Puasa
Hari Asyura
"Hari Asyura" ialah hari
yang kesepuluh dari bulan Muharam. Umat Islam
disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan
dalam hadith yang berikut:
51- عَنْ
مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ
وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ
فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
51-
Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari
Asyura, sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya
aku sekarang sedang berpuasa. Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah
ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Puasa hari Asyura,
sunat juga disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari
yang ke sembilan dari bulan Muharam, kerana Rasulullah s.a.w.
pernah menganjurkannya seperti yang tersebut dalam hadith yang berikut:
52- عَنْ ابْنِ
عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ
الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ
الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ. (رواه مسلم وأبو داود)
52- Dari Ibn Abbas, r.a., katanya:
Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh (orang ramai) berpuasa padanya, sahabat-sahabat Baginda
berkata: "Ya Rasulullah, hari Asyura juga dimuliakan oleh
kaum Yahudi dan Nasrani ..."(1)
Mendengar yang demikian, Baginda
bersabda: "Apabila tiba tahun yang akan datang - Insya
Allah kita akan berpuasa pula pada hari yang ke sembilan."
Rawi hadith ini berkata:
"Rasulullah s.a.w. (tidak sempat berpuasa pada hari itu) kerana Baginda
telah wafat sebelum tiba tahun yang berikutnya."
(Hadith Sahih -
Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Menurut huraian ulama' rahimahullah,
bahawa puasa hari Asyura terbahagi kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama: Berpuasa selama
tiga hari, iaitu hari yang kesembilan, kesepuluh dan hari kesebelas.
Peringkat kedua: Berpuasa pada hari
kesembilan dan kesepuluh.
Peringkat ketiga: Berpuasa pada hari
yang kesepuluh sahaja.
Umat Islam digalakkan bermurah hati pada "hari
Asyura" terutama kepada diri sendiri dan anak isteri (disertakan
dengan bersedekah kepada orang-orang miskin).
Ini diterangkan dalam hadith berikut:
53- عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ وَسَّعَ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ
عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ. (رواه البيهقي)
53- Dan Jabir bin Abdullah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bermurah hati dengan
berbelanja lebih untuk dirinya dan anak isterinya pada hari
Asyura, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya di sepanjang tahun
itu."
(Riwayat Baihaqi)
Meskipun hadith ini dan beberapa riwayatnya yang lain
dinilai sebagai hadith-hadith lemah, tetapi apabila disatukan setengahnya
dengan yang lain, akan bertambah kuat, seperti yang disebutkan oleh
al-Alamah al-Sakhawi rahimahullah.