ni yg sempat capture sebab cuaca nak hujan lebat.. masuk je kereta hujan turun mencurah
..dairiku sayang..tiada yang lebih bermakna dari sebuah kenangan..kerana kenangan itulah pengalaman..paling berharga..
Oct 26, 2014
Lukisan dinding shah alam
Sajer aritu balik dari InspirasiHana beli tudung tgh sales.. singgah tengok2 mural di Seksyen 7 Shah Alam.. area belakang kedai belah Jakel..belakang Pearl Haya..
ni yg sempat capture sebab cuaca nak hujan lebat.. masuk je kereta hujan turun mencurah
seronok jugak bwk budak2 tengok lukisan kreatif ni.. pandai diaorang lukis.. kat atas jalan pun ada lukisan..
ni yg sempat capture sebab cuaca nak hujan lebat.. masuk je kereta hujan turun mencurah
Selamat Datang Muharam
Puasa
Hari Asyura
"Hari Asyura" ialah hari
yang kesepuluh dari bulan Muharam. Umat Islam
disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan
dalam hadith yang berikut:
51- عَنْ
مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ
وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ
فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
51-
Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari
Asyura, sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya
aku sekarang sedang berpuasa. Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah
ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Puasa hari Asyura,
sunat juga disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari
yang ke sembilan dari bulan Muharam, kerana Rasulullah s.a.w.
pernah menganjurkannya seperti yang tersebut dalam hadith yang berikut:
52- عَنْ ابْنِ
عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ
الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ
الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ. (رواه مسلم وأبو داود)
52- Dari Ibn Abbas, r.a., katanya:
Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh (orang ramai) berpuasa padanya, sahabat-sahabat Baginda
berkata: "Ya Rasulullah, hari Asyura juga dimuliakan oleh
kaum Yahudi dan Nasrani ..."(1)
Mendengar yang demikian, Baginda
bersabda: "Apabila tiba tahun yang akan datang - Insya
Allah kita akan berpuasa pula pada hari yang ke sembilan."
Rawi hadith ini berkata:
"Rasulullah s.a.w. (tidak sempat berpuasa pada hari itu) kerana Baginda
telah wafat sebelum tiba tahun yang berikutnya."
(Hadith Sahih -
Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Menurut huraian ulama' rahimahullah,
bahawa puasa hari Asyura terbahagi kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama: Berpuasa selama
tiga hari, iaitu hari yang kesembilan, kesepuluh dan hari kesebelas.
Peringkat kedua: Berpuasa pada hari
kesembilan dan kesepuluh.
Peringkat ketiga: Berpuasa pada hari
yang kesepuluh sahaja.
Umat Islam digalakkan bermurah hati pada "hari
Asyura" terutama kepada diri sendiri dan anak isteri (disertakan
dengan bersedekah kepada orang-orang miskin).
Ini diterangkan dalam hadith berikut:
53- عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ وَسَّعَ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ
عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ. (رواه البيهقي)
53- Dan Jabir bin Abdullah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bermurah hati dengan
berbelanja lebih untuk dirinya dan anak isterinya pada hari
Asyura, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya di sepanjang tahun
itu."
(Riwayat Baihaqi)
Meskipun hadith ini dan beberapa riwayatnya yang lain
dinilai sebagai hadith-hadith lemah, tetapi apabila disatukan setengahnya
dengan yang lain, akan bertambah kuat, seperti yang disebutkan oleh
al-Alamah al-Sakhawi rahimahullah.
Oct 14, 2014
Hepi Birthday Mama Ieja
hehehe
boleh tak mama wish utk diri sendiri..huhu..
Ya Allah, panjangkanlah usiaku
agar lebih lama aku dapat mentaatiMu
jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
moga di akhirat kelak aku kan dapat mengutip hasilnya
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat
bertambahnya usiaku,
jadikanlah cahayaMu yang bersinar
menyinari jalanku,
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku
dalam mencari haruman syurgaMu
moga nafas yg Kau beri ini
dapatku manfaatkan utk terus mentaatiMu..
Alhamdulillah, Ya Allah, syukur padaMu terhadap usia yang telah Engkau berikan padaku. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Terima kasih untuk setiap dugaan dan ujian yang telah Engkau turunkan terhadapku. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan padaku, namun terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Ampunkanlah aku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda. Namun, dengan limpah rahmatMu, Engkau masih memberiku peluang mencari redhaMu. Terima kasih Ya Allah.
13 Oktober 1977. Terima kasih mak abah kerana telah melahirkan dan menjagaku sejak dari kecil hingga dewasa begini. Terima kasih Ya Allah atas segalanya. Doakan aku menjadi anak,isteri dan ibu yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara, insyaAllah.
terima kasih suami,anak2,kawan2 yang mendoakanku.. semoga Allah terus memberi kita rahmatNya

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Malam tadi aisy tercedera..akibat bermain lasak sangat dengan abg dia adli..aisy tengah duduk meniarap, si adli boleh lompat duduk belakang ...
-
Try this out !!! Really amazing ! 1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator 2) multiply...