sampai kat Jeju dalam pukul 8.20 malam.. pastu terus gi Jeju Auto House..tempat ambik kreta sewa . malam pertama kat Jeju kami tido kat You & 1 Guest House je.. sini hotel mahal so cari yg camgini jela murah skit..
Meema makan limau dlm kreta sewa..kami sewa kreta Hyundai Ascent je jimat budget..hihi dalam setiap kereta diaorang ada bagi GPS tapi dalam bahasa korea la..hentam je la tekan2 dapat huhuhu kami juga dibekalkan senarai koordinat setiap tempat2 menarik di Jeju, so senangla kan..
1.Mysterious Road,Jeju
tempat pertama kami tuju adalah Mysterious Road sebab paling dekat dengan Hotel. Ada juai limau manis,jual depan rumah orang je pun..mmg banyak pokok limau ditanam depan rumah orang2 korea ni..macam kita pokok rambutan, jambu hihihiapa benda mysterious rood ni ye, jalan kat sini pelik sikit..jalannya mendaki bukit tapi kalau kita jatuhkan air atau apa sajer benda atas jln ni, dia akan naik ke atas bukannya ke bawah sepertimana biasa..kami cuba jugak drive mendaki kat jln ni..bila smpai tgh2 jln tu kami matikan enjin kreta then letak gear Neutral..pastu kreta still bergerak naik ke atas mendaki bukit..
tak tau la mcmana, dari segi sains cakap bawah jln ni ada magnet..ada cakap tarikan graviti dan ada yg cakap ilusi mata je..ntah la mana satu betul
2. Hello Kitty Muzeum
sebenarnya kami tak masuk pun..tiket agak mahal dan tak berbaloi pun nak pi tengok patung2 hello kitty je kan.. so, singgah ambik gambar kat luarnya sahaja
3. Jusangjeollo Cliffs
Jusangjeolli Cliffs terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu. Cecair lava yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus telah
meluncur ke laut. Sebaik saja lava ini menyentuh permukaan air yang
sejuk, ia menjadi keras dan membeku.(sumber Google)
apa benda yang ajumma ni jual.. macam obor2, macam landak laut..ntah la apa benda binatangnya ni..dia makan mentah2 cicah sos huhuhu idakle mau telan camgitu gayanya
4. Air Terjun Jeongbang
Ketinggian 23 meter satu2nya air terjun yang terus masuk ke laut
aisy teruja nak terai makan ni..ish ish ish.. mama tak bagi..kang sakit perut susah hahaha
5. Jeju World Cup Stadium
pada tahun 2002, FIFA World Cup diadakan di Korea Selatan ... Stadium di Jeju ini turut digunakan selain stadium di Seoul. Ini anak2 lelaki mama la yang nak singgah tengok2..nak masuk malas..usha2 kat luar je hihi
6. Maze Park Jeju Gimnyeong
anak2 ajak masuk maze le pulok, konon nak ikut macam citer running man tu..sudahnya kami sesat lebih kurang 30 minit kat dalam tu hihihi jenuh cari pintu keluar tak jumpa2 akhirnya berjaya jugak..kalau tak tido situ je la hahaha
ini pintu masuk maze..sini jugak ada banyak kucing..pusat perlindungan kucing..kucing2 kat sini gebu2 bulunya tebal sesuai dengan musim sejuk
tu meema bunyikan loceng tanda kami dah berjaya keluar huhuhu tgk hari dah nak malam hahaha mujur
No comments:
Post a Comment