatkan pokok ini di :
Pusat Pertanian Pantai Baru di Jalan Pantai Batu 7, 71700 Pantai , Seremban, Negeri Sembilan Malaysia.

*anak pokok ini dijual RM10 untuk satu pot

ni peta ke tempat tu kredit utk Persatuan Pengkaji Herba

5 comments:

Sinaran Xxx! said...

hmm..x pernah tahu..thanks sharing... nak ubat sape ija?

MIZZOU said...

berapa lama pokok tu nak besar....sekali petik habis togel...sikit sangat daun nye

backhand said...

kalau tak cukup daun tu.. boleh makan dengan beg hitam (poly bag)tu sekali.. hahahaha..

farmashealth said...

salam..
kanser masih boleh dicegah & dirawat.
boleh mencuba rawatan alternatif seperti mengamalkan vitamin B17..
Produk seperti Apricon dari sumber 100% biji aprikot boleh membantu.
layari http://www.farmashealth.com.my/ untuk maklumat lanjut..

noridah said...

bila dah togel nak kena tunggu beberapa bulan bagi tumbuh semula daun, tak sempat lebar daunnya dah dipetik semula, sekarang ni saya cuba ekstrak daun belalai gajah pulak. semoga ada penyembuhan ke atas penyakit saya