Nov 18, 2011

Makan di Alissara Thai lagi

Walau dah banyak kali makan kat sini..tak jemu2 jugak..bagi kami sini tempat makan ala Thai yang sangat sedap..Alissara Thai Cuisine dah lama dah kami menjadi pelanggan setia..rasanya dah nak masuk 4 tahun dah sejak diperkenalkan oleh adik mama.. restoran ni kat area Puchong Indah
mama nak share antara menu sedap kat sini ialah...
 
cendawan goreng tempura
sedap dan ranggup..walau dah sejuk still ranggup lagi..boleh ratah macam tu ajer

yg ini Maeng Kam
daun kaduk,atas dia letak kelapa sangai,kacang,udang kering,sedadu limau bali,bawang,cili padi..cicah sos manis likat..sedap sangat rasa yang unik..manis,masam,pedas memang lain ..cara makan tuang sos atas tu pastu lipat2 masuk mulut..kunyahla..hehehe mcm mkn sirih plak

Siakap Goreng Kerabu
yang ni mmg kami tak boleh tinggal..mesti order.. rasa pedas2 masam skit..goreng garing plak tu mesti cuba best sedap tau!

Sotong Telur Masin
sotong yang dimasak bersama dengan telur masin..pun sedap..hai,kat restoran ni mmg semuanya best la..
korang kena cuba jugak tomyam dia tapi mama tak letak gambar sebab biasa la kan gambar tomyam sama ajer mana2 pun..lagi satu org kata sedap kat sini ialah ayam kari hijau..tak taula macamana rasanye..belum pernah cuba maybe next time..

*sorila gambar tak berapa sharp sbb anak mama adli yg ambik

2 comments:

mami-sue said...

Lamanya tak mkn kat sini. Last pegi 2 tahun lepas, kot. Kak ieja mkn sedap², patutla pipi mcm belon... hehe. Jgn marah.

HazlisaNoor said...

aiyak sueeeeeeeeeeeee

corat coret hari raya hihihi macam biasa selalunya hari raya pertama mama sekeluarga akan beraya di Ipoh dulu sebab dua adik akan...