Petang semalam mama mengalami pengalaman yg mencemaskan..
anak mama aisy terkunci dalam kereta...gabra giler mama..
kejadian berlaku di hadapan taska..
asalnya si aisy dengan kakaknya fatin dah mama masukkan dalam kereta..
pastu mama kat luar dengan adli tengah carry beg dia..
masa tu pintu driver terbuka..pastu mama jerit kat kakak suruh dia
pergi cari bantal dia tertinggal kat dalam taska tu..
bila kakak turun dari kereta dia tutup pintu side driver tu..
bila mama nak buka pintu tup tup kunci..terkejut mama..
tengok semua pintu terkunci..
rupa2nya si kakak dah tekan kuncikan pintu pastu dia keluar dan terus
tutup pintu tu..apa lagi..mama jerit kat kakak..."kakak! kenapa kunci pintu?"...dengan selambanya dia menjawab.."memangla.." dan terus blah
cari bantal dia...
aduh...macamana ni aisy dah terkurung kat dalam..mujur aircond pasang
so kat dlm tu tak panas la..call hubby(sebab kunci spare ada dekat dia)
sejam lepas tu baru dia sampai...adoi...cemas betul...mujur aisy tak
nangis duduk dalam tu..
aisy siap main tembak2 guna payung dengan orang ramai yg tengah kerumun
nak tolong buka pintu kereta mama..
ada yg jerit suruh dia bukak tingkap..ada yg suruh dia bukak kunci...
tapi dia tak paham..so dia just tengok jer muka kami2 yg gabra ni..
moralnya lepas ni mama kena berhati-hati...budak2 apa tahu..
*tiada gambar ketika kejadian..gambar ini hiasan sahaja tiada kena mengena..