May 6, 2008

India Lagi

Ok mama upload gambar2 yg papa ambik di India...utk org2 india yg warganegara malaysia beruntungla anda duduk kat sini..
makanan ini disajikan sebagai pembuka selera sebelum makan..cara makan dia perah bawang tu dengan lemon pastu makan cicah sambal..papa kata sedap..bawang dia tak la rasa menyengat sangat macam bawang kat sini...ntahla mama tak rasa..papa kata mula2 tu sorang pun takmo rasa..sekali try abih licin...menu ni la yg paling laris setiap kali tiba waktu makan..
yg ni plak sajian pencuci mulut..terdiri dari jintan manis,jintan putih,bertih apa ntah.dll yg papa tak tau apa benda..papa kata tak sedap..utk hilangkan bau mulut dan sejukkan badan lepas makan kari kambing..
ini plak gambar papa tengah shopping sakan mengalahkan org pompuan beli kain sari..hehe
ini permandangan yg tak menarik di kaki lima jalan raya..dengan selambanya mengantung buai di tiang trafic light..kalau kat sini dah lama kena halau dengan MPPJ..kalau kat round about tu pun penuh dengan pengemis2 tido...
kat sini takyah gi zoo utk tengok gajah atau unta...binatang2 tu bebas hidup dikalangan manusia kat sana..hehe..ntah apa2..
tengok la unta ni dah biasa sangat hidup kat pekan sampai dah pandai tunggu trafic light merah ke hijau..
kalau lembu jgn cakapla..memang ikut suka hati dia jer nak lepak mana2..pig pun ada jugak papa kata tapi tak bleh ambik gambar..haram..hehe..
teka apakah ini...ini la sekumpulan taik2 lembu yg dikumpul dan dikeringkan utk dijadikan rumah...dia buat cam iglu tu...tak paham mama...sampai camtu skali..

4 comments:

madeinmalaysia said...

Terima kasih diucapkan kepada mama ieja kerana menunaikan permintaan peminat setia blog "Mama's Hopes". Bertuah sungguhla sapa yang dapat mama ieja sebagai mak mertua ;)

Gambar2 mcm ni yang peminat suka nak tgk. Takat Taj Mahal, dalam bekas plastik kecik taruk air ngan kertas kilat2 pun ada.. Terima kasih diucapkan pada papa sani kerana menghadiahkan cenderamata yang begitu berharga sekali.

Harap2 papa sani dapat pi negara lain plak supaya buleh bawak kasut dia jalan2 ..he he

Adios Amigos

Yang bersyukur dok kat Malaysia tercinta nie,

DJ.SonicBoom@met.gov.my

HazlisaNoor said...

ko ni aree...mare sifu kau nanti..hehe..lawak

backhand said...

Sedihnyer.. semalam aku tengok kat kasut yang setia nih.. dah mula koyak dah sikit2.. mungkin takde harapan dia nak ke negara lain agaknya.. tapi takpa.. dapat sampai ke India pun jadi lah.. Kalau kasut kilat2, jalan bunyi kedekak kedekuk.. tapi jalan kat JMM jerr.. takde maknanyerrr... huhuhuhu...

madeinmalaysia said...

Relax la bro, jangan sedih. Kalau itu la kasut main tarik tali, pi india, pi keje, main futsal mmg la dia cepat uzur. Dalam 3 tahun 4 bulan sy kenal bro, rasanya dah 3 kali bro tukor kasut. Ada kemungkinan kita lihat kasut baru tahun 2008 nie? Tunggu dan lihat..Tapi satu yg tarik perhatian sy, walaupun corak2 n warna dia lain..bentuk dia tetap sama..he he he.. Bila nak pakai kasut berdekuk n berdekak nie??

Pasai luar negara tue, tunggu la. Sy blum tergolong dalam kumpulan pakar MAMPU. Malu nak mintak..he he he

Yang tunggu n lihat,
DJ.SonicBoom@met.gov.my