Oct 15, 2009

Something Interesting to Share

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.
"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.
"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.
"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.
Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h...
Adik boleh usaha lagi."
"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."
"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.
"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.
"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.
"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"
"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."
"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"katanya
"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung
bulan ni."
"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."
Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.
"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.
"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik
masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.
Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.
"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.
"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih-Sayang," kata saya.
Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.
"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.
"Kerana Kasih-Sayanglah Adik lahir dan kerana Kasih-Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-Sayang. Adik tak besar dengan duit!"
Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.
"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.
Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... - terharu sungguh.......!!
*petikan dari gmail mcm2ada

2 comments:

MIZZOU said...

itu la anak2 generasi Y....sungguh materialistik. Anak kami pun dah ada ciri2 macam tu....bagi nasihat pun tak jalan!!!

gadiselatan said...

sedih lak baca artikel nih, tibe2 terfikir, camne nak ubah pemikiran dan kehendak mereka yg melebihi kemampuan, ann pon ade adik yg perlu ditanggung dan dididik...

corat coret hari raya hihihi macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan...