..dairiku sayang..tiada yang lebih bermakna dari sebuah kenangan..kerana kenangan itulah pengalaman..paling berharga..
Apr 27, 2016
Apr 25, 2016
Konvo papa UITM
alhamdulillah dengan izin Allah jua.. mama nak kongsi kegembiraan, papa dah konvo semalam 24 April 2016..
ini gambar2 sekitar majlis..tak dapat la nak sama2 masuk dewan tengok papa terima skrol..macamana nak masuk kan..anak2 kat luar ni dengan baby lagi..huhuhu
ni baru master je..maklumla papa bermula dari bawah..pelan2..jadila kan, daripada mama ni haa..malas..

adik pun nak pakai topi papa jugak..hihihi
meema dah pandai senyum muahh
love u papa.. mama sangat bangga papa dapat belajar tinggi2 sebagai motivasi untuk anak2 kita jugak..nak harapkan mama huhuhu asyik pikir nak benti kerja je dah ni haha..
insyaAllah kalau ada rezki lepas ni sambung PHD plak ye.
Apr 17, 2016
Lukisan Dinding Pekan Ipoh
kat ipoh kan,ade lukisan mural .haritu pusing pusing pekan lama ternampaklah lukisan lukisan ni

sebenarnya ada tujuh wall art murall yang dilukis oleh Ernest Zacharevic,tapi kami jumpa dua aje
1. gambar budak naik kapal terbang kertas dengan
2.gambar atuk minum kopi
nanti bila balik ipoh lagi kami cari lagi lima lukisan Ernest Zacharevic ni
baca blog kawan kita ni untuk info lanjut http://www.kenwooi.com/2014/07/7-ipoh-wall-art-murals.html
Apr 5, 2016
Ketam Lembut Kuala Gula
Al kisah sebab nak merasa ketam lembut yang diwar2kan oleh kawan2.. kami pun pergila cari..nun jauh di Kuala Gula.. lalu jalan kecik kiri kanan kelapa sawit..akhirnya sampai jugak JS Muara Restoran
ada jugak jual makanan laut yg susah nak dapat macam siput duri,kepah,ketam nipah dll
aiskrim abc sedap.. makan atas restoran terapung ni macam mabuk laut..kikiki bila bot lalu je rasa tergoyang-goyang
kami order dua jenis masakan untuk ketam lembut ni..masak sweet sour dgn goreng je..
tapi tak berapa puas hatila..agaknya tak kena kot dengan selera kami..rasa tak puas makan ketam lembut ni..dah biasa makan ketam yg biasa tu kan..bila makan ni rasa macam makan kulit yg lembut je takder rasa isi huhuhu tapi kome cubala kot2 pada kome ok kan hihi
Lokasi GPS:
4.939240, 100.468921
4°56'21.3"N 100°28'08.1"E
4.939240, 100.468921
4°56'21.3"N 100°28'08.1"E
Mar 31, 2016
10 jenis makanan perlu elak simpan di peti sejuk
Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk
1. Ubi Kentang
Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang….
Alamak, mama kadang2 simpan jugak dlm peti ais kentang ni..letak kat bawah tmpt sayur..kdg2 smpi tumbuh akar sbb tak guna hahaha
2. Tomato
Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering…. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat…tak pernah langsung simpan kat luar,ingatkan tomato perlu tempat sejuk..smpi lembik jugak la kadang2 sbb buah ni mama je makan..deme tak gemor
3. Madu
Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari….Menyimpan di dalam peti ais akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras….
Alaaaa..kalau letak luar nnt semut n budak2 curi makan hihihi..madu sidr sedap woo..
4. Tembikai
Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil….
Jarang beli kecuali bulan posa..tapi kat umah abah slalu abah letak dlm peti smpi kering airnya huhu
5. Bawang
Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan….
Memang dah letak kat luar,sbb dah lama tau..cewah
6. Roti
Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering…. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka….Tak pernah buat.
7. Kopi
Ianya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, biarkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya….Tak minum kopi
8. Bawang putih
Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam peti sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih….
Pun letak kat luar..ada tempat khas sebelah bawang merah hihi
9. Sos
Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering….ye mama letak dalam tall unit je
10. Tumbuhan herba
Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti ais akan menyebabkan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air…. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik….
tak pernah buat lagi..
Moga selepas ini, mama tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.
Mar 24, 2016
Ikan Bakar Istana
apsal asyik entry bab makan je ni hahaha
semenjak mama dah tembam ni..hobi dah bertukar dari jalan2 ke makan2
abihla camner ni hihihi layanz
tengok tu papa noti tau ambik gambar pipi penuh mengunyah..siap boleh pegang meema sebelah pun masih bleh lagi makan dengan berseleranya hahaha..
sebenarnya mama teringin gi mkn ikan bakar kat sini semenjak masa mula2 masuk kerja lagi..belum kawin lagi tau..sekitar tahun 2000..masa tu asyik dengar cerita orang, tapi tak pernah pulak la nk try pergi..
tetiba bila mood makan menjadi jadi skang ni..dlm fikiran asyik pikir nak makan apa..nak makan kat mana..so terus teringat tempat ni..seperti biasa papa pun google jalan,sbb tak pernah pergi kat area situ
masa gi tu sabtu..ada tiga kedai bukak..ikut selera mata dan hati, kami pilih yg kanan sekali apa ntah namanya..seri melaka kot.. terliur dengan sotong besar yang dibakar nmpak sedap..dan alhamdulillah tidak mengecewakan..paling best sambal air asam dia terbaik kot..sedap sgt2.
kami ambik ikan pari,ikan terubuk,sotong dengan kerang
harga dia okla..around 70 termasuk air dan sayur nasi
sekian..bleh gi lagi :)
gambar ni google zuldean08.blogspot.com
Mar 19, 2016
Mee Udang Ketam Sempoi Diraja
masa balik ipoh minggu lepas time cuti sekolah,adik mama ijam ajak pergi menerai mee udang ketam kat tambun..dia pun first time nak pegi try bila ternampak kat FB...Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja
tengok menu minuman dia macam macam ada..nama minuman dia pulak, diambik dari tajuk drama..tengoklah tu, suamiku encik sotong pun ada.
ni pulak sebahagian drpd menu makanan yg ada..lepas dah order kita kena gi pilih sendiri udang dan ketam yg kita nak..pastu timbang
rasa dia..sedaaap..mee udang lagi sedap dari mee ketam kot..tapi mee ketam idak le tak sedap..sedap le jugak hihi
kitaorang ambik 3 ekor udang je untuk sepinggan sorang...kalau kome nak banyak ambik la banyak.
kami sefamily termasuk abah ..mynn..ijam..adik je takder next time ye dik hihi
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Alhamdulillah.. kami sekeluarga bersama adik mama dgn isterinya telah pun selamat pergi dan pulang dengan jayanya..cewah..memandu ke...
-
cuti sekolah baru lepas, kami bawa anak2 ke Melaka Wonderland tempat ni baru jer bukak..best jugak tempat ni..banyak permainan menarik yg t...
-
Cuti singkat, curi2 masa lepas je ambik result upsr kakak terus ke cherating..anak2 ponteng jumaat dgn isnin huhu sebenarnya lepas dah cuti...
























