Disalin daripada Majalah al-Ustaz
Empat Biji Telor
Seorang pengemis datang ke rumah Jaafar bin al-KHattab. Ia meminta sedekah utk menjadi makanannya pada hari itu. Jaafar berkata kepada isterinya :
"Wahai isteriku,adakah sesuatu yang boleh kita berikan kepada pengemis ini?"
"Kita hanya memiliki empat biji telor."
"Berikan semua telor itu kepadanya!"
Isteri solehah itu menuruti perintah suaminya. Tidak lama setelah pengemis itu beredar,datang seorang tamu ke rumah Jaafar dan memberikan sebuah bingkisan kepada isteri Jaafar. Jaafar bertanyakan tentang bingkisan tersebut kepada isterinya
"Bingkisan ini berisi telor."
"Berapa banyak telornya?"
"30 biji."
Jaafar seolah tidak percaya. Ia berkata "Kita memberikan 4 biji telor kepada pengemis miskin tadi,
mana mungkin balasannya 30 biji telor? Seharusnya 40 biji. Sepuluh butir lagi mesti pecah di tengah jalan!"
Akhirnya isterinya mengaku bahawa salah satu telor yang diberikan kepada pengemis itu memang telah pecah. Jadi mereka sebenarnya hanya memberi tiga biji telor sahaja.
Kisah ini diceritakan dalam kitab Irsyad al-Ibad karya Syeikh Zainuddin al-Malyabari.
Pengajaran:
Janji Allah pasti terlaksana bagi sesiapa yang meyakininya. Allah berjanji utk menggandakan
sedekah yang diberikan menjadi 10 kali ganda. Belum lagi balasan yang Allah berikan di akhirat nanti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Balasan Mencuit Bahu Isteri Orang
Di Kota Baghdad suatu ketika dahulu,terdapat seorang wanita yg sangat solehah. Beliau rajin beribadah dan selalu muhasabah diri. Suatu ketika semasa beliau sedang berjalan,seorang lelaki mencuit bahunya. Beliau segera kembali ke rumah untuk bertanya kepada suaminya
"Demi Allah,jawablah dengan jujur soalanku ini. Dosa apakah yang engkau lakukan pada hari ini?"
"Aku mencuit bahu seorang perempuan."kata suaminya.
"Itu sebabnya hari ini seorang lelaki mencuit bahuku"
"Bagaimana engkau tahu perkara ini?"
"Aku selalu menjaga pandangan Allah dan menjaga diriku dari dosa. Maka apabila suatu musibah menimpa
akan diriku,aku yakin itu disebabkan suamiku yg tidak menjaga dirinya daripada dosa".
Kisah ini diceritakan Ibn al-Jauzi dalam kitab Ahkam al-Nisa
Pengajaran:
Balasan Allah setimpal dengan dosa yang dilakukan. Jauhkan dosa dan maksiat agar keluarga damai dan harmoni.
1 comment:
As salam... Hi nice blog.... hope blh bertukar cerita.....
adamsmomdiary.blogspot.com
Post a Comment