Jun 16, 2009

Istana Kenangan,Kuala Kangsar

Ini juga back dated entry..hehe..kami pernah ke sini 2 kali..sekali pergi tu tempat ni ditutup sbb penyelenggaraan kali kedua ok boleh masuk..sajer jer pergi sbb on the way jer ke rumah tokwan..tapi bila masuk kira okla..banyak good info yg boleh kita tau..terutama orang perakla..bleh tau salasilah kesultanan perak..ader banyak gambar2 sultan terutama Sultan Azlan la..ader gambar dia masa muda..hensem woo patutla Nazrin hensem..hehe..juga gambar2 dia kat mahkamah..org kata sultan perakla sultan yg paling bijak antara sultan2 yang ader kat Malaysia ni..org kata..
Yang menariknya, Istana Kenangan ni dibina tanpa sebijik pun paku. Istana ini dibina pada 1926. Berbentuk seperti pedang, dindingnya diperbuat daripada bilah buluh yang dianyam (kelarai) dan bermotifkan berlian. Bumbung berbentuk perabung lima seperti rumah tradisi Melayu dan perabung pisang sesikat. Istana ini siap pada 1931 dan menjadi tempat bersemayam sementara untuk Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 (1918-1938). Ketika ini Istana Negara (yang asal) dirobohkan untuk membina Istana Iskandariah.tapi suka la dgn istana ni..cantik..tempatnyer pun redup di tepi istana rasmi dlm kampung orang..bestnyer..kalaula ader tanah kat kampung teringin nak buat rumah macam ni..

6 comments:

cengko said...

sultan otromen pon ada gak ke...??

patut la otromen ni femes kat mesia. berasal dr perak ghopenyerr...

heee....

eZa said...

wah! pahlawan otromen pon ada??? ehhehe :P

MIZZOU said...

jangan tak tahu....tok guru Sani tengah mengajar anak2 buahnya silat ultraman...hahaha

backhand said...

silat gayung ultraman tu.. turun temurun lagi.. hahahaha...

HazlisaNoor said...

dlm bnyk2 gambar..aksi yg tu jugak diperkatakan..hehe..

backhand said...

lepas ni kena buat gaya gaban la pulak.. hehehe...