Apr 8, 2019

MAC summary

Mac adalah bulan birthday untuk 2 orang anak mama iaitu Adli dan Aisy..biasanya kami sambut dua2 org tu sama je..takder hadiah dah besar2 ni, just bawa pi makan je hihihi
tengokla depa dah besar bukannya nak ambik gambar elok2 dah..huhuhu Adli dah 16 tahun manakala Aisy 13 tahun.. kejap je pulak rasanya depa ni dah besar.. bila besar ni lain pulak ragam masing2.. huhu mama doakan anak2 mama jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat amiinn moga dalam rahmat Allah selalu.. mama sayang kome ni walaupun selalu kena marah hihi


Dalam bulan Mac juga ada World Book Day
kat sekolah rendah, kalau world book day ni depa kena pakai costume apa-apa character  yang disukai..bukan student je pakai..cikgu2 pun semua pakai jugak memang meriah la hari tu cantik2 semuanya

mula2 mama malas nak beria tapi bila tengok parents lain sgt sporting so mama pun belila jugak online kat Amazon baju meema dengan adik ni.,mama bukan apa takmola abih duit kan pakai utk sehari je pun..kalau mama pandai jahit jimatla..ni terpaksa la beli jugak hihi


balik sekolah meema tunjuk dia dapat hadiah story book


Hari tu fatin tak sihat so dia tak pi sekolah. Kat sini kalau tak pergi sekolah, parent kena inform pada sekolah sebelum 9.30 pagi..kalau tak, depa akan bagi sms yg anak kita tak hadir,kalau kita tak bagi maklumbalas kenapa tak hadir depa akan kenakan denda kena bayar 30 pound sehari
tapi yang bestnye tak perlu ambik mc kat klinik sebagai bukti..tapi kalau anak kita dah sihat cth pagi tu sakit kepala dah makan ubat pas tido dalam kul 11 dah baik boleh ke sekolah semula.

 
ni ubat fatin dapat aritu..sini nak pergi klinik tak boleh main redah je pergi.. kena call buat appoiment dulu melainkan emergency la..so pagi2 kul 8 papa call then appoiment fatin kul 9pg.
lepas dah check doktor ambik slip senarai ubat pastu gi mana2 farmasi pun boleh (dalam klinik takder farmasi) ambik ubat free je di mana2 farmasi pun boleh


 Menu apa yg mama cuba masak bulan ni ye..huhuhu mama buat kuetiow ladna
 pastu masak gulai tempoyak.. ni mama nak bagitau, aritu kat kedai cina ada juai durian musang king 10pound 3ulas...punya la teringin nak makan gulai tempoyak kegemaran orang perak kan hihihi
mama sorok la durian tu sbb adik n meema suka ni..nak buat tempoyak punya pasal
maka tercapaila hajat mama alhamdulillah
kebetulan kat kedai cina tu jugak ada juai ikan temenung frozen..ya Allah mmg syukur sangat la selalu tu salmon je jemu dah

lepas gian kome weh..sedap hingga menjilat jari hahaha puji diri sendiri hihihi







pastu aritu ada buat majlis makan2 kat umah ni sempena hari lahir anak2 akak dan anak2 kawan2 yg sama bulan Mac jugak..alhamdulillah seronok2

No comments: