Mar 11, 2008

Pilihanraya 2008

Keputusan pilihanraya kali ini memang mengejutkan..buat pertama kalinya lima negeri dikuasai pihak pembangkang..bagi mama..mama puas hati dengan keputusan kali ini..walaupun mungkin sukar bagi BN yg selama ini menang majoriti tetapi jadikan ini satu peluang untuk memperbaiki kelemahan...memperbaiki ketelusan..
negeri lahir mama,Perak dan negeri tempat mama mencari rezeki,Selangor mendapat
menteri besar yg baru..doa mama agar semuanya bersatu untuk kesejahteraan rakyat..
biarlah banyak sikit suara2 dan idea2 baru di dewan rakyat untuk kebaikan rakyat jua..

Hari Isnin dan Selasa hari ni cukup susah nak masuk SUK, Shah Alam..polis FRU jaga di
setiap pintu masuk...pagi Isnin tu pukul 10 pagi baru boleh masuk kerja..kaunter hasil pun buka kul 10.30..itu pun ada jugak yg terus balik rumah tak jadi datang kerja..
hari ni baru ok skit itu pun untuk yang ada pas kerja sahaja..aduh..macam nak berlaku
rusuhan saja lagaknya..biarlah segalanya aman..amin..
Yan, menteri ko dengan menteri aku dua2 kalah ni camno..hehe..

ini ada sedikit sebanyak gambar2 masa hari mengundi..mama mengundi di Ipoh..papa di
Kemunting,Taiping manakala mak,abah dan adik di kampung kami Parit, Perak..meriah sungguh..



11 comments:

backhand said...

letih nak berkejar2 ke tempat ngundi lain2.. nak tukar tempat ngundi lepas nih.. kat DUN Batu 3, Parlimen Shah Alam.. hehehe..

aree said...

Nasib baik parlimen Aloq Staq dan Dun menang. Lega rasanya balik kampung, tak rugi tiket kapai..Tapi apakan daya, Negeri Kedah jatuh juga ketangan mereka. Tak pa, kita berjuang semula pilihan raya akan datang..

aree said...

Pasai pa tak mengundi kat Perak? Tengok abih da kami ambik nooo..Ini sah perak kantoi sebab 2 oghang tak balik nie..ekekek

Yang benar,

DunTerrorist@ParlimenCS.met.gov.my

HazlisaNoor said...

oii AdunTerrorist..kami balikla..cuma next time nak tukar tempat mengundi..susah sorang lain sorang lagi ke lain..

backhand said...

Aku ngundi daaa.. sebab tu menang..

Y.B. Gustave@parlimen.perak.gov.my

-za- said...

semoga aman sejahtera selalu... amin.

Sinaran Xxx! said...

Ija..jom kita cuti panjang nak? Kita gi beijing nak?? Hehehh..leh gi Tembok Besar Cina..

aree said...

Mama,
Pasai pa depa dok bertekak sapa nak jadi MB nie. Senang-senang bagi mama je laa..Confrom makanan rasmi negeri Perak ialah cup cakes. Ekekeke

(p.s: Skali backhand ideologi berbeza dengan aku daa. Dia roket rupanya..Cis, memang dasar terrorism betoi laa..Patut la main CS memanjang jadi terrorist..)

Yang benar,

DunTerrorist@ParlimenCS.met.gov.my

HazlisaNoor said...

yan,kita ambik pakejla...gi ramai2 dpt murah skit..

backhand said...

Yang Berhormat DUNTerrorist, Parlimen CS...

Di sini ingin saya membentangkang bahawasanya, saya takdak kena mengena dengan roket, jet atau sebagianya.. ianya adalah RAHSIA.. hehehe.. tak dapek la honorarium tu ekk.. nak buat camna.. cari duit honorarium sendirik lah jawabnya..

Yang benar,

Y.B Gustave
motto perkhidmatan saya,
~ Masalah anda, tanggung sendiri, padan muka... har har har...

aree said...

Mana dia dengaq hari tue kata nak pi beijing? Tetiba senyap ajer..Kalau jadi ingat nak kirim skit..

Bawak balik Shu Qi bleh kaa?

Yang Meminta,

Aree Impak Maksima