Apr 17, 2012

Sedih Hati Ini


kesian mak dengan abah..
abah baru ajer operate buang nanah dan darah kotor di tapak kakinya..
sekarang,masih belum boleh berjalan..

tapi sekarang mak pulak terpaksa masuk wad jugak sebab paru-paru berair..
nak kena tebuk keluarkan air dalam paru2 tu..

Ya Allah,permudahkanlah urusan kedua ibu bapaku.. sembuhkanlah kesakitan yang mereka alami..dan tabahkan hati mereka serta hati kami anak2 nya juga..dalam mengharungi dugaan Mu ini..
Amin..

bila tiba masa2 sulit macam ni rasa nak mintak pindah balik kampung ajer..tapi prosesnya mesti lambat kan..bukannya harini mintak besok dah boleh terus tukar kerja..hubby plak lagi nak kena tukar jugak..anak2 sekolah lagi,macamana..
susah nak jenguk mak abah..

abah dah tak boleh berjalan,macamana nak bawak mak gi hospital..kaki abah tu pun nak kena gi cuci,jiran yang tolong hantarkan cuci di hospital..siannya..

hanya harapkan adik bongsu yg masih belum kawin tu..itupun banyak dah cuti dia habis dengan hal mak abah ke spital..kami boleh balik time weekend ajer..kadang2 ada jugak balik hari kerja..tapi tak boleh selalu..nanti bos ckp apa pulak atau nanti cikgu marah anak2 mama asyik ponteng sekolah ajer..

berat betul bila dipikir2kan..
cepatlah sembuh semuanya amin..

Apr 2, 2012

Gelagat Baby Afif

Salam Bulan April untuk semua
sajer jer bukak entry bulan ini dengan gambar2 baby kecik mama yang dah pun nak masuk setahun lima bulan umurnya..tak kecik dahla..dah makin besar dan banyak songeh
ini gambar2 dia kat kedai makan..selalunya kalau kluar makan dia memang nak makan sendiri..pastu saper tak bagi mulala capai semua benda nak ketuk kakak dia dengan senduk pun ada.. tapi si kakak walaupun pernah kena ketuk tapi tetap sayang adik dia..hehe
ini pulak gambar kat kedai buku..ikut peel abang2 dan kakak dia memang suka masuk kedai buku..dan akan capai semua buku terutama ada gambar2 binatang..pastu paksa org lain bacakan utk dia..
dan ini gambar di taman permainan..bila kakak dan abang memanjat..dia pun nak panjat jugak..macam la dah kuat kaki tu nak panjat tinggi2..tak tau takut plak tu.. relax jer buat muka bangga..
camtu la ragam si kecil..sungguh pun macam tu tetap dimanjakan oleh kami sekeluarga..naik lemak ler dia..

*tetiba tengah taip entry ni teringat plak pada kak farah needra..miss 

Mar 30, 2012

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT


Tazkirah Jumaat
30 Mac 2012

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Mar 22, 2012

Abah pulak operate

minggu lepas,abah sakit kaki..gaut..bengkak kakinya..lepas tu ntah macamana bengkak makin besar dan bernanah..subuh2 abah kejutkan ijam suh bawak ke spital sebab dah terlalu sakit..
sampai hospital tak tunggu lama..sehari di hospital terus operate buang nanah tersebut..doktor cakap nasib baik cepat kalau tak nanah tu dah naik ke betis dah..
sian abah..makan masa jugak tu nak sembuh dan boleh berjalan semula..sebab operate tu kat tempat nak pijak..kena pakai tongkatla jawabnyer..tolong doakan abah cepat2 sembuh ye semua..TQ
ni masa kat lobi hospital tengah cari buah untuk abah..si fatin suka pulak dengan belon2 tu cantik bentuk bunga..kakak suruh ambik gambar..

Mar 21, 2012

Tips Melawat Beijing musim sejuk

masa kami pergi Beijing tu bulan Mac kan..so penghujung musim sejuk kat sana, suhu sekitar -2 hingga 13C
antara tips yg boleh dikongsi bersama:
1. Walaupun dah bawak baju sejuk yg tebal..tapi still perlu baju long john..ada yg sampai beijing baru beli baju tebal mmg lebih murah di beijing sebenarnya.. bagi kami beli baju tebal/jaket kat bundle ajer..murah dari universal traveller..long john kami beli kat beijing rm60 sepasang..

2. Glove cari yg tebal2..jangan beli yg nipis macam org berkebun tu..selendang/pashmina perlu ada sebab musim sejuk ni angin kuat dia sejuk giler..bnyk habuk..macam pompuan ada tudung..takperla..lelaki mmg perlu..tengkuk sejuk hehehe pashmina kat sana murah..rm5 je..

3. oleh kerana sejuk memang perlu sangat bwk losyen dan lip balm..masa kat sana kulit kering sangat sampai pecah2..bawak jugak vitamin C dan E makan tiap2 hari..

4.toilet dia plak takder paip air..ada flush jamban ajer..huhuhu so kena la bawak botol kosong isi air..baru senang nak beristinjak..bawak jugak wet tissue tau

5.tawar menawar kat sana plak memang kena tawar 3 kali ganda murah..contoh kalau dia letak 150 yuen kita bagitau la nak 50 yuen ajer..mula2 dia akan taknak bagi..tapi bila kita dah nak blah dia akan kejar balik dan bagi kita harga yg kita nak tu..tapi jgnla melampau sgt mintak murah plak..kang dia jerit2 kat kita crazy malaysia..crazy malaysia..hehehe

6.selipar takyah bwk..sejuk benor takdernyer nak berselipar

7.air kat paip masjid sana ada air panas sahaja..bukan suam tau panas..so hati2 melecur muka plak kang

8.digalakkan bawak sambal bilis atau serunding bagi penggemar makanan pedas sebab makanan sana tak pedas langsung

apa lagi yer..itu jer kot..macamla pandai benor selok belok sana siap nak bagi tips bagai yer..hehehe akak share mana yg patut..sekian

Mar 19, 2012

Beijing -part 5

haaa..inila hotel tempat kami menginap..hotel ni ada sijil halal..ok jugak la..4 bintang..bilik selesa..luas utk kami 2 org je.. Taishun Hotel
ini tempat shopping.. Hong Qiao Pearl Market..sini bnyk ipad,handphone, camera, teropong,psp dll
macam2 ada jual kat market ni..harga memang murah tapi kena pandai tawar..tapi kena tahan la siap bergaduh-gaduh dgn org jual tu..bila mintak murah kadang2 ada yg marah siap cakap crazy u malaysia.. hahaha
 shopping kat silk street ni best sangat..sampai abis licin duit..banyak pilihan..kasut,handbag,cadar,baju branded tiruan hehehe..macam2 la..nanti nak pergi lagi la.. tapi ingat tau kena tawar 70% dari harga yg dia bagi..

Beijing -part 4

cakap tentang makan agak susah jugak nak cari kedai makan halal.. tak bnyk sangat pilihan..
tapi sebab kami ambik pakej muslim punya, so depa dah tau nak bwk makan kat mana.
 
menurut kata tourist guide tu, kalau kedai makan tu board dia tanda hijau maknanyer halal.. 
tapi kena tgk jugak la..kena ada tanda halal yg sah..
cara masak simple2 je..bnyk sayur-sayuran..telor dadar mesti ada..tak pedas pun,tapi sbb mereka tahu org malaysia suka pedas so ada la nampak letak cili kering..
kami juga merasa solat kat masjid tertua kat Beijing ni..usia masjid ni 500 tahun dah..
 
Nan Dou Ya Mosque
Niujie Mosque