Jun 16, 2016

Kampung Morten Melaka

 Sabtu 11 Jun, plan asal kami menghadiri majlis berbuka puasa anjuran opis papa di SkyDeli Melaka.Sampai melaka jam 5.30 petang, jadi setelah dah jumpa kat mana letaknya restoran SkyDeli tu..kami pun pusing2 dulu nak cari tempat solat..tetiba termasuk dalam perkampungan tradisional Melaka..Kampung Morten namanya..aik..ada kampung yang cantik kat belakang hotel Swiss Garden rupanya..dipesisiran sungai plak tu..river cruise..hihi

pastu yg best sekali ada Living Museum..Villa Sentosa..cantik sungguh rumahnya..
naik tangga masuk je dalam bahagian tengah rumah ni tak ada bumbung..tapi pakcik tuan rumah cakap kalau hujan air akan terus disalurkan keluar so tak kan bertakung atau banjir dalam rumah ni hihi
pelamin orang dulu2
ni la pakcik tuan rumah..anak bongsu dalam keluarga nya..bapanya dulu yang buka kampung morten ni..sempena nama orang inggeris yg tolong dr aspek kewangan utk buka kampung ni
 
barang2 dalam rumah ni pun barangan lama2..bestnya ada banyak koleksi turun temurun..adalah disarankan kepada semua kalau ke melaka tu singgahla sini..kenalkan anak2 kita dengan tradisi melayu cewah..

No comments: