Feb 18, 2013

Kenduri Ijam

baru berkesempatan untuk mengupload gambar2 masa kenduri adik mama yang lalu..
 abah kelihatan ceria menepung tawar anak bongsunya..walau tanpa kehadiran mak..tetap dikenang jauh di sudut hati kan..
 terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang turut hadir memeriahkan majlis
 gambar keluarga adik beradik sebelah abah dan juga sebelah emak.. terima kasih sebab support majlis.. love u all
 mama tak sempat nak merasa lauk kenduri,habis licin..sebok bebenor..nasib baik cik abg i tinggalkan ayam 2 ketul..tu je dapat rasa huhuhu
 ada abc.. ramai kata sedap abc ni.. ramai yg mintak contact no abg abc ni..laris..laris..hehehe
 meja makan beradab..serba merah..
 tak ketinggalan...mesti ada laksa punya.. trademark kami sejak dulu hehehe
 ni plak aiskrim minggo minggo.. sedap lo..kopok aiskrim dia tu pun sedap..try sekali je..kali kedua nak ambik lagi dah abis..huwaaa.. kali ni mknn semua sold out..maunyer tak, lebih dari 1000 tetamu yg dtg.. mama sediakan 1200 paper beg semua dah abis..aik panik panik..hehehe
 tu dia pelamin ijam dalam khemah..tema putih merah


 ni saudara mara dan kawan2 baik mak tengah standby tunggu rombongan sebelah perempuan datang.. siap dah nak sembur bertih dan bunga rampai..


 bergambar dengan best friend mak sejak duduk di Parit lagi..terima kasih banyak sbb datang dari hari jumaat lagi..tido umah mak..kami dah anggap macam mak kami Makcik Dah ni..
 tu dia..sampai2 mak2 sedara salam peluk cium menantu baru diaorang..hehehe


 haaa.. yang ni tema purple kat sebelah perempuan
kami plak yang beria posing kat sana
alhamdulillah..akhirnya selesai jugak majlis kenduri kawin adik mama ijam..pasni abih dah semua dah kawin..tak sangka sangat ramai yang membantu..terutama kawan2 baik mak..jiran2 mak..sedara mara mak abah..semuanya turun padang..bantu membantu..semua yg datang kenduri tu semuanya bersedih sebenarnya bila terkenangkan mak..iyerla kalau mak ada..dialah yg paling happy anak bongsu kesayangannya kawin..sure tak menang tangan dia sebok itu ini..
orang punyalah ramai..yg banyaknya semua dtg sbb teringatkan arwah mak..masa salam dengan mama,rata2 kawan2 dan sedara mak akan bergenang air mata..alhamdulillah walau mak takder..support utk kenduri ijam ni mmg superb..alhamdulillah

PS:klik gambar utk lihat lebih besar

1 comments:

Sinaran Xxx! said...

salam ija.. baru nak tgk blog ija..langkah kanan sbb ada entry masih panass..

tahniah ijam! Moga bahagia hingga ke syurga..

tahniah ija..syukur majlis dah selesai dan berjalan lancar..thumbs up!