Oct 29, 2018

University of Leeds

Perkara pertama sekali yang perlu dibuat bila dah sampai ke Leeds ni ialah kena daftar dulu. So hari kedua sampai, papa dah pergi daftar kat university. perkara pertama tapi hari ke2 baru buat? apa ni   Sebab masa tu tengah musim student baru masuk, so pendaftaran ni biasa akan dibuat dekat hall ni..kalau tak, biasanya pendaftaran dan lain-lain urusan dekat Marjorie and Arnold Ziff Building..

lepas daftar tu.. admin akan buatkan kad pelajar dan lepas tu kena collect Biometrics Residence Permit (BRP) sekali.. BRP ni mcm kad permit untuk menetap di UK, so kalau jalan-jalan tak perlu bawak passport, bawak kad ni je.. saiz dia mcm mykad je.. ada gambar.. nama.. berapa lama kebenaran menetap di UK.. permit kerja berapa lama..
untuk ambik BRP ni papa sorang je yg ambik mewakili semua ahli keluarga,
cumanya kena bawak passport semua orang untuk semakan dan pengesahan.. dah setel ambik BRP tu.. dah boleh le ke fakulti untuk sesi pendaftaran dan orientasi fakulti pulak..so kami pun dah dapat BRP sorang satu..bukan pendatang tanpa izin ye hihi

Orientasi tu akan ditetapkan mengikut jadual yang telah dibuat oleh pihak university,
so kena tunggu date orientasi baru datang semula ke U..
lepas tu boleh la berurusan dengan supervisor untuk perjumpaan rasmi dan berbincang apa yang patut.. supervisor akan bawak melawat area faculti dan berjumpa dengan secretary faculty untuk urusan mendapatkan tempat membuat research dan kemudahan pc dan printer..


UNIVERSITY OF LEEDS

University of Leeds ni dah lama wujud rupanya, start dari tahun 1904 lagi..tapi masa tu start dengan School of Medicine je..skang ni dah macam2 bidang ada.. besar dan luas kawasan dia dan U ni adalah antara university yang terbesar di UK ni.  Top 5 in UK and among the top 100 in the QS World University Rankings 2019

Papa ambik bidang SDN (software define network) tapi ntah macam mana kat U ni bidang tu duduk bawah Elektronic and Electrical Engineering pula.. langsung takder IT dah hihihi 



luas kawasan university ni.. iyerla kan tu sebab Leeds dikenali sebagai bandar university sbb luas kawasan Leeds ni penuh kwsn university ni je


sebab papa ambik phd so takder la kena attend apa2 kelas..tapi kena ambik kursus2 yg ada kaitan dengan bidang pastu seminggu sekali kena jumpa supervisor..sv papa org Tunisia.
papa ada tempat khas workstation dan disediakan komputer utk kegunaan hari2 di universiti...kawan sebelah meja papa tu baru masuk jugak tapi dia ambik wireless,dia org Nepal..belakang papa org Turki hihi penuh org dari luar je kan tapi takder plak org malaysia


papa kata tak sangka dia dapat sambung belajar sampai ke sini..hihi katanya teringat zaman kecik2 kena kejor dengan Wan Jah sebab rosakkan batas sawah bendang..budak nakai kampung ni dah ada kat uk belajor hahaha tu pun anak dah 5 baru dapat..org lain dah lama dah ada phd..takperla papa try ur best we all support u always insyaAllah amiinn

No comments: