Apr 11, 2019

Cuti Sekolah Term 4 - Hari Pertama (Bicester,Cambridge)

kat sini cuti sekolah banyak..boleh katakan setiap 5 minggu sekolah akan ada cuti tapi tak lama la seminggu gitu tapi hujung bulan mac ada cuti term 4 selama 2minggu..kami ambil kesempatan bawak anak2 jalan ke London. Leeds ke ibukota London mengambil masa lebih kurang 4 jam menaiki kereta. Memikirkan keadaan kereta kami yang agak uzur(beli used car tahun 2010) so kami decide takmo straight terus ke London,kami akan singgah2 bagi kereta berehat.

dalam peta tu dah jadi 5 jam sebab singgah sana sini huhuhu.. alang2 nak ke bawah tu, pi la tengok2 sekali tempat2 yang best..jauh berjalan luas pengalaman kan janji tempat free tak perlu bayar apa2 tiket dan sini takder tol..sedia isi minyak penuh je takut sesat.

HARI PERTAMA
Bicester Village
tempat ni glemer la utk kaki shopping..ramai yang ke London akan pergi outlet ni sebab banyak butik2 barangan mewah..mama singgah sini sebab nak beli Longchamp kiriman kawan2 sebab LC ni tak ada di outlet York dan di Liverpool so sambil berjalan singgah kejap jadi personel shopper so dapat la cover duit minyak skit kan..alhamdulillah.



tak dapat ambik banyak gambar di Bicester ni sebab kena ambik gambar handbag dan bagai lagi huhuhu..kesian meema sampai ngantuk tunggu mama. Mujur cuaca sangat baik tak sejuk tak panas sangat dan situ ada playland yang besar untuk diaorang main. Ada jugak makanan halal buat isi perut depa lepas dah penat main huhuhu. Surau dia lebih selesa dari di Liverpool.

University of Cambridge
papa kata inila universiti yang reject papa dulu hahaha.. kawasan dan bangunan universiti ini sangat cantik.


Universiti ke2 tertua di UK dibangunkan pada tahun 1209 oleh bekas graduan Universiti Oxford menurut Mr Google hihi
 



lepas dah penat jalan2 dan bergambar sakan sampai bateri hp pun dah abih, so kami balik ke hotel budget travelodge rehat la kita..penat papa drive.

ambik 2 bilik..adli,aisy dan adik tido bilik sebelah.
kami dapat harga 30pound utk 2bilik 1mlm..selesa la bilik ni dapat 1queen 2 single..ruang utk solat pun muat lagi alhamdulillah..bilik air pun selesa

No comments: