Sep 3, 2010

Birthday Fatin

Birthday Fatin adalah pada 23 Ogos yg lalu..masa balik kampung cuti merdeka lepas, kami meraikan birthday dia ala kadar ajer..maklumla bulan posa..lagi pun fatin yg bising,sampai merajuk2 bila nak buat birthday kakak..bila nak buat birthday kakak ni..last2 kami pergi beli kek dan makan ramai2 camtu jer kat rumah mak di ipoh..
tengokla gambar tu..majlis tak formal,santai2 lepas main bunga api..lepak2 tengok tv..adik mama yg no 2 tu pun ada balik jugak buka posa rumah mak..
tu pun nasib dia tak mintak hadiah besar2..hehe..kami pun tak ajar sgt anak2 ni sambut birthday beria..awal tahun hari tu,birthday adli dgn aisy beli kek potong jer..jadila..janji ada kan..
dan besoknya kami balik kg belah papanya pulak..kemunting,taiping..masa malam tu tido kat ruang tamu jer,dlm kelambu..budak2 ni excited benor dgn kelambu tu..konon macam main khemah2..hehe
..sbb semua adik beradik papa ada balik kecuali yg kat kuala lipis tu..fuh penuh rumah masa berbuka..cucu2 tok wan kat sana pun dah ramai..11 org semuanya..hujung tahun ni insyallah tambah lagi 2 org cucu..wow ramainya sepupu..best kan..tak macam belah mama..sepupu belum ada lagi..depa bertiga tu jer la..huhu

2 comments:

cengko said...

huih.. beh nya tido dlm kelambu. teringat kecik2 dulu tido dlm kelambu, siap main perang2 lagi...

Lill said...

kak ija diam-diam dh nk bsalin ekk huhu...