Kat sini kalau bulan Januari ni banyak lagi saki baki sale bagi mengabihkan stok2 lama mereka. Tapi harganya tidak la turun sehebat time boxing tu.. tapi kalau mana barang yang dah terlepas nak beli tu boleh la gigih lagi nak beli time bulan ni..
Sekolah anak2 macam biasa sebulan ni takder apa2 cuti so semua anak2 mama gi sekolah macam biasa je rutin diaorang..adli dengan aisy dah pernah kena detention sekali sebab tertinggal marker pen..haa sini bab2 alat tulis memang diaorang jaga betul..kalau time nak guna takder mmg kena denda la jawabnya so sentiasa alert dan tak boleh pinjam barang kawan..elok jugak kan camni..tapi soal rambut panjang tak kisah pulak..ada je lelaki rambutnya panjang dari pompuan tak kisah pun depa..hihhi..
ni nak citer hal kejiranan skit..time ni la rindu dengan jiran2 malaysia yang baik2 alhamdulillah rezki Allah juga tu..tapi kat sini nak jadi cerita..jiran belah kanan akak ni..umah akk end lot so ni jiran seberang jalan kanan umah kami..takla betoi2 sebelah..org putih la ni.. dia claim yg ada parcel diaorang dihantar pada umah kami..dia pun datang la nak ambik sebab kat sini mmg stail kalau poslaju dtg hantar barang mmg boleh bagi pada jiran kalau kita takder kat umah..
tapi masalahnya kami tak ada terima apa2 pun barang untuk dia, tapi dia ni punyala tak percaya katanya dia call amazon(poslaju) tu kata no rumah yang dia hantar adalah rumah kami..dan nama yang tandatangan penerimaan parcel tu belly apa ntah namanya. Puasla kami ni explain yg kami tak dapat apa2 pun parcel dan tiada org nama belly pun dalam umah ni..
seminggu jugak la jiran tu duk ulang alik umah kami tak percaya.. sampaikan kami malas dah nak buka pintu pastu dia letak pulak surat kat bawah pintu..please return our parcel..we have made a police report katanya hai jenuh nak bagi paham org putih ni..last2 bila dia letak simen putih kat pintu umah kami..terpaksa la kami report polis mintak tolong polis explain kat jiran kami ni..pastu lepas report tu, jiran tu tak kacau dah.. cuma skang ni kalau terserempak buat dek je la huhuhu tak best kan..lagi satu kalau gi hantar anak sekolah ada la dia n geng2 dia pandang2 je kami ni huhuhu apa boleh buat..kita pendatang..bukan kita buat salah benda nak jadi kami terima je la..
sabar je la kan..ingat bijak pandai sangat semua org putih kat sini..ada jugak yang sengal..ujian le utk kami ni..
aktiviti persatuan Malaysia kat sini pulak baru2 ni ada mak kepada student msia sini meninggal so kami ramai2 buat tahlil..pastu ada jugak majlis tazkirah makan2..biasala every month mmg ada je aktiviti depa ni.. alhamdulillah.
pastu sini kami jumpa kedai nasi arab sedap so sesekali boleh la makan sini asyik masak je boring jugak kan
Restoran Andalus Leeds
pastu ni aktiviti adik, dia join Code Club kat Leeds Central Library
sini tak payah bayar..free
pastu ni aktiviti adik, dia join Code Club kat Leeds Central Library
sini tak payah bayar..free
dia ajar budak2 buat basic coding..best..dapat sijil pastu boleh pinjam set microbit tu utk 3minggu so abang2 dia pulak buat kat rumah..
so, itu je la kot beberapa aktiviti sepanjang Januari..sekian
No comments:
Post a Comment