Sep 14, 2017

Cuti Sekolah Seminggu

Cuti sekolah seminggu yang lepas bertembung dengan cuti hari merdeka dan Hari Aidiladha , so mama macam biasa tak lepaskan peluang untuk hepi2 dengan famili hihihi.. 
rutin harian kalau hari sekolah dan hari kerja memang xcukup masa, jadinya kali ni mama papa ambik cuti 3hari so dapat la seminggu kan huhuhu bestnyer
 
 fisrt aktiviti adalah menghadiri majlis perkahwinan sepupu mama Azie namanya. Dolu2 masa mama dating dengan papa Azie la penemannya hihihi, skang dia pun dah kawin dah
 Abah ada datang tapi abah malas nak bergambar,katanya tergoyang2 atas pentas kang hihihi
 bergambar kenangan bersama ahli keluarga adik beradik pengantin
 ni sepupu mama nazlia, anaknya tu sebaya meema..dia lahir sehari sebelum meema

pastu pulak lepas abih kenduri mama terus bawak abah balik ke Ipoh. Sebab besoknya kami nak bercuti cuti malaysia..hihi..dekat je pun Penang je
Kami naik Bukit Bendera sebab dah lama sangat tak jln2 situ. Last pergi time tu Aisy baru 2 tahun rasanya.

dah penat jalan2 kat atas tu kami turun cari tempat makan..udah kelaparan so makan kat Hameediyah nasi kandar sedap papa belanja

 gambar menu tak sempat ambik sebab sampai je makanan semua serbu hahaha
pastu kami bermalam kat Hotel Flamingo ni

bilik katil besar
pool pun best..luas
ada pantai
ada ayam katik n burung


hotel ni best jugak..biliknya selesa, pool pun ok, ada pantai persendirian, ada ayam peliharaan dan burung jugak sesuai utk kami ni ha yg terdiri dari setiap peringkat umur kikiki

esoknya check out kami pi kedah pulak..dah lama tak balik kampung papa

kalau dah balik kedah..aktiviti camnila yg diaorg suka sangat, mancing

 adik paling banyak dapat ikan..dekat 7ekor dia dapat.. pastu kakak 3ekor sama dengan adli manakala si Aisy dpt satu je hihihi ..mama? mama idak le dapat apa pun, tak reti langsung memancing ni
 bangun pagi lepas subuh, deme ni udah keluar mencari cengkering, cacing utk jadikan umpan
 syoknyer sawah padi..nampak hijau je saujana mata memandang
 pastu bab makan kat sini paling syok..murah plak tu..menu wajib adalah gulai ikan temenung kepala batas, mmg terbaik fresh sgt
ni namanya kuih bakar, yg kiri tu macam seri muka tapi dibakar

 ni pulak nasi daging Kulim, terbaik dan amat sedap

 ni singgah beli air jagung 3layer kat sungai petani
dan ni..lama giler tak makan..laksa teluk kechai.. budak2 tu makan sorang 2 mangkuk hahaha


   
masa nak balik sempat naik Gunung Jerai.. ada muzium kat atas tu..ada resort jugak.
next time boleh la try menginap kat gunung jerai tu
 
 

muzium terusan mat saman tak masuk..masuk muzium hutan kat atas tu je..itu pun free je tiket..dalam tu ada info berkaitan jenis2 daun, kulit pokok dan serangga n haiwan skit2


No comments:

kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...