Mar 18, 2012

Beijing -part 1

Great Wall of China
lawatan kami di Beijing tidak dirancang awal.. tiba2 ajer papa bagitau dah booking tiket ke Beijing sempena anniversary ke 10 thn kami katanya.. kami pergi berdua ajer..tak cukup budget nak bawak anak2 yg 4 orang tu kan.. terpaksa la tinggalkan mereka di kg utk 5 hari.. huhuhu
 kami ikut trip Rakyat Travel.. so semestinya tempat yg dibawa melawat adalah ke Great Wall.. ni gambar kami dengan geng2 rombongan..tak kenal pun sebelum ni, time ni baru nak kenal..kami main join ajer kumpulan ini..
 kagum betul dengan keindahannya.. cuaca memang amat sejuk..lagi tinggi kami daki makin sejuk..sampai kebas tangan.. tapi sbb excited kami redah jugak..teruja
  dok pikir macamana la orang dulu2 buat tembok ni..sampai ramai yang mati..kalau tiba musim sejuk lagi susah giler nak buat kerja..kan
Summer Palace
tempat ke dua yang kami pergi ialah Summer Palace.. ini tempat maharaja bersiar-siar masa musim panas.. tasik buatan manusia..
masa ni kan cuaca sejuk -2C..air tasik ni beku.. permandangan sini amat cantik luas saujana mata memandang

Tian An Men Square dan Forbidden City
tempat ketiga ialah Forbidden City dan Tian An Men Square...  Istana terbesar di tengah2 bandar Beijing memang tak larat nak jalan..

ramai betul orang masa ni.. tempat maharaja Dinasti Ming hingga Dinasti Qing..luas giler ada 9 pintu masuk kesemuanya..kata tour guide kami bilik gundik ajer dah 3000 org..  kota ini digunakan selama hampir 500 tahun

4 comments:

tifaizal said...

Wah,bestnya gie honeymoon kat beijing gitu.

Sinaran Xxx! said...

Waaah ija dah jejak gak kaki ke beijing akhirnya..berdua lagi tu kelasss gitu..pandai pokcik buat surprise..anyway moga kebahagian abadi dan berpanjangan...amin.

MIZZOU said...

tu dia...dah sampai great wall...jealous la. Anak2 tinggal kampung ke?

backhand said...

sampai great wall je bang.. US tak sampai lagi.. hehehe.. anak2 masuk kotak htr ke kampung.. pakej utk mak n bapak mertua jaga 5 hari.. hehehe.. kalau bawak budak2 tak sempat nak honeymoon laaa..

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...