Jul 28, 2009

Sukaneka Tadika

Acara : Sukaneka Tahunan Little Caliphs
Tempat: Padang Sekolah Agama Sekyen 3 Shah Alam
Tarikh: 25-Julai-2009
sabtu lalu kami pergi memeriahkan sukaneka tadika anak kami..cukup meriah dengan penyertaan empat buah sekolah tadika yg menggunakan kaedah pengajaran program little caliphs ni..so dua sekolah pakai baju warna merah..satu sekolah pakai baju biru dan satu lagi warna hijau..adli menjadi ketua pasukan merah dan ditugaskan membawa bendera dlm acara perbarisan kawad masuk padang..yang kelakarnya mak bapak semua excited..siap buat barisan sendiri utk ambik gambar anak2 depa..ada jugak budak yg nangis..so mak dia kena ikut kawad sebelah dia..hehe..mcm2 kerenah..perasmian oleh pengasas little caliphs dan YM anak sultan selangor pun turut turun mencemar duli..tapi datang sekejap je..tak sempat nak ambik gambar..permulaan acara ialah persembahan istimewa dari setiap tadika..ada senamrobik,silat,taekwondo dan gimnastik..tadika adli persembahkan gimnastik..gimnastik paling mendapat tepukan gemuruh al maklumla..pengajar dia tu pun pelatih kebangsaan..tu yg persembahan depa ni lebih skit kot..kesian anak aku tempatnya di bawah skali..sakit pinggang kena pijak kot kan..hehe..ni papa tengah pujuk si fatin..dia ni memang cam gini..tak bleh panas skit..tudung tu dah elok2 pakai adalah tak sampai sejam dah buang..adoi..pastu kejap2 nak air..main skit nak air..adli dlm acara lari dalam gunimula2 fatin takmo main..dok protes sbb aisy dapat belon..bila dah try satu game dah makin seronok..

gambar ni aisy yg ambik..aisy takder acara..dia baru 3 tahun..so kerjanyer main belon dan ambik gambar dan makan dan makan..heheheacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua merangkap isteri pengasas..time ambik hadiah la yg paling ditunggu2 oleh bebudak ni..suka sangat..ramai2 pakat tenung hadiah..bilala teacher nak bukak hadiah ni..lambat sgt la..kami dah tak sabar ni..hahaha..demikianla cerita hujung minggu kami..seronok sangat sukan last2 adli demam..tapi skang dah baik dah..

3 comments:

komen said...

sempat lagi adli pose sambil pandang camera tu..

Anonymous said...

mak bapak nya tu macam berkelah pulak..

Sinaran Xxx! said...

banyaknya gambo..buat laporan sukan utk tadika tu ke..hehe..beshnye meriah! Tahniah auntie ucapkan atas kemenangan tu..aktif anak2 mama ieja ni..

corat coret hari raya hihihi macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan...