Apr 3, 2017

Terjebak ke Korea-Day 1 Busan

dengan tidak disangka2 kami sekeluarga akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke bumi korea selatan, walaupun tiket dah beli time promosi tahun lepas lagi..tapi mama ni sampai dah nak naik flight baru macam ooo kita nak gi korea ye huhuhu
  
sebenarnya anak2 remaja kami ni yang nak sangat ke korea tu..maklumlah zaman kpop..hihi sementelah asyu dgn maksyu deme ni dah pergi tahun lepas..lagila diaorng jeles..adik siap ngamuk nak gi korea..nak gi korea..hihihi so mama cakap, semua org kena buat tabung  kalau nak pergi hihihi so duit tambang flight rm600 pergi balik masing2 bayar sendiri :P

tengokla tu bukan main excited lagi si adik dapat gi korea..memang sepanjang berada di sana adik sangat2 over..tak diam lari sana sini..
kitaorang dah drop luggage kat international airport..so jom start jln2 Busan hihi

mula2 kami sampai ke Busan terus cari tiket subway..hari pertama ni kita jalan2 Busan naik train je ye.. mujur cik abang i ni serba boleh.. mama ikut je.. kalau sesat mama marah..hahaha love u sgt2 Dear.. merealisasikan impian anak2..muahh
memang takder ambik travel agent kat sini..jalan sendiri je berdasarkan bantuan google semata2 huhu alhamdulillah selamat..mujur papa dah biasa keluar malaysia..kalau harapkan mama ntah mana2 la sesatnya..
benda pertama yang diaorang ni cari adalah susu pisang..hihihi mahai weh rm5 satu kalau 4 dah rm20 sekali hadap.. adei

 
1.Yongdusan Park
ni kami turun kat Station Nampo..nampak tak belakang tu ada Lotte Mall..mujur tak bukak sebab kami sampai awal pagi around ku 8..oh ye suhu time ni 6 'C sejuukkk semua berlapis2 baju
tak masuk pun dalam Etude House tu..takder minat kosmetik sangat pun mama ni
fatin je bising nak tengok..nak beli masker utk kawan2 katanya..tu adik dah sejuk sgt guna stokin kaki utk cover tangan..sarung tangan takder beli hihihi

masa sampai ni orang baru nak bukak kedai..jalan pun lengang lagi..ibarat gi jalan tar kul 8 pagi..so sunyi..syok je jalan2..bersih plak tu kawasannya


pastu kami naik ke Yongdusan Park.. lenguh kaki sebab dukung meema..naik ada eskalator tapi turun takder.. tinggi woo dalam 4 lapis tangga
meema mula2 bukan main hepi lari sana sini, tapi setelah ditegur oleh pakcik korea ni terus sentap.. untuk makluman, si meema ni pemalu sangat2.. tak boleh orang luar tengok dia terus mood dia lari
tengok tu nak suruh bergambar pun susah.. bila dah start meragam yang boleh pujuk adalah mamanya huhuhu so semua nak mamaaaa... huhuhu


 
pakcik yang ambik gambar kami ni la yang tegur cuit pipi meema tadi..tengok tu muka meema semacam dah nak nangis hihihi

2.  Busan AlFatah Masjid

tempat kedua kami pergi kat Busan ni ialah masjid dia untuk solat zohor dan asar, pastu terus lunch kat Cappadocia Turkish Kebab House.. ada lagi restoran lain kat area masjid ni.. tapi memang sedap makanan kat sini.
 sebab dah lapar tak sempat nak ambik gambar semua makanan..tapi kan ramai jugak orang korea makan kat sini..ingatkan org luar je..
ni gambar restoran dari luar..masjid tadi kat belakang tu je kome

3. HardRock Cafe Busan

pastu kami gi cari Hard Rock Cafe di Busan..turun stesen Haeundae.. jauh jugak berjalan kaki, sejuk giler pulak suhu petang tu..angin pulak kuat sebab tepi laut..lagi la jadi makin sejuk
4. Haeundae Beach Busan
 tu la kat belakang tu Haeundae Beach..ada banyak burung sebab ada orang bagi makanan

sian adik sejuk giler..dah la tak bawak glove..ni tgh nak lintas jalan balik ke stesen
tu je la tempat2 yg kami sempat tgk2..sebab malamnya kami nak naik flight ke Jeju dah..kat Busan ni kami tak bermalam pun..just drop back round2 naik subway je pastu ambik beg terus ke domestik airport..mmm patutnya beg drop kat domestik je tadi kan..baru tak letih patah balik huhuhu padahal airport domestik dengan international airport dekat je pun sebelah2, cuma bila sejuk malas nya nak menapak keluar dari bangunan.

ok sambung entry Day 2-Jeju plak ye

0 comments: