Destinasi : Restoran Kayu Manis, Bkt Jelutong
Tarikh : 15-11-2009, 6 petang
akhirnya,tercapai jugak hajat nak merasa makan ketam nipah...jumpa jugak restoran yang menyajikan ketam nipah ni...rupa2nya info pasal restoran ni dah masuk MSTAR dan jugak majalah RASA..restoran ni terletak dekat bkt jelutong..takla jauh sgt,dekat jer..deco restorannya cantik..kami order tomyam,butter prawn, tauhu stim dan ketam masak chen kum..alamat malam ni kena makan ubat alahanla jawabnya..sedappp..menu kat sini ala chinese stail..tauhu tu lembut jer..buat sendiri..kira puas hatila..cuma service dia lambat skit..
12 comments:
dh lama tak tgk blog kak ija ni...hehe skrg ME tgh cuti ade lar masa...ni gmbr2 ketam shoot dgn camera baru ke :)
welcome back lill..ala mana bleh lawan yg awak punya..hehe
hehe...akak bought cam which one? sama je yg penting suka hati gembira :)
uish.. kamera mahal tu.. kalau beli pancing, dapat saltiga Z versi terbaru 4 set... brand dia pentec ZZ-2011 spesel edition.. free sport rim 17 2 bijik... cuba search google.. confirm tak jumpa.. kahkahkah..
kami pernah beli nasi lemak kat sini...mahal giler!!! Tah berapa la you all kena makan macam2 tu???
amboi org mof ni melawak aje...
harga ok jugakla..sama jer level mcm makan kat restoran tasik shah alam tu..
mak ai terliur je nengok menu2 nya...
wajib terjah nih! haish! leleh dah air liur :P
apa lagi tie..eza..moh ler kite
ketam nipah haram di makan... sebab dia hidup dua alam....
ketam nipah halal... yang haram tu ketam batu... ni rujukan pasal ketam nipah hidup 2 alam tu dekat IslamGRID..
http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?cari=hukum+makan+ketam+nipah
Ni hasil carian dia..
1. apakah hukum makan ketam nipah
Jawapan Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan. .."
Post a Comment