Taska Meema
Kat sini start umur 3 tahun dah boleh gi taska dah.. Meema gi taska 3jam je sehari pastu free tak perlu bayar tapi kalau u all nak day care pun boleh, tapi kena bayar la.
Hari pertama dan hari kedua meema nampak ok je kat taska, tapi masuk hari ke 3 meema dah takmo pulak huhuhu agaknya sebab dia masih tak ada kawan then dia tak paham kot apa cikgu dan kawan2 cakap.. sian meema
sebenarnya meema ok je main2 kat taska tu cuma dia rasa dia nak kawan kot tu yang dia macam tak best skit..take time la ni meema.. takperla..sekolah utk main2 je..bersosial dan belajar speaking
sekolah 4 hari je pun seminggu..santai2
sekolah 4 hari je pun seminggu..santai2
Primary School Afif
si adik setakat ni sangat bagus..dia tak takut nak gi sekolah..dan dia nampak hepi..dia pun cepat dapat kawan..seronok dia nak gi sekolah hari2.. walaupun dia tak mahir english tapi dia berani..main belasah je cakap hahaha
tapi budak2 kat sana takder buli atau cari gaduh.. depa willing nak bantu adik.. kalau adik blur,silap atau tak tau apa2, mereka akan bantu..seronok mama tengok
first day, cikgu akan panggil sorang budak utk kenalkan adik mana toilet, mana kantin dll so pendekatan macam ni secara tak langsung adik terus la dapat kawan kan..budak yang diminta tunjuk ajar adik tu plak budak baru masuk 2 minggu so bagusla cara macam tu mama suka sbb mudah senang nak bergaul budak2 ni
nampaknya adik so far so good.. senang hati mama alhamdulillah
oh, lupa nak bagitau..kat sini umur 5 tahun dah start sekolah rendah dah..
pastu sesi persekolahan adalah bulan September setiap tahun bukannya Januari macam kat tempat kita dan umur pulak kena ikut umur semasa september la..contoh adik lahir bulan november 2010, kalau ikut tahun adik dah year 4 tapi sbb adik lahir november, dia masuk kelas year 3 la gitu
Secondary School
sekolah menengah pulak start umur 11 tahun, so Aisy yang tak sempat ambik UPSR tu dah masuk year 8 bagi sekolah menengah ..kira Aisy ni tahap 2..ada lagi kelas year 7
masa mula2 masuk kelas depa ni kena test english ok ke tak dulu..kalau tak ok perlu masuk kelas english dulu.. selain dari subjek2 biasa, wajib ambik subject bahasa asing..fatin dgn aisy masuk kelas bahasa sepanyol hahaha cikgu yang tentukan so ikut je la..kalau ada bahasa melayu kan senang hahaha
adli bulan 5 tahun depan peperiksaan GCSE ..kira adli ni level last sek men la (year 11)
tak tau la macamana dia nnt.. GCSE tu nak menentukan samada lps ni boleh sambung ke kolej ke tak
GCSE tu mcm SPM la kalau kat Malaysia
berusaha,tawakal,doa,redah hihihi insyaAllah tolong doakan ye tq
sekolah menengah ni stail dia takder kelas sendiri..tak ada tempat sendiri..dia macam kat universiti kita..kita kena cari cikgu bukan cikgu yang cari kita.
contoh bila time math kita kena masuk ke kelas math pastu dah abih kita gi cari plak kelas utk subjek seterusnya..so kita akan sentiasa sebok cari kelas, takder masa nak lepak2 dlm kelas buat bising kan hihihi
pastu, waktu rehat plak ada 2 kali first break setengah jam dlm kul 10.45 pagi pastu lunch break kul 1 tghr..depa gi sekolah jalan kaki dari rumah..kira2 30minit jln kaki
kalau kat sini jalan kaki tu perkara biasa sbb sini sepanjang waktu sejuk je jadi xtvt jalan kaki ni utk bagi senaman secara tak langsung paksa utk sihat kan hihihi
tak rasa penat pun..mama pun dah terbiasa jln kaki jugak ni..jimat budget satu hal
No comments:
Post a Comment