Aug 10, 2008

Pulau Manukan,Sabah

Destinasi : Pulau Manukan, Sabah
Tarikh : 05-Ogos-2008
Info : Pulau Manukan terletak dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) di Kota Kinabalu. Terdapat 5 pulau dalam gugusan TTAR iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Untuk ke gugusan pulau di TTAR, anda perlu ke Jeti Jesselton Point di bandaraya Kota Kinabalu. Anda boleh memilih mana-mana lima pulau yang ingin anda lawati di jeti ini. Jeti Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 min dengan tambang lebih kurang RM30 pergibalik untuk seorang. Apabila tiba di jeti pulau anda perlu lagi membayar tambahan RM3 untuk masuk ke pulau ini.

Hari kedua mama,papa,anak2 dan ijam gi pulau plak..mak dgn abah tak ikutla..depa jalan2 dekat2 hotel jer..kami pergi pun tak lama..dari kul 10 pagi sampai kul 2 petang jer..sian kat mak boring plak nanti..






Tengokla ikan2 ni..byk giler ikan..kecik besar panjang pendek semua ada..kuda laut pun ada..mama tak snorkeling la..papa dengan ijam jer..



Si Fatin dgn Aisy dah keletihan..tak dan sampai hotel dah tido dari dlm bot lagi..sian

8 comments:

backhand said...

air dia memang besssttt... clear bangatt... yg tak best kena sengat ngan obor2 jer... adeii.. pedihhh...

Anonymous said...

kena sengat dgn si obor2? adusss...
mesti beshh kan? hehehehe...okes ni petua klu g gi memane pulau kan selalu la bwk coke cola..n kalu kena lg next time si obor-obor ni simbah je dgn coke InsyaAllah pedih kena sengat tu ilang..tu petua moden n petua membazir...satu lg klu xde coke sapu dgn kencing kt tmpt yg kena sengat tu...pun ok jg hehehhe...tu petua org tua la...

HazlisaNoor said...

betul tu..memang pernah dengar petua macam tu..tapi hari tu nasib baik ader guard tu nampak so dia letak cuka kat tempat kena tu..lepas taruk cuka baru nampak obor2 tu dok melekap kat kaki..rupa2nya dia lut sinar ek..naper lepas letak cuka baru dia menjelmakan diri ek..macam sesumpah plak

Anonymous said...

Salam Kak Ija

Apakah langkah-langkah bantuan kecemasan yang boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor?

Sekiranya sengatan telah berlaku, langkah-langkah bantuan kecemasan pada tempat kejadian telah dilaporkan dapat mengurangkan risiko kematian mangsa sengatan.

Banyak bahan telah dilaporkan berguna dalam merawat sengatan obor-obor laut. Di antaranya termasuklah sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asid borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan. Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut:

Basuh kawasan sengatan dengan air laut. Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan perkakas bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan untuk membuang sesungut tersebut. Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50%) selama 30 minit. Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit. Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti krim Betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan ais untuk menghilangkan rasa sakit. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

[sumber Pusat Racun Negara (PRN)

Anonymous said...

Satu lagi obor-obor bertambah semasa musim mengawan biasanya pada bulan Mei hingga Jun. Kdg2 ada serpihan sesungut yang terpisah dari badan obor-obor akibat dari laut bergelora seperti semasa ribut...

backhand said...

terima kasih di atas panduan yang berguna Dr. Tak Tahu Berenang... harap2 bermanafaat bagi semua insan yang nak belajar berenang di laut selepas nih.. hehehe..

eZa said...

kak ieja,
best nye cuti2 mesia... ;) cantik la pulau manukan tuh :)

Unknown said...

kat sabah tue, which islands are the best? Sapi, manukan or Gaya?

Insyallah, akan ke Sabah 11-15th Aug for attending conferences di Novotel hotel...

Planning nk stay di Marina court apartment...murah tak...