May 1, 2014

Ibadah Puasa-peringatan untukku

 
 Ingatan untuk diri ku dan buat semua yang membaca.. jom kita sama2 cuba banyakkan puasa..maybe berat sbb sebelum ni hanya puasa di bln Ramadhan je kan.. mari kita sama2 berubah perbaiki diri..tambah amal ibadah..walau kecil..Allah tahu niat kita untuk perbaiki diri dlm mengharapkan pahala dariNya..
dapat sikit pun jadila..asalkan kita ada rasa nak jadi baik.. kan mama kan hehehe
dah la pahala solat kita belum tentu bnyk..tak kusyukla..baca nak cepatla..hadoi..
moga2 dapat topup skit dgn pahala puasa ke..kan..jom semua ;)



Apr 17, 2014

Umrah Ziarah Jordan Andalusia

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah.. permohonan mama lebih kurang setahun untuk menunaikan umrah dimakbulkan dan dipermudahkan olehNya.. syukur sangat2 kerana Allah menjemput dan menerima kedatangan kami.. Allah Maha Besar.
Sebelum ke Mekah kami singgah ke Jordan sekejap..transit.. so sempat la melawat tempat2 bersejarah kat Jordan tu..tapi tak gi Petra..tak sempat..
 Ni gambar kami kat Gua Ashabul Kahfi..tapi gua tu kat belah kiri tak nmpk dlm gambar..gua yang mana dahulu ada 7org pemuda tidur selama 309 tahun dalam gua ni sbb diaorang lari dari pemerintah yang zalim masa tu..
lupa nak cakap..mama gi dengan kawan masa belajar dulu dan suaminya.. mintak maaf gambar ni ntah kenapa kami tengah minum air diambik gambar..huhuhu..sebenarnya nak tunjuk signboard hijau tu..

lepas tu kami gi tengok laut mati..tak mandi pun..masin giler air laut ni..tengok org yg mandi kat situ semua terapung..takder satu pun hidupan dalam laut ni..orang2 kat sini kebanyakannya bawa anak2 diaorang yg sakit kulit untuk disapu lumpur air laut mati ni..tengok gambar belakang mama tu depa tengah mandi air tawar sbb lepas mandi air laut masin tu kulit akan jadi pedih..
laut mati ni kisahnya Allah turunkan azab pada kaum Nabi Lut yg mengamalkan homoseksual dan lesbian
takutnyaaa

pastu pulak kami singgah ke makam Nabi Syuib..Nabi Syuib merupakan salah satu Nabi yang masih keturunan dari Nabi Luth as dari pihak yang perempuan.

 Itu je la tempat2 yg kami sempat lawat di Jordan..pastu subuh kami bertolak ke Jeddah pulak

 
 ni gambar mama dengan kawan mama kat depan masjidil haram
bawah ni pulak gambar mama dengan papa dah selesai umrah pertama kami..
papa selesai tahlul..hensem kan my castello hihihi
ni mama bergambar dengan burung2 merpati yg banyak kat sini depa rajin sedekah mknn utk burung2 ni..
perasan tak kat belakang tu ada makcik.. 
tu belakang yg gambar kecik tu..makcik tu sesat rupanya..
dia tegur mintak tolong kami carikan hotel dia..
masalahnya nama hotel dia pun dia tak tau..
alhamdulillah dengan izin Allah kami dpt cari hotel dia akhirnya dan dpt hantar dia balik bilik dia..
sian makcik tu tak sempat tanya nama apa..
tapi orang perak jugak hehehe umur pun dah 70++ sesat dari jam 3pg dia gi masjid sampai kami lalu tu kul 8 lebih dia tak tau mana hotel dia..

 
di Mekah,selain umrah pakej ni bawak kami ziarah jugak..ni kat Jabal Rahmah..tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.. kami panjat sampai ke atas.. papa kata moga jodoh kita kekal hinnga ke jannah..huhuhu
 bawah ni gambar kami kat belakang puncak Jabal Thur..tempat persembunyian nabi dengan Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah ke Madinah
ini pulak kami bergambar kat depan pintu kaabah yang lama..ini dekat dalam muzium..kami melawat muzium

 pastu di hari lain kami gi ladang kurma pulak..macam pokok kelapa sawit je..tapi kalau nak beli kurma sini agak mahal..pasni kami ke pasar kurma situ murah..baru boleh memborong.

pastu pulak gi tengok unta..hehehe..papa minum susu unta fresh..sedapppp macam susu lembu biasa je..
semua gambar jln2 je ni..gambar tawaf saie takderla ambik pun..malas nak ambik nanti lain pulak tujuan dan keutamaan nya kan..hehehe
setelah 6 hari kat mekah..seterusnya kami ke Madinah pulak

ni depan masjid nabi..alhamdulillah
bawah ni gambar perkuburan baqi..orang lelaki je boleh masuk sini

 
yang kubah hijau tu bawah tu la makam nabi..maaf lagi ye kalau gambar ni agak gedik tak ikut situasi hehehe
abaikan kami..tengok kubah je
ni kat depan salah satu pintu masjid nabi..pintu King Saud
ni pulak kat masjid Quba..kata mutawif,,Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah " 

ini pulak kat belakang Jabal Uhud.. tempat peperangan tentera Islam dengan tentera Quraisy ..yang islam kalah sbb tentera tak dengar cakap nabi tu..
 Nabi kata jangan turun dulu kan..depa tak dengar depa turun jugak ambik harta rampasan perang..
pastu kena serang..

ini pulak..alamak..ini gambar pasar kat perkarangan Masjid Nabi..shopping time huhuhu atas tu Bin Dawood..banyak jubah2 cantik around harga rm80 malaysia hingga rm150 lawa2 giler kalau sini cecah rm150 ke atas..sebenarnya takder la shopping sgt pun,belikan jubah kawan2 kirim je

Apr 13, 2014

Hepi Birthday Adli n Aisy

aritu mama buat makan2 skit kat umah..konon birthday party kecil kecilan untuk adli dan aisy..depa sama2 lahir bulan Mac.. tu yang celebrate sekali..Adli dah 11 thn manakala Aisy 8 tahun.. mama doa moga mereka menjadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat..amiinnn

Mar 21, 2014

Jom jadi baik(ajak hati sendiri)

Walaupun duduk di Mekah atau di Madinah, jika hati tidak bergantung dengan Allah, maka ia akan jauh dengan Allah.
Walaupun bekerja di Jabatan Agama sekalipun, hati tidak bersama Allah, maka akan jauh dengan Allah.
Walaupun anak Imam atau nazir masjid sekalipun, hati tidak bersama Allah, maka akan jauh dari Allah.
Sesungguhnya, untuk menjadi baik akhir zaman ini bukanlah mudah. Tanpa bantuan dari Allah sendiri, kita payah untuk menjadi orang yang baik.
Oleh itu, berusahalah untuk menjadi orang yang baik dengan selalu bergantung dengan Allah apa keadaan kita sekalipun. (sumber http://www.ustazamin.com/)

Mar 9, 2014

Pulau Langkawi

Minggu bila ke ek..mmm 15/2 kot minggu tu la kami gi Langkawi jalan2..tak cuti lama pun weekend je..ni pun sbb beli tiket airasia promo tambang murah..ter beli huhuhu

Cable Car


giler gayat naik benda ni.. time nak smpi tu kan dia gegar2 skit..seriau jugak la
 Kampung Mahsuri
sajer bawak anak2 kenal sejarah..hihihi..tapi kampung ni mmg cantik..dok berangan dengan papa sambil makan laksa..kalau la kita ada tanah boleh buat macam kampung ni..damai je rasa..dah tua2 cari kampung anak2 balik raya meriah nyer..hehehe berangan kat kampung orang..tak boleh blah



ni pehal main cak cak plak ni..jangan perasan mahsuri sangat boleh tak mama oi
 Pantai Kok
Pantai Tengah
 Pantai Tanjung Rhu
antara pantai2 yg kami sempat pergi..maklumla trip weekend je kan..takderla nak ambik pakej island hopping bagai..


 Underwater World







tapi dlm banyak2 acara..hehehe acara konon, shopping la yg paling best sekali.. sampaikan sejam sebelum naik flight pun sempat lagi sambar periuk kat kedai tepi jalan hehehe TQ Laling

Jan 23, 2014

Lagu Siti lagi

akak ni kan dari dulu minat siti.. dan adakalanya lirik2 lagu siti ni mengikut perjalanan hidupku..cewah..macam ada kena mengenakan..semua tu kebetulan..
start lagu jerat percintaan, aku cinta padamu,
pastikan, seindah biasa.. macam seakan-akan ikut aliran kisah hatiku.. 
hahaha perasan tak abis..
so now tengah suka lagu ni pulak..

Lebih Indah

Pelangi terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya

Umpama purnama jingga
Cantiknya di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam kan menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jua cita
Kau harunginya
Kau harunginya