Oct 8, 2012

Mak pergi jua


setelah 6 bulan mak terlantar sakit..
dalam masa tersebut dah 5 kali sedut air dr dalam paru2..
dan akhirnya pada tanggal 30 September 2012..sekitar jam 6.40 ptg..
mak pergi jua..
perkara yg paling kami sekeluarga takuti terjadi jua..
siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir..
redha dan pasrah..
moga roh mak aman di sana..
kami sentiasa mendoa dan merinduimu..

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah
meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah,
apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ?
Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ).
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki
dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan
wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.
“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk
bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap
pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Doakan ibu bapa


Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga,
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya seseorang itu ditinggikan darjatnya, lalu dia berkata:
Dari manakah semua ini ? Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)

6 comments:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Al-Fatihah,
Semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan orang-ornag yang beriman, aminn..

HazlisaNoor said...

terima kasih
:)

gadiselatan said...

takziah k.ieja, semoga kuat menghadapinya...semoga allahyarhamah ibu akak ditempatkan bersama2 orang yg beriman...amin...

Shikin said...

Akak,takziah ye.Moga mak akak tenang di sana. Alfatihah.

eZa said...

innalillah. takziah untuk kak ieja sekeluarga. alfatihah.

HazlisaNoor said...

terima kasih Ann,Ekin dan Eza..

Kin-dah tak on fb ke?