May 8, 2019

East Park Hull

cuti sekolah kan 2 minggu..minggu terakhir sebelum abih cuti sekolah , sabtu kami pi jalan2 belah selatan UK pulak. Hajat nak cari pantai tapi tak cantik sangat tempat yg kami pergi ni..maybe ada lagi tempat yang cantik pantainya kami tak servey sangat just jalan2 balik hari je so papa yang suggest kali ni..


kita pergi Hull nama tempat ni, sajer nak tgk apa yg ada..belah barat kami dah pergi kali ni hala ke timur plak..


mula2 nak tengok pantai tapi menara yg jadi landmark tepi pantai tu tgh renovate la pulak pastu tgk si meema macam tak suka je pantai dia meragam sbb maybe dia masih trauma dengan laut huhuhu kejadian jatuh dalam laut masa berkayak masih dalam ingatan dia kot

sini ada mini zoo free je.. ni la yg best kat UK ni banyak tempat2 yg tak perlu bayaran..sediakan duit minyak kereta je..tol pun tak ada kat sini



kebetulan kami lalu tu peacock ni show off plak..mengembangkan dirinya..cantik sungguh la hai subhanallah



 dah petang singgah kat pantai yg sebelah lain pulak tapi malangnya air surut pulak tapi angin sangat sejuk bila berada ditepi pantai ni..sbb angin terus je kan takder halangan..kena air dari laut jadi makin sejuk anginnya

Apr 29, 2019

Cuti Sekolah Term 4 - Hari KeEmpat(Oxford)

Last day on the way nak balik ke Leeds kami singgah ke Oxford pulak. Nak tengok macamana rupanya Universiti yang tertua di UK ni.

peta perjalanan balik dari london ke leeds kami singgah Oxford



 korang tengok je la ye gambar2 sekitar Universiti Oxford ni..bangunan lama sangat2 cantik senibinanya tapi mesti kat sini banyak setan kan hahaha banyak sangat patung2 kepala manusia dan patung apa lagi ntah tugu..tapi bila bayang kan zaman2 dulu camner la tempat ni kan..macam misteri plak








gambar last ni first bangunan depa..masa ni tak ramai lagi student..cantik kan..

Apr 17, 2019

Cuti Sekolah Term 4 - Hari Ketiga(England Village)

HARI KETIGA

Bibury, Cotswolds
"the most beautiful village in England".






 perkampungan England ini tersangatla cantiknya, tak dapat digambarkan dengan kata2..subhanallah.
sangat klasik panorama sini..terasa dalam filem omputeh lama gitu..syukur Allah bagi peluang ke sini




BOURTON ON THE WATER
A charming English village in the heart of the Cotswolds



tak puaaaas di Bibury kami pergi pulak ke satu lagi perkampungan yang dikelilingi air.. jugak amat cantik di sini.. rumah2 semuanya dikelilingi sungai.. itik,burung selamba je jalan sana sini tak takut orang pun






Castle Combe 'The Prettiest Village in England'

tak puas jalan2 dalam Cotswolds ni sebab teruja sangat semua cantik2 tempatnya



 salah satu rumah lama yang masih berpenghuni..meema sempat ambik gambar kat sini buat kenangan bila dia besar nanti




pengalaman jalan2 di 3 perkampungan sekitar daerah Cotswolds ni memang mengujakan dan kami sangat2 bersyukur sebab dapat rezeki melihat pemandangan keindahan ciptaan ilahi dengan mata sendiri..alhamdulillah puas hati sbb mama ni masa kecik memang suka tgk gmbr2 kalendar omputeh kat umah arwah opah dulu2..ingatkan gmbr2 tu tipu lukisan je..rupanya2 nya mmg wujud pemandangan macam dlm gambar tu..tak sangka impian masa kecik dulu 
Allah tunaikan..alhamdulillah

Cuti Sekolah Term 4 - Hari Kedua(London)

HARI KEDUA

Jalan-jalan London
Tower Bridge



hari ke 2 kami jalan2 kota London..first time sampai london ni..rasa macam takder la gah sangat pun dan macam tak percaya pun ada..huhu..
kami tengok Tower Bridge tempat biasa yang pelancong singgah..kira Landmark la tempat ni..ni bukan yg lagu London bridge is falling down tu tau..


 dekat2 situ jugak ada Royal Palace, The White Tower..istana lama ni wujud early 1080s






Camden Market 

pastu kami pergi ke Camden nak tgk apa ada kat situ..glemer tempat ni di London dikunjungi ramai orang luar jugak,so nak tgk apa best nyer


takder yg best sgt pun..Camden ni macam Petaling Street je..banyak kedai juai macam2 seperti baju, beg, cenderahati dll la then sampai sini jumpa kawan kitaorang dari Leeds jugak. Depa pun jalan ke London cuti2 ni

 sini kedai dia unik sebab rekacipta design luar kedai dia tu menarik
ramai sangat orang kat sini kalau weekend..ada belakang adli tu kedai mesin jahit ke apa ntah tak masuk pun..cantik dihias keliling dengan mesin lama..
tapi ada budak2 punk pulak dah..pastu banyak tempat buat tatoo,beratur paaanjang depa.. kami takder lama2 terus ke tempat lain sebab tak best la pulak anak2 tgk suasana gitu.. yang best kedai2 dia unik tapi tak sure la baju beg yang dijuai sini ori ke idak..rasa yg dalam kedai khas brand dia tu ori la kot..akak tak pasti.. ada restoran kfc halal jugak kat sini tau




Malaysian Hall Canteen

bila tengahari semua dah bising lapar jadi kami pi Malaysian Hall utk makan le..sini murah dan macam2 menu masakan malaysia ada.. hilang rindu walaupun seekor ikan keli 7pound hihihi rare, susah nak dapat ikan keli tu sbb mahai

kat sini jumpa lagi satu family sama intake JPA juga tapi dia duduk di Swindon dekat dengan Oxford

sempat la ambik gambar kami 3 family depan Malaysian Hall


Peggy Porshen Cakes

kedai kek halal ini sangat femes di insta..mama selalu nampak ramai ambik gambar depan kedai cake ni..mama pun nak jugak walau tak cantik mana huhuhu
tapi kek dia serius sedap



Pusat Membelibelah Harrods

bangunan belakang mama ni Harrods..ya rabbi mahai nak mampus barang2 dia..beza sungguh harga di outlet dengan dalam tu..idok le dpt beli apa2 pun kami tgk2 ajer..
nantila kalau ada rezeki nak beli beg Harrods yang murah sekali atau beli paperbeg dia je la hahaha


itu je tempat kami jalan2 hari ni..dah penat naik tube dan bus..jom kita balik travellodge tido.
ni gambar dalam tube, gambar dalam bus takder le ambik plak..lupa.
takper London ni akan selalu pergi rasanya sbb nnt nak kena bawak adik2 bila depa dtg sini nnt kan hikhikhik