Apr 16, 2017

Terjebak ke Korea-Day 2 Jeju

sampai kat Jeju dalam pukul 8.20 malam.. pastu terus gi Jeju Auto House..tempat ambik kreta sewa . malam pertama kat Jeju kami tido kat You & 1 Guest House je.. sini hotel mahal so cari yg camgini jela murah skit..
 
Hari pertama di Jeju pagi tu hujan renyai2..sejuk jgn cakapla..budak2 ni tak biasa..excited le deme..bercakap pun kluar asap..huhu jadi la anak2ku, nak merasa suasana tempat orang..nk pergi time salji mcm asyu lagi banyak kosnya..dpt sejuk2 skit boleh la kan hihihi
 
Meema makan limau dlm kreta sewa..kami sewa kreta Hyundai Ascent je jimat budget..hihi dalam setiap kereta diaorang ada bagi GPS tapi dalam bahasa korea la..hentam je la tekan2 dapat huhuhu kami juga dibekalkan senarai koordinat setiap tempat2 menarik di Jeju, so senangla kan..
1.Mysterious Road,Jeju
tempat pertama kami tuju adalah Mysterious Road sebab paling dekat dengan Hotel. Ada juai limau manis,jual depan rumah orang je pun..mmg banyak pokok limau ditanam depan rumah orang2 korea ni..macam kita pokok rambutan, jambu hihihi

kenapa mama posing camtu, gedik sgt tu..hahaha sebenarnya kat sebelah jalan tu ada serombolan lembu tengah makan rumput..lembu2 tu rupanya agak pelik..ada bulu yg agak tebal..duk jeling je kat mama hahaha perasan..gmbr lembu xambik sbb takut

apa benda mysterious rood ni ye, jalan kat sini pelik sikit..jalannya mendaki bukit tapi kalau kita jatuhkan air atau apa sajer benda atas jln ni, dia akan naik ke atas bukannya ke bawah sepertimana biasa..kami cuba jugak drive mendaki kat jln ni..bila smpai tgh2 jln tu kami matikan enjin kreta then letak gear Neutral..pastu kreta still bergerak naik ke atas mendaki bukit..
tak tau la mcmana, dari segi sains cakap bawah jln ni ada magnet..ada cakap tarikan graviti dan ada yg cakap ilusi mata je..ntah la mana satu betul
 
2. Hello Kitty Muzeum

sebenarnya kami tak masuk pun..tiket agak mahal dan tak berbaloi pun nak pi tengok patung2 hello kitty je kan.. so, singgah ambik gambar kat luarnya sahaja

3.  Jusangjeollo Cliffs
Jusangjeolli Cliffs terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu. Cecair lava yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus telah meluncur ke laut. Sebaik saja lava ini menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku.(sumber Google)



apa benda yang ajumma ni jual.. macam obor2, macam landak laut..ntah la apa benda binatangnya ni..dia makan mentah2 cicah sos huhuhu idakle mau telan camgitu gayanya


4. Air Terjun Jeongbang
Ketinggian 23 meter satu2nya air terjun yang terus masuk ke laut

 aisy teruja nak terai makan ni..ish ish ish.. mama tak bagi..kang sakit perut susah hahaha


 5. Jeju World Cup Stadium
pada tahun 2002, FIFA World Cup diadakan di Korea Selatan ... Stadium di Jeju ini turut digunakan selain stadium di Seoul. Ini anak2 lelaki mama la yang nak singgah tengok2..nak masuk malas..usha2 kat luar je hihi

6. Maze Park Jeju Gimnyeong

anak2 ajak masuk maze le pulok, konon nak ikut macam citer running man tu..sudahnya kami sesat lebih kurang 30 minit kat dalam tu hihihi jenuh cari pintu keluar tak jumpa2 akhirnya berjaya jugak..kalau tak tido situ je la hahaha

 
 ini pintu masuk maze..sini jugak ada banyak kucing..pusat perlindungan kucing..kucing2 kat sini gebu2 bulunya tebal sesuai dengan musim sejuk
 tu meema bunyikan loceng tanda kami dah berjaya keluar huhuhu tgk hari dah nak malam hahaha mujur

Apr 3, 2017

Terjebak ke Korea-Day 1 Busan

dengan tidak disangka2 kami sekeluarga akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke bumi korea selatan, walaupun tiket dah beli time promosi tahun lepas lagi..tapi mama ni sampai dah nak naik flight baru macam ooo kita nak gi korea ye huhuhu
  
sebenarnya anak2 remaja kami ni yang nak sangat ke korea tu..maklumlah zaman kpop..hihi sementelah asyu dgn maksyu deme ni dah pergi tahun lepas..lagila diaorng jeles..adik siap ngamuk nak gi korea..nak gi korea..hihihi so mama cakap, semua org kena buat tabung  kalau nak pergi hihihi so duit tambang flight rm600 pergi balik masing2 bayar sendiri :P

tengokla tu bukan main excited lagi si adik dapat gi korea..memang sepanjang berada di sana adik sangat2 over..tak diam lari sana sini..
kitaorang dah drop luggage kat international airport..so jom start jln2 Busan hihi

mula2 kami sampai ke Busan terus cari tiket subway..hari pertama ni kita jalan2 Busan naik train je ye.. mujur cik abang i ni serba boleh.. mama ikut je.. kalau sesat mama marah..hahaha love u sgt2 Dear.. merealisasikan impian anak2..muahh
memang takder ambik travel agent kat sini..jalan sendiri je berdasarkan bantuan google semata2 huhu alhamdulillah selamat..mujur papa dah biasa keluar malaysia..kalau harapkan mama ntah mana2 la sesatnya..
benda pertama yang diaorang ni cari adalah susu pisang..hihihi mahai weh rm5 satu kalau 4 dah rm20 sekali hadap.. adei

 
1.Yongdusan Park
ni kami turun kat Station Nampo..nampak tak belakang tu ada Lotte Mall..mujur tak bukak sebab kami sampai awal pagi around ku 8..oh ye suhu time ni 6 'C sejuukkk semua berlapis2 baju
tak masuk pun dalam Etude House tu..takder minat kosmetik sangat pun mama ni
fatin je bising nak tengok..nak beli masker utk kawan2 katanya..tu adik dah sejuk sgt guna stokin kaki utk cover tangan..sarung tangan takder beli hihihi

masa sampai ni orang baru nak bukak kedai..jalan pun lengang lagi..ibarat gi jalan tar kul 8 pagi..so sunyi..syok je jalan2..bersih plak tu kawasannya


pastu kami naik ke Yongdusan Park.. lenguh kaki sebab dukung meema..naik ada eskalator tapi turun takder.. tinggi woo dalam 4 lapis tangga
meema mula2 bukan main hepi lari sana sini, tapi setelah ditegur oleh pakcik korea ni terus sentap.. untuk makluman, si meema ni pemalu sangat2.. tak boleh orang luar tengok dia terus mood dia lari
tengok tu nak suruh bergambar pun susah.. bila dah start meragam yang boleh pujuk adalah mamanya huhuhu so semua nak mamaaaa... huhuhu


 
pakcik yang ambik gambar kami ni la yang tegur cuit pipi meema tadi..tengok tu muka meema semacam dah nak nangis hihihi

2.  Busan AlFatah Masjid

tempat kedua kami pergi kat Busan ni ialah masjid dia untuk solat zohor dan asar, pastu terus lunch kat Cappadocia Turkish Kebab House.. ada lagi restoran lain kat area masjid ni.. tapi memang sedap makanan kat sini.
 sebab dah lapar tak sempat nak ambik gambar semua makanan..tapi kan ramai jugak orang korea makan kat sini..ingatkan org luar je..
ni gambar restoran dari luar..masjid tadi kat belakang tu je kome

3. HardRock Cafe Busan

pastu kami gi cari Hard Rock Cafe di Busan..turun stesen Haeundae.. jauh jugak berjalan kaki, sejuk giler pulak suhu petang tu..angin pulak kuat sebab tepi laut..lagi la jadi makin sejuk
4. Haeundae Beach Busan
 tu la kat belakang tu Haeundae Beach..ada banyak burung sebab ada orang bagi makanan

sian adik sejuk giler..dah la tak bawak glove..ni tgh nak lintas jalan balik ke stesen
tu je la tempat2 yg kami sempat tgk2..sebab malamnya kami nak naik flight ke Jeju dah..kat Busan ni kami tak bermalam pun..just drop back round2 naik subway je pastu ambik beg terus ke domestik airport..mmm patutnya beg drop kat domestik je tadi kan..baru tak letih patah balik huhuhu padahal airport domestik dengan international airport dekat je pun sebelah2, cuma bila sejuk malas nya nak menapak keluar dari bangunan.

ok sambung entry Day 2-Jeju plak ye

Jan 21, 2017

Try Tempat Makan

Sejak dah gemuk ni hahaha.. lain2.. tukar ayat lain, sejak selera makan makin naik ni huhuhu kami suka mencuba tempat2 makan yang orang kata sedap..

1) Nasi kukus Sotong Besar
Address: No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, 41050 Klang, Selangor, Malaysia
search je map gerenti jumpa

pendapat kami :
papa cakap kambing black paper sedappp.. dia nak repeat lagi huhuhu
mama cakap sotong lembut..tepung gorengnya sedap jugak

2) Asam Pedas Aidania
Address: 44, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
dia ada fb so korang cari je la ye..hihi jgn marah


Pendapat kami:
biasa2 je la.. boleh la kalau nk pi makan sini..tapi kami takder nak repeat dah kot..huhu sori ye.. lain orang lain tastenya kan..

3) D Kebun Dim Sum 
Address: Kampung Batu Tujuh, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
ada fb jugak
 ada banyak lagi pilihan..lebih 10 jenis rasanya semua sedap2 belaka
ni memang sedap kome..murah pun murah cuma kedai ni juai dim sum je ye..makanan lain takder..so makesure semua ahli keluarga gemar dim sum hihihi kang ada yg tukang tengok je kita makan.. nak pergi lagiiii



4) Al Rawsha Shah Alam
Address: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

sini memang terbaik..paling jadi kegemaran kami ialah dua jenis kebab ni..namanya udah lupa hahaha kena tengok katalog menu baru ingat balik..so oleh kerana nak gi tengok nama menu ni..jom kita gi malam nanti ye cik abg..haha

5) Gazebo Abg Nash
Address: 2, A117,, Kampung Rizab Hujong, 31500 Ipoh, Perak, Malaysia
Ada fb jugak so sila google

ni feberet mama.. mama suka sangat breakfast makanan yang jenis sup2 camni..maklumlah keturunan cina..ceh,cina mana datang nyer ntah perasan
macam2 menu sini..nasi lemak pun ada tapi tak order..capati ni sedapp..lembut je..kedai di tepi jalan besar sentiasa penuh dengan orang tapi servisnya ok
sekian, 5 tempat makanan yg telah kami cuba.. next time mama buat review lagi ye..kot la kome pun nak gi jugak merasa..yg sedap kita share..tak sedap..kome boleh try jugak mana tau kat tekak kome sedap pulak kan..

*sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas serta mengiurkan hihi

Jan 14, 2017

Year 2017 Cara Baru

pejam celik pejam celik udah 2017.. kejap je rasa masa berlalu..
Tahun ni mama papa dah ada 5org anak huhuhu anak dulu yang mama cerita ye..biasala bila masuk tahun baru hal budak2 sekolah le kan yang didahulukan



tu diaaa.. adik dah masuk darjah 1 kome.. nampak memula ok je kan,senyum je excited nak sekolah padahal membaca pun belum tahu lagi tu..huhu takperla..ko pergi tadika pun boleh  bilang berapa hari je kan.. manja papanya ni kalau ikut umur baru je 6tahun sbb lahir hujung nov..pulak tu 2thn tak gi taska duduk dengan papanya ajer..so sudahnya gini la jadinya manja papa ni huhuhu
serius si aisy tolong adik gi beli makanan kat kantin hihihi

ni yang 2org ni plak dah sekolah menengah.. udah besar.. mama nampak gemuk dah kan.. tahun ni oktober nanti masuk 40 tahun dah umur..ya Allah moga istiqamah dalam menuju kebaikan..eh,papa lagi awaikan masuk 40 hihihi sempat lagi nak menang jugak tu nyampah


 haaaa ni pulak nak cerita kisah si adik ni..2minggu dah start sekolah tiap2 hari menangis huhuhu
pagi2 kul 6.40 dah keluar rumah..tu gambar tido tu pagi2 sambung tido dalam kreta..atas tu pulak gambar time balik rumah..udah comot baju pun dah keluar dah hai adik oi..pergi nangis, balik bukan main ceria lagi..tapi tula kesian budak2 ni letih sekolah pagi petang..sampai umah dah dekat kul 8..camtu la tiap2 hari sedih..