Apr 11, 2019

Cuti Sekolah Term 4 - Hari Pertama (Bicester,Cambridge)

kat sini cuti sekolah banyak..boleh katakan setiap 5 minggu sekolah akan ada cuti tapi tak lama la seminggu gitu tapi hujung bulan mac ada cuti term 4 selama 2minggu..kami ambil kesempatan bawak anak2 jalan ke London. Leeds ke ibukota London mengambil masa lebih kurang 4 jam menaiki kereta. Memikirkan keadaan kereta kami yang agak uzur(beli used car tahun 2010) so kami decide takmo straight terus ke London,kami akan singgah2 bagi kereta berehat.

dalam peta tu dah jadi 5 jam sebab singgah sana sini huhuhu.. alang2 nak ke bawah tu, pi la tengok2 sekali tempat2 yang best..jauh berjalan luas pengalaman kan janji tempat free tak perlu bayar apa2 tiket dan sini takder tol..sedia isi minyak penuh je takut sesat.

HARI PERTAMA
Bicester Village
tempat ni glemer la utk kaki shopping..ramai yang ke London akan pergi outlet ni sebab banyak butik2 barangan mewah..mama singgah sini sebab nak beli Longchamp kiriman kawan2 sebab LC ni tak ada di outlet York dan di Liverpool so sambil berjalan singgah kejap jadi personel shopper so dapat la cover duit minyak skit kan..alhamdulillah.



tak dapat ambik banyak gambar di Bicester ni sebab kena ambik gambar handbag dan bagai lagi huhuhu..kesian meema sampai ngantuk tunggu mama. Mujur cuaca sangat baik tak sejuk tak panas sangat dan situ ada playland yang besar untuk diaorang main. Ada jugak makanan halal buat isi perut depa lepas dah penat main huhuhu. Surau dia lebih selesa dari di Liverpool.

University of Cambridge
papa kata inila universiti yang reject papa dulu hahaha.. kawasan dan bangunan universiti ini sangat cantik.


Universiti ke2 tertua di UK dibangunkan pada tahun 1209 oleh bekas graduan Universiti Oxford menurut Mr Google hihi
 



lepas dah penat jalan2 dan bergambar sakan sampai bateri hp pun dah abih, so kami balik ke hotel budget travelodge rehat la kita..penat papa drive.

ambik 2 bilik..adli,aisy dan adik tido bilik sebelah.
kami dapat harga 30pound utk 2bilik 1mlm..selesa la bilik ni dapat 1queen 2 single..ruang utk solat pun muat lagi alhamdulillah..bilik air pun selesa

Apr 8, 2019

MAC summary

Mac adalah bulan birthday untuk 2 orang anak mama iaitu Adli dan Aisy..biasanya kami sambut dua2 org tu sama je..takder hadiah dah besar2 ni, just bawa pi makan je hihihi
tengokla depa dah besar bukannya nak ambik gambar elok2 dah..huhuhu Adli dah 16 tahun manakala Aisy 13 tahun.. kejap je pulak rasanya depa ni dah besar.. bila besar ni lain pulak ragam masing2.. huhu mama doakan anak2 mama jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat amiinn moga dalam rahmat Allah selalu.. mama sayang kome ni walaupun selalu kena marah hihi


Dalam bulan Mac juga ada World Book Day
kat sekolah rendah, kalau world book day ni depa kena pakai costume apa-apa character  yang disukai..bukan student je pakai..cikgu2 pun semua pakai jugak memang meriah la hari tu cantik2 semuanya

mula2 mama malas nak beria tapi bila tengok parents lain sgt sporting so mama pun belila jugak online kat Amazon baju meema dengan adik ni.,mama bukan apa takmola abih duit kan pakai utk sehari je pun..kalau mama pandai jahit jimatla..ni terpaksa la beli jugak hihi


balik sekolah meema tunjuk dia dapat hadiah story book


Hari tu fatin tak sihat so dia tak pi sekolah. Kat sini kalau tak pergi sekolah, parent kena inform pada sekolah sebelum 9.30 pagi..kalau tak, depa akan bagi sms yg anak kita tak hadir,kalau kita tak bagi maklumbalas kenapa tak hadir depa akan kenakan denda kena bayar 30 pound sehari
tapi yang bestnye tak perlu ambik mc kat klinik sebagai bukti..tapi kalau anak kita dah sihat cth pagi tu sakit kepala dah makan ubat pas tido dalam kul 11 dah baik boleh ke sekolah semula.

 
ni ubat fatin dapat aritu..sini nak pergi klinik tak boleh main redah je pergi.. kena call buat appoiment dulu melainkan emergency la..so pagi2 kul 8 papa call then appoiment fatin kul 9pg.
lepas dah check doktor ambik slip senarai ubat pastu gi mana2 farmasi pun boleh (dalam klinik takder farmasi) ambik ubat free je di mana2 farmasi pun boleh


 Menu apa yg mama cuba masak bulan ni ye..huhuhu mama buat kuetiow ladna
 pastu masak gulai tempoyak.. ni mama nak bagitau, aritu kat kedai cina ada juai durian musang king 10pound 3ulas...punya la teringin nak makan gulai tempoyak kegemaran orang perak kan hihihi
mama sorok la durian tu sbb adik n meema suka ni..nak buat tempoyak punya pasal
maka tercapaila hajat mama alhamdulillah
kebetulan kat kedai cina tu jugak ada juai ikan temenung frozen..ya Allah mmg syukur sangat la selalu tu salmon je jemu dah

lepas gian kome weh..sedap hingga menjilat jari hahaha puji diri sendiri hihihi







pastu aritu ada buat majlis makan2 kat umah ni sempena hari lahir anak2 akak dan anak2 kawan2 yg sama bulan Mac jugak..alhamdulillah seronok2

Mar 22, 2019

Jalan2 Manchester

Aritu kami dah pergi Liverpool kan so ni tempat kedua yang kami pergi keluar dari Leeds ialah Manchester..lebih kurang sejam setengah je pun perjalanan nyer sebelah je



Stadium Old Trafford Manchester United




ada anak lelaki besar so depa ni nak pi tgk stadium la pulok
layan je la kan meema.. besor betoi stadium ni kwsn parking pun luas..
nk tgk perlawanan kena kumpul duit sendiri dulu ye anak2 ku sekalian

The John Rylands Library

pergi sini sebab nak tgk senibina bangunannya yg cantik ala2 filem harry potter



it was created more than 100 years ago kata Mr Google
yg bangunan lama ni just dia buat utk org melawat je yang betul2 library kat tingkat 3..kami tak masuk la situ sbb nnt budak2 bising kacau org belajar pulak

Manchester Ariyadh Restaurant
 haa dah penat kita makan le...sedap tau mkn sini..yg penting ada sambal hijau yg pedas baru best mama makan..kami yg mkn pedas mama,kakak dgn aisy..


Mar 8, 2019

FEBRUARI Summary

Assalamualaikum semua.. apa cerita di bulan Februari ini ye..  dalam minggu pertama bulan Februari aritu ada sedikit salji manja2 je kata deme..jadila buat anak2 tgk.. Leeds ni tgh2 UK mmg jarang2 dapat salji yang tebal.. ok jugak bagi kami sebab sejuk suhu biasa tu pun dah tak larat, inikan pulak bila capai -ve kan.. cuma meema la slalu bising nak salji nak salji huhuhu




februari 3 , birthday papa..didoakan moga papa sihat, dirahmati Allah selalu dan dipermudahkan dalam urusan PHDnya amiinn.. we love u soooooo much!
ni masa kami celebrate bday papa makan kat Manchester Ariyadh Restaurant..desert dia Om Ali dan Kunafa ni sedaaappp sangat.

 pastu alang2 sampai Manchester kami jalan ke Library John Rylands yang cantik macam dalam filem Harry Potter huhu tgk seni bina bangunannya
John Rylands was an English entrepreneur and philanthropist. He was the owner of the largest textile manufacturing concern in the United Kingdom, and Manchester's first multi-millionaire.
The John Rylands Library is a late-Victorian neo-Gothic building on Deansgate in Manchester, England. The library, which opened to the public in 1900, was founded by Enriqueta Augustina Rylands in memory of her husband, John Rylands. sumber google





pastu bulan ni ada first time buat kuih apa ek..oo ada buat kuih kasturi aritu
 teringin nak makan so gigih buat sendiri..alhamdulillah bagus le jugak kan dapat peluang belajar
dulu2 takder la nak buat huhuhu set pinggan mangkuk Portmeirion tu akak jual tau..saper nak beli pm akk ye hihihi promote


 pastu setiap bulan akan ada aktiviti dengan persatuan melayu kat sini..usrah makan2 dll lagi

perniagaan ps kecil-kecilan mama alhamdulillah ada la skit2 buat belanja makan anak2.. ni barang2 utk trip ke 4 dah, syukur..nak besar2an pun modal tak berapa nak ada..hihi jadila

 pastu hujung bulan februari ada cuti sekolah seminggu, tapi kami jalan2 area sini je la..nak pi jauh2 elaun papa blum masuk lagi



 Roundhay Park Leeds dekat je dengan umah ni ha..

so, tu je la aktiviti kami sepanjang bulan februari aritu..sekian terima kasih baca ye