Jun 16, 2016

Kampung Morten Melaka

 Sabtu 11 Jun, plan asal kami menghadiri majlis berbuka puasa anjuran opis papa di SkyDeli Melaka.Sampai melaka jam 5.30 petang, jadi setelah dah jumpa kat mana letaknya restoran SkyDeli tu..kami pun pusing2 dulu nak cari tempat solat..tetiba termasuk dalam perkampungan tradisional Melaka..Kampung Morten namanya..aik..ada kampung yang cantik kat belakang hotel Swiss Garden rupanya..dipesisiran sungai plak tu..river cruise..hihi

pastu yg best sekali ada Living Museum..Villa Sentosa..cantik sungguh rumahnya..
naik tangga masuk je dalam bahagian tengah rumah ni tak ada bumbung..tapi pakcik tuan rumah cakap kalau hujan air akan terus disalurkan keluar so tak kan bertakung atau banjir dalam rumah ni hihi
pelamin orang dulu2
ni la pakcik tuan rumah..anak bongsu dalam keluarga nya..bapanya dulu yang buka kampung morten ni..sempena nama orang inggeris yg tolong dr aspek kewangan utk buka kampung ni
 
barang2 dalam rumah ni pun barangan lama2..bestnya ada banyak koleksi turun temurun..adalah disarankan kepada semua kalau ke melaka tu singgahla sini..kenalkan anak2 kita dengan tradisi melayu cewah..

Ramadhan 1437H


Nasi Bamboo

dua hari sblm puasa,kami sempat singgah menerai makan di restoran nasi bamboo sungkai..tahu pasal tempat ni daripada kawan opis..tapi dia bagitau lambat sangat, sehari sblm puasatahun lepas..so tak sempat nak cari..sementelah pulak lepas raya..rasanya raya ke 14 kotmama bersalin, so langsung la tak pergi..
tetiba awal tahun aritu viral tentang restoran ni di FB..baru teringat balik nak gi try mkn situ..bila dah viral kan, sentiasa penuh la orang..dua kali pergi penuh..kali ni baru ok ..bab makanannya bagi mama la tak ada la sedap sangat..tapi boleh la nak singgah makan..huhu
specialnya sbb nasi tu dia letak dalam buluh itu je la kot

Jun 1, 2016

Floria 2016

 
 dah lama tak pergi Floria..last pergi tahun 2010 masa tu tgh pregnantkan adik..
kali ni teringin sangat plak nak pergi..tengok promo dia macam menarik,bayar pun
takperla..support malaysia event..
tapi memang puas..kami masuk jam 5.30 petang..keluar jam 11 malam..itu pun
ada lagi tempat kami tak sempat cover..bawak baby so penat skit la..
banyak sangat bunga cantik2..jual pun ada..malamnya pulak ada pertandingan
bot berhias..cantik sangat deconya..budak2 sangat seronok..alhamdulillah berbaloi
cuma yg tak best tempat solat khemahnya kecik..panas..huhu patut diperbaiki