Jan 21, 2017

Try Tempat Makan

Sejak dah gemuk ni hahaha.. lain2.. tukar ayat lain, sejak selera makan makin naik ni huhuhu kami suka mencuba tempat2 makan yang orang kata sedap..

1) Nasi kukus Sotong Besar
Address: No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, 41050 Klang, Selangor, Malaysia
search je map gerenti jumpa

pendapat kami :
papa cakap kambing black paper sedappp.. dia nak repeat lagi huhuhu
mama cakap sotong lembut..tepung gorengnya sedap jugak

2) Asam Pedas Aidania
Address: 44, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
dia ada fb so korang cari je la ye..hihi jgn marah


Pendapat kami:
biasa2 je la.. boleh la kalau nk pi makan sini..tapi kami takder nak repeat dah kot..huhu sori ye.. lain orang lain tastenya kan..

3) D Kebun Dim Sum 
Address: Kampung Batu Tujuh, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
ada fb jugak
 ada banyak lagi pilihan..lebih 10 jenis rasanya semua sedap2 belaka
ni memang sedap kome..murah pun murah cuma kedai ni juai dim sum je ye..makanan lain takder..so makesure semua ahli keluarga gemar dim sum hihihi kang ada yg tukang tengok je kita makan.. nak pergi lagiiii



4) Al Rawsha Shah Alam
Address: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

sini memang terbaik..paling jadi kegemaran kami ialah dua jenis kebab ni..namanya udah lupa hahaha kena tengok katalog menu baru ingat balik..so oleh kerana nak gi tengok nama menu ni..jom kita gi malam nanti ye cik abg..haha

5) Gazebo Abg Nash
Address: 2, A117,, Kampung Rizab Hujong, 31500 Ipoh, Perak, Malaysia
Ada fb jugak so sila google

ni feberet mama.. mama suka sangat breakfast makanan yang jenis sup2 camni..maklumlah keturunan cina..ceh,cina mana datang nyer ntah perasan
macam2 menu sini..nasi lemak pun ada tapi tak order..capati ni sedapp..lembut je..kedai di tepi jalan besar sentiasa penuh dengan orang tapi servisnya ok
sekian, 5 tempat makanan yg telah kami cuba.. next time mama buat review lagi ye..kot la kome pun nak gi jugak merasa..yg sedap kita share..tak sedap..kome boleh try jugak mana tau kat tekak kome sedap pulak kan..

*sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas serta mengiurkan hihi

No comments: