Oct 17, 2016

13 Oktober di GulaCakery

papa belanja makan di Gulacakery Kota Kemuning sempena birthday mama yang ke 39tahun..tahun ni last digit 3..pastu masuk 40 dah huhuhu.. terima kasih Allah kerana beri hambamu ini segala macam kebaikan.. yang buruk datang dari mama sendiri

berebut si meema nak makan oglio dengan mama

 adik peminat tegar kek coklat
kek mango cheese..kek kat sini memang sangat2 sedap.. berbaloi mahal kalau sedap..tak macam kat paramount aritu..sori paramount


aisy pulak peminat nasi..mesti nak kena nasi..tapi nasi tomato ni agak kurang kick utk aisy kot..

 adli memilih menu ala kebab dengan meatball dalamnya..yg ni sedap

papa makan nasi kerabu..sambal belacan sedaapppp


kat sini ada tempat main2 kanak2 kecik..so takderla ganggu aktiviti makan kami


alhamdulillah,terima kasih papa..semoga keluarga kita beroleh kebahagian dan rahmat Allah aminn

0 comments: