Feb 1, 2019

JANUARY summary

Kat sini kalau bulan Januari ni banyak lagi saki baki sale bagi mengabihkan stok2 lama mereka. Tapi harganya tidak la turun sehebat time boxing tu.. tapi kalau mana barang yang dah terlepas nak beli tu boleh la gigih lagi nak beli time bulan ni..

Sekolah anak2 macam biasa sebulan ni takder apa2 cuti so semua anak2 mama gi sekolah macam biasa je rutin diaorang..adli dengan aisy dah pernah kena detention sekali sebab tertinggal marker pen..haa sini bab2 alat tulis memang diaorang jaga betul..kalau time nak guna takder mmg kena denda la jawabnya so sentiasa alert dan tak boleh pinjam barang kawan..elok jugak kan camni..tapi soal rambut panjang tak kisah pulak..ada je lelaki rambutnya panjang dari pompuan tak kisah pun depa..hihhi..

ni nak citer hal kejiranan skit..time ni la rindu dengan jiran2 malaysia yang baik2 alhamdulillah rezki Allah juga tu..tapi kat sini nak jadi cerita..jiran belah kanan akak ni..umah akk end lot so ni jiran seberang jalan kanan umah kami..takla betoi2 sebelah..org putih la ni.. dia claim yg ada parcel diaorang dihantar pada umah kami..dia pun datang la nak ambik sebab kat sini mmg stail kalau poslaju dtg hantar barang mmg boleh bagi pada jiran kalau kita takder kat umah..
tapi masalahnya kami tak ada terima apa2 pun barang untuk dia, tapi dia ni punyala tak percaya katanya dia call amazon(poslaju) tu kata no rumah yang dia hantar adalah rumah kami..dan nama yang tandatangan penerimaan parcel tu belly apa ntah namanya. Puasla kami ni explain yg kami tak dapat apa2 pun parcel dan tiada org nama belly pun dalam umah ni..
seminggu jugak la jiran tu duk ulang alik umah kami tak percaya.. sampaikan kami malas dah nak buka pintu pastu dia letak pulak surat kat bawah pintu..please return our parcel..we have made a police report katanya hai jenuh nak bagi paham org putih ni..last2 bila dia letak simen putih kat pintu umah kami..terpaksa la kami report polis mintak tolong polis explain kat jiran kami ni..pastu lepas report tu, jiran tu tak kacau dah.. cuma skang ni kalau terserempak buat dek je la huhuhu tak best kan..lagi satu kalau gi hantar anak sekolah ada la dia n geng2 dia pandang2 je kami ni huhuhu apa boleh buat..kita pendatang..bukan kita buat salah benda nak jadi kami terima je la..
sabar je la kan..ingat bijak pandai sangat semua org putih kat sini..ada jugak yang sengal..ujian le utk kami ni..

aktiviti persatuan Malaysia kat sini pulak baru2 ni ada mak kepada student msia sini meninggal so kami ramai2 buat tahlil..pastu ada jugak majlis tazkirah makan2..biasala every month mmg ada je aktiviti depa ni.. alhamdulillah.

pastu sini kami jumpa kedai nasi arab sedap so sesekali boleh la makan sini asyik masak je boring jugak kan

Restoran Andalus Leeds


pastu ni aktiviti adik, dia join Code Club kat Leeds Central Library
sini tak payah bayar..free
 dia ajar budak2 buat basic coding..best..dapat sijil pastu boleh pinjam set microbit tu utk 3minggu so abang2 dia pulak buat kat rumah..





so, itu je la kot beberapa aktiviti sepanjang Januari..sekian

Jan 3, 2019

New Year 2019

Salam tahun baru 2019 dari kami di bumi Leeds, UK.
baru 3 bulan kami duduk sini..dah mula nak sesuaikan diri dengan rutin harian kat sini. Papa dah start gi universiti..naik basikal..30minit dari rumah. Anak2 plak yg sek men jalan kaki around 30 minit jugak cuma pagi2 papa hantar naik kreta sbb kluar pagi sangat sejuk kesian pulak diaorg..manakala adik n meema , mama yg hantar dan ambik jln kaki 5minit je dari umah.
Kalau weekend pulak slalunya gi beli barang dapur je..malas nak keluar sejuk payah nak bjln.Krismas aritu budak2 cuti sek 2minggu..pun takder ke mana2 sgt just gi outlet,mall mencari barang2 sale utk kawan2 di Malaysia.
Macam tu je la perkembangan kami kat sini , biasa2 je. Tapi mama dh belajar buat macam2 makanan Malaysia huhuhu dulu tak terpikir nak buat sebab senang beli je dan bnyk yg sedap tapi kat sini kena la masak jugak.

masalode
sebab teringat masalode jual kat tesco shah alam..sedap



mee kari
sebab teringat mee kari kak yah ipoh



kopok leko






sate
meema dgn adik peminat sate




chicken chop



tapi idak le sedap macam deme2 juai kat malaysia tu..jadi le buat lepas gian..
ada satu je yg teringin tapi tak dapat.. nak tempoyak huhuhu

Dec 6, 2018

Jalan2 Liverpool

Tempat Pertama sekali yang diluar dari kawasan Leeds yang kami pergi jalan2 ialah Liverpool. Ni sebab papa suka sangat team bola Liverpool alahai..hihihi..

Jadi cuti weekend kami gi la tengok2 apa yang ada di Liverpool ni..mujur papa dah pancing mama dengan mengatakan kat Liverpool ni ada shopping outlet yang terbesar di UK hihihi so mama pun setuju dan excitedla nak pergi kan

 Cheshire Oaks Designer Outlet

kira 2jam setengah dari Leeds nak ke sini..kami suka gerak awal sebab senang nak dapat parking





tak banyak gambar kat outlet ni sebab sebok tengok apa brand2 yang ada so terlupa nak ambik gambar hihihi
 Cheshire Oaks Designer Outlet nama dia ada lebih 145 boutiques, restaurants and cafes kat situ macam2 brand la Adidas, Burberry, Cath Kidston,Clarks, Claire, Coach, Denby, Fossil, Furla dan macam2 la Levis, Puma, apa lagi la banyak sangat
tapi masa pergi takder sale sangat tunggu Black Friday dengan Boxing Day la kan

 Royal Albert Dock

perlabuhan tepi perairan Liverpool..kat sini dulu tempat pedagang2..pastu orang melayu kita first sampai kat sini lepas perang dunia kedua..kebanyakan adalah kelasi2 kapal
 it was opened in 1846, and was the first structure in Britain to be built from cast iron, brick and stone, with no structural wood 
mama ambik dari google






 baru tau kumpulan The Beatles tu asal dari Liverpool rupanya




 Liverpool Stadium, Anfield

last kami singgah Anfield seperti yang dihajati oleh papa
tak masuk dalam pun 
tengok2 luar je







 abih hati la papa walau dapat tengok stadium je pun.. kena kumpul duit nak beli tiket katanya hahaha

Leeds


Telah direzekikan oleh Allah swt yg kami ni akan menetap di Leeds.. kami pun rasa ok sini sebab di sini kos nya murah skit.. papa takder pun apply mana2 university kat London nun.. harga barang2 makan, kos sewa rumah kalau kat bandar besar kan mahai.. jadi maybe kat sini lebih mudah nak hidup dengan tanggungan keluarga besar hihi.. mari kita tengok peta UK kat mana Leeds ni..
dulu2 takder nak belek pun peta UK ni.. skang baru tau yg UK ni pulau rupanya hahaha


masa mula2 datang mama jakun le skit almaklumla awok ni orang kampung..menumpang rezeki suami dapat datang sini..kalau nak suruh mama yang sambung belajor idok le dah rasanya..bukan pandai sangat pun mama ni karang menyusahkan papa je kena siapkan assigment mama hahaha
so Leeds ke London 4jam naik kreta

tanya kawan2 kat mana pasar nak gi beli ikan..deme kata kat town kami pun pergi le naik bas dua tingkat..seronok benor rasanya kikiki
sampai2 pasarnyer mak aii besor sangat dah macam mall..
Namanya Leeds Kirkgate Market beroperasi start tahun 1857.
ingatkan pasar macam tempat kita..basah2..sini pasar macam dalam tesco, giant tu
macam2 la ada juai dalam Leeds Market ni.. dari bahan2 nak masak,kain baju,bunga,makanan,kain langsir semua la ada..kat belah luar belakang plak ada bazaar buah dengan jual barang2 preloved







Marks & Spencer yang pertama di UK adalah di Kirkgate Market ni rupanya..dah lama la tempat ni kan tahun 1884.. patutla bangunan dia macam bangunan lama

 kesian budak2 cium bau makanan sedap2 tapi tak dapat nak makan so semua monyok je


gambar2 bawah ni adalah di kawasan persekitaran town..jalan2 pusing2 ada macam2 outlet 




kebanyakan bangunan2 lama kat sini..bandar lama ni Leeds ni
Bawah ni di Victoria Quarter