Oct 17, 2016

13 Oktober di GulaCakery

papa belanja makan di Gulacakery Kota Kemuning sempena birthday mama yang ke 39tahun..tahun ni last digit 3..pastu masuk 40 dah huhuhu.. terima kasih Allah kerana beri hambamu ini segala macam kebaikan.. yang buruk datang dari mama sendiri

berebut si meema nak makan oglio dengan mama

 adik peminat tegar kek coklat
kek mango cheese..kek kat sini memang sangat2 sedap.. berbaloi mahal kalau sedap..tak macam kat paramount aritu..sori paramount


aisy pulak peminat nasi..mesti nak kena nasi..tapi nasi tomato ni agak kurang kick utk aisy kot..

 adli memilih menu ala kebab dengan meatball dalamnya..yg ni sedap

papa makan nasi kerabu..sambal belacan sedaapppp


kat sini ada tempat main2 kanak2 kecik..so takderla ganggu aktiviti makan kami


alhamdulillah,terima kasih papa..semoga keluarga kita beroleh kebahagian dan rahmat Allah aminn

Oct 10, 2016

Aktiviti Petang

apa ye aktivi yang best untuk keluarga tapi budget tak mahai..smlm kami pi tengok orang main layang2..pastu udah budak2 ni bising plak "nak layang2..nak layang2..".. adoi..
bila tanya yg paling murah tu rm15 ish ish..kalau dua dah rm30 kalau tiga? kira sendiri hihi..sudahnya tak payah la beli langsung..kang berebut..kita main belon je la ye adik..murah skit satu bekas tu rm4..
jadila kan hahaha


sonok meema rasa boleh terbang kot sama tu hihihi..ni kat Padang Putra Height


Sep 29, 2016

Cuti Seminggu AidilAdha

cuti raya haji aritu kami ambik cuti 3hari so dapat seminggu..kebetulan pulak cuti sekolah kan so balik ipoh tepen rehat2 teman abah je..dah lama tak cuti..fatin dah lepas upsr so baru bleh ambik cuti..kalau tak weekend dia tusyen
 
kiri kanan mama tu adik mak..rindu sangat kat mak....tu depan tu sepupu, mama ni ramai sepupu yang muda2..ramai yg kecik2 lagi sebab mak anak first so mama cucu first hihihi

macam biasa la..keluarga kecik je..time raya kami je la pun yg ada..ni suasana pagi lepas solat raya
ni pulak ziarah kawan sekolah kat kg bota kiri..lama sungguh tak gi bota..sejak lepas spm pindah ipoh
ni pulak sepupu belah abah..dia bertunang dengan orang johor..giler lama tak jumpa dia,ini first time bila dah besar2 ni..hahaha lama kan..
ini sebahagian daripada anak sedara mama belah papa di tepen
kalau gi tepen,petang2 syok jln2 taman tasik..
sambil nengok anak2 main2 lari2..sambil dating..huhuhu..cantik pemandangan taman ni

Sep 5, 2016

Paramaount Coffee

terletak di bandar baru bangi..kepunyaan Ustaz Ebit Liew kalau tak silap
jom kita try
 
spaghetti ni ok je la..tak pedas untuk budak2 makan..

aisy makan oreo vanilla waffle..sedap..tapi aiskrim tak cukup..patut dua skop baru cukup utk waffle yg besar

kakak fatin makan kek..kek dia biasa je..takder la sedap sangat..mahal plak tu drpd secret recepi

ini namanya chicken sweet sour with rice
papa cakap sedap..
air minuman kat sini ok..semua ikut citarasa dan kurang manis

Aug 31, 2016

Merdeka!

apa buat pada cuti hari merdeka?
gi tgk perbarisan? tak...
gi tengok bunga api? tak jugak..
kami menjalankan misi pencarian diskaun sempena merdeka hihihi

tapi kita sepatutnya serapkan kepada anak2 pengertian merdeka dan memerdekakan pemikiran serta gaya hidup supaya mengikut landasan islam..
itu yg terbaik..

tapi mama pandai cakap je..buatnya idak hihihi jgn ikut ye kome

so apa yg kami dapat hari ini? ini dia

 
senyum bila dah dapat..puas beratur panjang



Aug 30, 2016

Aktiviti Merdeka

Kejiranan ivory bandar saujana putra buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan. Kami sekeluarga join berkayak...anak2 enjoy..tapi mama gimik je..fobia air huhuhu






Aug 1, 2016

Hepi Birthday Meema

Hepi Birthday Meema sayang..
mama doakan meema diberi kesihatan yang baik..jadi anak yang baik..pandai..bijak..solehah..
 
alhamdulillah meema dah setahun pada 29 Julai 2016..kejap je rasa..mama sayang sangat2 pada meema ni huhu jeles pulak yg lain kang..alhamdulillah Allah makbulkan doa mama utk dpt sorang lagi gegirl hihi kejap je dah besar..membesarkan meema lain dari yg lain..ada beza skit dari abang2 dan kakaknya
be a good girl..mama papa abang kakak achik abg adik saaaayang meema sangat2..muah!