Wednesday, July 09, 2008

Resepi Mee Kuah Kak Nab

MEE KUAH KAK NAB - diambil dari Chef Wan

Bahan Bahan

1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang

Bahan Bahan (sampingan)

1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis

Bahan Bahan (kisar)

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah

Cara Menyediakannya

1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya, hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang, sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama 8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.


4 comments:

backhand said...

adli makan mee sampai ada misai.. mcm master shifu jer.. hehehe..

tifaizal said...

wah..rajin nye mama ieja nie...

sarinawati said...

emmm cedapnya dia makan
mama nur irdina nafesah
nurirdina2.fotopages.com

Papa Surarumah said...

wah...nampak sedapnye. leh cuba ni. hehe :D